May 22, 2012

Aku redha ujian dari Allah SWT....

Tidak tahu di mana hendak di mulakan… tapi aku perlu meluahkan… Kadang-kadang, aku tidak faham dengan manusia disekeliling aku. Aku nak cerita apa aku rasa beberapa bulan ini. Terlalu banyak yang aku pendamkan.. terlalu banyak yang aku simpan… cuba untuk bersikap seperti tiada apa, tapi aku tidak boleh tipu diri aku sendiri. Kesian kan?

Aku seorang yang simple, mudah berkawan dengan sesiapa saja, tak kira usia muda atau tua. Asalkan orang itu boleh terima cara aku dan menghormati aku sebagai kawan. Percaya atau tidak, kebanyakan kawan2 aku adalah yang lebih muda dari aku, dan aku tidak kisah mereka tidak memanggil aku “kakak” sebab aku senang dengan mereka menganggap diri aku sebaya dengan mereka. Kenapa? Sebab aku tak mahu ada jurang berkomunikasi bila diri aku di panggil “kakak”. Aku nak semua kawan2 senang berkawan dengan aku. Bergurau, berjenaka, berkongsi cerita, dan sebagainya. Tak nak kawan2 rasa kekok bila bersama aku.

Tapi bila kepercayaan yang kita telah berikan kepada seseorang, tidak beerti kita membenarkan kepala kita di pijak…  jagalah dengan baik. Bila kita boleh berkongsi cerita, masalah, dan sebagainya tidak semestinya kita tidak perlu menghormati seseorang itu. Aku di ajar supaya menghormati orang lain tidak kira muda atau tua. Tidak kira jahat atau baik, tidak kira bijak atau tidak… selagi kita bernama manusia, kita harus pandai menghormati orang lain. Dan tahu berterima kasih kepada orang lain, belajar memahami perasaan orang lain, dan yang paling penting belajar memaafkan orang lain walaupun kita tidak bersalah.

Matlamat aku satu, aku nak bahagiakan sesiapa saja… aku nak mereka gembira dengan aku, dan rasa tidak rugi berkawan dgn aku. Apa yang aku tak lakukan? Aku tak kedekut ilmu, aku tak kedekut berkongsi pengalaman, aku tak kedekut mengajak kawan2 mengikuti apa aktiviti aku lakukan.. aku tak kedekut bila kawan2 minta pertolongan. Tetapi aku tetap dibalas “kebencian” dari sesetengah kawan…

Bila aku sudah terhutang budi, sedaya upaya aku akan pelihara “budi” orang yang memberi itu.. aku bukan jenis tak kenang budi… aku bukan jenis pentingkan diri sendiri… aku bukan jenis cepat membenci…  sebab pada aku, hidup kita tidak lama di bumi Allah ini… bila2 masa saja Allah akan ambil diri kita… berapa lama masa kita ada untuk kita hargai sesuatu benda yang baik itu?

Tapi aku sedih, sangat2 sedih, dan kadang2 aku rasa terpuruk di suatu sudut bila ada yang membenci aku… bila terjadi macam ni, aku mula berfikir dan berfikir apa silap aku? Apa salah aku? Apa dosa aku? Adakah orang lain telah menfitnah aku? Adakah orang lain telah membuat cerita tentang aku? Atau adakah orang lain telah menikam aku dari belakang? Tapi tak mengapa, setiap perbuatan itu ada balasannya… dan jika aku tidak bersalah, aku akan dapat ganjaran dari Allah… Insyaallah…

Kadang-kadang orang selalu dengan sinis berkata, nampak je baik dengan imej bertudung, tapi rupa-rupanya.. perangai lagi teruk dari yang tak bertudung… berpura2 tunjuk baik, berpura2 depan orang, tapi di belakang… Masyaallah…Lebih baik berkawan dengan yang jahat yang sudah tentu hati lebih mulia dari yang berpura2 bertudung tunjuk baik itu…  Hina sungguh bunyinya kan? Tapi itu lah realitinya kata2 dari lidah yang tidak bertulang… siapa kita untuk menghalang itu semua? Siapa kita untuk membela diri kita bila terjadi macam tu? Adakah orang akan percaya dengan kata-kata kita bahawa kita tidak seperti di katakan itu?

Sudah tentu TIDAK!... manusia lebih suka menerima yang buruk dari yang baik… manusia lebih cepat percaya benda yang tidak nyata!... Tetapi, pernahkah mereka2 itu terfikir setiap kata2 mereka? Pernahkah mereka terfikir sekiranya satu hari nanti mereka di perlakukan sebegitu rupa? Pernahkah mereka terfikir jika suatu hari nanti perkara itu akan berputar kepada mereka dan mereka menerima nasib yang sama? Mungkin tidak kot! Sebab mereka rasakan mereka di pihak yang benar!

Apa yang aku tak pernah lalui? Aku pernah lalui satu kejadian bila aku berada di suatu tempat, aku di layan seperti aku tidak wujud di situ… berpura-pura tidak nampak kewujudan aku, berpura2 bertegur sapa bila terpaksa bertegur… bukan aku tak sedar itu semua, aku sedar. Naluri aku kuat. Tapi aku juga pandai berpura-pura seperti tidak ada apa berlaku. Pada aku itu semua sementara saja. Niat aku adalah menghormati apa yang telah aku terima selama ini. Membalas budi yang telah di berikan. Maka tanggungjawab aku sudah selesai di situ. Aku tak mahu di kemudian hari aku di ungkit sehingga ke anak cucu aku terima hinaan yang sama. Tidak sanggup begitu. Terpulanglah kepada yang terlibat.

Apa yang aku tak pernah lalui? Di sindir? Pernah! Letak gambar di Facebook, di sindir.. mekap cantik2… di sindir… Di umpat? Pernah! Di tertawakan? Pernah! Tak sedar diri dah tua.. nak berposing2 bagai, nak merasa jadi artis? Nak merasa jadi model? Model gedik? Model perasan? Oh tidak… mereka tidak pernah faham! Mereka hanya tahu mengutuk, menghina, mencerca, dan mengata… Tapi aku terima walaupun hati sgt berbekas. Aku simpan dalam hati, simpan baik2… supaya tidak siapa tahu aku derita sebenarnya. Aku belajar memaafkan mereka. Belajar fikir yang baik2.. belajar berfikiran positif… belajar hidup sendiri… walaupun pahit.. tapi ia berbaloi…

Aku tidak minta di puji, aku tidak minta di sanjung, aku tidak minta di sayangi, aku tidak minta di sukai…. Pada aku keikhlasan itu harus ada dalam sesuatu persahabatan… aku nak kawan2 aku sama2 mendapat apa yang aku dapat… sebagai contoh… pengalaman aku berkecimpung dalam kelompok “modeling” sangat besar peluang yang ada di situ sebenarnya… Dulu aku tidak tahu apakah kelebihan bidang itu.. bila aku sendiri masuk kelompok itu, rupanya peluang disitu terbuka luas. Terpulang kepada kita sama ada hendak terima atau tidak. Aku tak lokek… aku ajak kawan2 yang minat, aku cerita pada mereka apa yang boleh kita dapat… apa yang boleh kita buat.... tapi ada sesetengah kawan memperlekehkan ajakan aku… sedih! Itu yang aku rasa… seolah2 aku buat suatu perkara yang sia-sia…

Alhamdulillah… aku tak keseorangan… aku berkongsi dengan suami… bercerita dengan suami apakah kebaikan bidang ini… aku ajak dia… aku sokong dia.. dan dia nampak peluang yang besar dalam bidang ini… dan aku yakin kalau kita berusaha.. insyaallah hasilnya baik… dengan kepercayaan itu, aku mesti jaga tingkah laku… hormati kebebasan yang di beri…. Jaga maruah diri, jaga batasan sebagai isteri dan ibu… Insyaallah kita tidak tersasar! Yang penting.. jangan tinggal solat 5 waktu (arghhh tentu ada kata.. nak tunjuk baik la tu)

Tapi aku akui, aku bukan lah seorang yang baik. Banyak kekurangan yang aku ada. Banyak kesilapan yang telah aku lakukan… banyak dosa yang telah aku himpunkan… Masyaallah.. tidak sedar aku dengan kelakuan aku itu… Aku insaf… aku khilaf… aku berdosa… dan ini adalah balasan dari Allah SWT… aku redha.. aku terima hukuman ini… aku mohon keampunanMU.. aku insaf Ya Allah….

Kepada kawan-kawan ku di luar sana, jika anda terus-terusan membenci aku, silalah tinggalkan aku. Lupuskan aku dari ingatan korang, lupuskan aku dari FB, lupuskan aku dari hati, lupuskan aku dari YM, dan anggaplah aku tidak pernah wujud menjadi kawan kamu semua. Sekiranya aku masih di simpan, pasti akan menambahkan dosa2 kalian  disebabkan kebencian terhadap aku. Aku tidak mahu menjadi penyebab. Aku mohon keampunan di atas segala salah dan silap. Aku bukan manusia yang sempurna meskipun Allah mencipta aku sesempurna mungkin!

Dan aku pegang kata-kata Ustaz Don yang di ambil dari kata-kata Nabi Muhammad SAW… “tidak apa.. maafkan saja… sebab dia tidak tahu……..”

Kalian semua aku maafkan… sebab kalian semua tidak tahu….



May 15, 2012

Hari Ibu & Hari Guru

Lamanya tak menulis di blog aku ni... entahlah.. tak ada bahan nak share, atau mungkin malas nak menaip, atau mungkin kebanyakan cerita dah share kat FB/Forum IG... hari ni bukak blog pun dah banyak setting baru dan perubahan. Menggagau gak lah tadi... hehehe...

Hari ni aku nak share cerita Hari Ibu dan Hari Guru. Hari Ibu dah lepas 13 May hari tu, tak ada pun aku sambut, Ayah Zik pun tak wish apa2.. oppsss aku bukan ibu dia.. heheheh apa hal dia nak wish kan? patut dia wish mak dia kat kampung laa.... hehehehe

Tapi aku dapat kiss dan kad dari Zikrey. Aku dapat awal... hari Jumaat tu dah dah dapat sebab hari Ibu jatuh hari Ahad. Kad tu Zikrey buat kat sekolah. Cikgu2 lah guide dorang ni buat kad. Dan ini adalah kad pertama yang aku dapat dari Zikrey memandangkan ini adalah tahun pertama dia sekolah. 

Cantik kad ni. Ok lah kan dari budak umur 4 1/2 tahun. Aku dulu time umur 4thn pun tak sekolah lagi. Masih duk kat rumah main masak-masak, main cikgu-cikgu, main lumba lari dengan anak2 jiran aku.. hehehehe

Ni anak aku umur 4 thn dah reti buat kad. baguih!!!

Cantik tak? Cantikkkkkkkkk....
Inilah dia kadnya... balik kerja petang tu, buka je pintu terus ternampak dia gantung kat dashboard tu. Sebab tengah hari tu ayah dia jemput dari sekolah, masa tu lah dia letak sebelum dia pergi rumah umi (pengasuh) dia.

Balik tu aku letak la kad ni gantung kat pintu peti ais. Datang je Zik, marah dia... Dia kata jangan gantung, letak dalam peti ais, kasi sejuk. hehehehe biarkah lah... 

Tulisan tu memang tulisan Zik, tak cantik pun, tapi boleh di baca. dia tulis "I love U Mum, U are the best Mum" hehehehe... so sweet! walaupun aku tau tu cikgu dia ajar tulis cenggitu. hehehehe

Terima kasih Zikrey!


Gift untuk Teacher kelas Zikrey
Ok skang nak cerita pasal Hari Guru. Hari Guru 16hb May, walaupun Cikgu Zikrey tak mintak suruh bawak gift sorang satu, tapi aku dengan ikhlas hati nak bagi lah kat cikgu kelas dia sedikit penghargaan sebagai guru kelas Zik. 

Niat di hati memula tu nak bagi kek sebiji, bila aku bgtau Ayah Zik nak bagi kek kat Cikgu kelas Zik, soalan ayah dia "perlu ke bagi tu semua?"... aku jawab "alah.. setahun sekali pun, bukan hari-hari"

Ni lah dia.. orang lelaki memang tak prihatin kan? Bukan apa, Bak kata Ustaz Don, orang yang patut kita hormati selepas ibu bapa kita adalah GURU... maka aku nak ajar Zikrey agar biasa dan pandai hargai guru dia walaupun hanya guru tadika. 

Bukan senang wo nak jaga budak2 macam Zikrey. Kalau kita kaji balik, budak2 sebaya Zikrey ni kalau masuk sekolah semua bermula dengan zero tau. Tak kenal ABC, tak kenal 123... Cikgu2 ni lah yang ajar dan aku rasa masa ni adalah masa yang sangat sukar bagi cikgu-cikgu nak ajar murid2 yang tak tau apa2 ni. Bila budak2 ni dah masuk darjah 1, dorang dah kenal ABC & 123... cikgu2 darjah 1 dah senang sikit lah. 

Maka aku hargai cikgu Zikrey, Cikgu kelas dia nama Teacher Jothi. Dan esok gift tu akan aku suruh Zikrey bawak dan bagi kat Teacher Jothi dia. 

Selamat Hari Guru!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...