Jan 11, 2012

Cerita Butang Merah

Uniform Qdees Zikrey sudah 2 butang tercabut. Yang butang pertama tu aku sempat la jumpa dalam washing machine, yang butang kedua tak tau cicir kat mana.

Kalau tengok kat semua uniform dia, memang butang2 tu dorang jahit ala kadar je. memang tunggu masa nak tanggal. 

Nak di jadikan cerita, satu bandar kinrara kitorang round pi kedai cari butang merah. Mydin tak de, speedmart tak de, kedai RM5 tak de.. dah tak tau nak cari kat mana, dan masa tu la baru terfikir nak je aku bukak kedai jual butang. hehehehe....

nak cari kedai jual alat2 jahitan.. memang tak ada laa kat area sini. buat sakit hati je kan. sudahnya uniform zik tak ada satu butang kat bawah. maka ku masukkan baju tu dalam seluar dia. konon2 boleh laa kaver tuk sehari kan sementara aku nak gi cari butang lagi.

tiba-tiba semalam, masa ayah dia gi ambil kat sekolah, cikgu kata semua butang tanggal! apa ke jadah semua tanggal? Sudahnya cikgu dia terpaksa gantikan baju dia dgn baju pinjam hat sekolah punya. Dah laa baju pinjam, lusuh plak tu, tah sapa2 punya dia bagi. Kesian Zikrey. 

Balik dari hantar Zik ke rumah umie, ayah dia pi Tropicana Mall cari butang merah tu.. tak ada jugak... sudahnya ayah dia mengemis di kedai buat uniform kerja dia dulu mintak butang merah.. puas cina tu mencari... dapat laa 6 biji tapi lain warna dan kecil sedikit. tak pe laa daripada tak ada kan... 
 

2 comments:

  1. sori to say la kan.. baju qds ni harap je mahal, tp kualiti dia sgt teruk. part butang baju tuh aku setuju sgt2 n satu lagi, kain dia. 2 hari pakai badge hijau tuh, aku nmpk lubang besarrr kat baju.


    haihhhhh!!

    ReplyDelete
  2. kat seri serdang ada kedai menjahit. mcm2 butang ada

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...