Mar 6, 2012

Aktiviti di Kidzania

Berkongsi cerita membawa Zikrey ke KidZania The Curve pada Sabtu lepas. Sangat best dan teruja dengan tempat tu. Menarik. Baru dibuka pada 28 Feb 2012. Saja I bawa Zikrey sebelum cuti sekolah bermula, sebab tak nak bersesak2 kat sana. 

Sebelum pergi, I dah beli tiket secara online di Ticketing. Harga tiket boleh check di link yang di beri ya. Sangat mudah dan cepat. Kitorang ambil session pagi. Dari jam 10 - 3 petang... Tiba di sana, kena beratur, tunjuk bukti pembelian tiket secara online, dan nanti akan di berikan tag untuk di pakai kat tangan masing-masing. Untuk budak2 pula akan di berikan 1 map dan 1 cheque untuk cash kan duit kidzo masa di dalam nanti. (duit tipu2 je)

Tag di tangan, 1 map dan sekeping cheque
Di pintu masuk sebelum naik atas dan duit Kidzos
Pelbagai aktiviti dalam tu, KidZania ni adalah sebuah tempat untuk anak-anak merasa dan mencuba bidang2 yang dorang suka. Contoh nak jadi doctor ke, pilot, polis, cikgu, Chef, bomba dan sebagainya. Memang banyak profession yang ada dalam tu dan budak2 boleh cuba apa saja yang dorang suka. 

Setiap bidang tu, ada tenaga pengajarnya. Budak-budak akan di tunjuk ajar mengikut kesesuaian sesuatu kerjaya tu. 

Aktiviti ni sangat bagus. Time I kecik2 dulu tak ada pun macam ni. Paling koman pun pergi berkhemah kat sekolah je laa... hehehehe...

Aktiviti yang paling banyak mendapat sambutan adalah Bomba. Sangat best sebab nanti truck bomba tu akan keliling dalam Kidzania tu sambil bunyi siren. 

Mereka akan di bawa ke satu tempat kebakaran laa kononnya.. siap ada nyalaan api tipu2... Alah lampu je.. hehehehe... tapi nak padam kan api memang guna air betul.. 

comel-comel budak2 ni dgn bajunya
Untuk anak bawah 5 thn, ibu bapa kena masuk dan teman anak-anak tu, tapi kalau budak2 yang lebih besar tak perlu ibu bapa teman. Dekat situ dah jimat duit tiket untuk ibu bapa...

Kalau korang rasa anak2 korang agresif dan tak malu nak join aktiviti, boleh sgt bawa dorang ke situ. Bagi dorang terdedah dengan suasana bekerja yang sebenar. 

Jangan risau, keselamatan dalam tu insyaallah terjaga. Yang bawa baby pun tak ada masalah, ada tempat di sediakan untuk menyusukan anak.
Pilot training bagi yang suka nak jadi Pilot Aircraft
Bob the builder?


Doctor? Journalist?
Postman? Lecturer or Chef?
Untuk yang minat melukis atau nak jadi Lawyer

Dentist atau beautician
Ini adalah tempat kesukaan Zikrey. Home sweet home... memang macam kat rumah. Ada ruang tamu, ada kitchen, ada bathroom dan bedroom. 

Yang bawa baby, boleh rehat kat sini... tak sesak sgt.
Budak lelaki suka juga ye main masak2 ni. Adik yang baju oren tu, mula2 nak masuk sini, mak dia tak bagi. Mak dia kata tu tempat perempuan tak sesuai.

Tapi, i racun fikiran budak tu. I kata sapa kata lelaki tak boleh main masak-masak. Terus budak tu bgtau mak dia dan mak dia dah tak kata apa dah... hehehehe 
 Nak main pasir pun boleh... tak perlu pergi kat pantai.. hahahaha... tapi tempat kecik je la.. pasir dia pun bersih. Halus sgt tapi tak sama dgn pasir pantai.

Merasa laa kan nak main pasir. Tak macam kita dulu, main je pasir depan rumah... hehehehe
Kepada ibu-bapa di luar sana, bawalah anak-anak korang isi masa lapang cuti sekolah nanti ke atau hujung minggu. 

Kalau nak di kira harga masuk, murah sikit la dari Sunway Lagoon tu. Bawak lah sedikit bekalan macam biskut atau roti bila nak masuk. Sebab kat dalam tu tak banyak kedai makan. Yang ada pun agak mahal. 

Surau ada di sediakan, tapi kecik je. Sekali masuk boleh 2 orang solat. Telekung pun ada. 2 pasang je di sediakan. Kalau pakai tag tu, make sure jangan terlalu ketat, sebab nanti nak ambik wuduk tak rata lak air kat tangan kita. Tag tu kalis air, jadi wuduk lah sekali dgn tag tu.

3 comments:

  1. bestnye tempat dia ni ada satu tempat macam ni tak salah kat jepun.. kak pia tiket dia berapa utk adults n children ye?

    ReplyDelete
  2. Mirae.. memang kat oversea dah ada.. jakarta pun ada...

    kalau macam akak pergi hari tu... zikrey RM55, akak dgn ayah dia sorang RM35... dari jam 10-3 petang...

    ReplyDelete
  3. ooo..br paham konsep kidzania..mmg berbaloi la camtu..
    errr..mak bapak yg lagi teruja kot..hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...