Jan 12, 2013

Isteri Solehah




Terpanggil untuk menulis tentang satu kejadian yang aku "ternampak" pagi tadi.
Di sebuah restoran di Kelana Jaya, ketika sedang menikmati sarapan pagi...
di sebelah kanan meja aku adalah sepasang suami isteri yang biasa aku lihat ketika
bersarapan di restoran tersebut.

Tetapi apa yang aku lihat pagi ini, cukup membuatkan hati aku terdetik seketika...
ketika si suami di sapa dan berbual dengan pemilik restoran tersebut (seorang lelaki)
si isteri sedang menjamu selera, tetapi sepanjang si suami berbual,
si isteri sedikit tidak mengangkat muka waima memandang kearah suaminya...

Sungguh sopan gayanya, sambil makan dengan tertib dan perlahan..
beliau tidak mengangkat wajah memandang kepada suami nya atau pun lelaki yang
berbual2 dengan si suami. Apatah lagi menyampuk setiap perbualan....

Indah sungguh ajaran suaminya terhadap si isteri... terdetik di hatiku...
bolehkah aku berkelakuan sebegitu?

dan betapa malunya aku... kerana selama ini tidak menjaga adab apabila berada di hadapan lelaki bukan muhrim atau di hadapan sahabat-sahabat lelaki... 
Ya! mungkin itu sudah menajdi satu kebiasaan.. tapi apabila aku melihat kejadian pagi tadi, serta merta aku merasa malu semalu malunya....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...