Dec 28, 2011

Zikrey di Qdees

Pagi-pagi sebelum ke sekolah
Meh nak cerita kisah hari pertama dan kedua Zikrey di hari orientasi Qdees. 

Hari pertama

Kejut dia bangun jam 6.30 pagi, nak suruh mandi punya lah liat. Macam-macam alasan dia bagi. Air sejuk lah, tak nak mandi lah, itu lah ini lah. Aku siap cakap.. aku dah masak air panas. Maklumlah rumah tak ada water heater... masak laa air dalam cerek.. hahahahah...

Dah mandi, ok siapkan pakai uniform dengan kasut Ben-10 berlampu dia. Tu pun baru beli, sebab nak attract dia pergi sekolah. Dia mintak kasut lampu, belikan je lah, asalkan dia nak pergi sekolah. 

Dah banyak kali aku hint2 dia yang dia akan pergi sekolah, ada teacher, ada friends, ada muzik, ada toys, dan macam2 lagi lah aku cakap. Kelas start hari tu jam 8 sampai 10.30 pagi je. 
 
Dalam kelas tengok teacher suruh kaler-kaler
Mula-mula sampai, Cikgu-cikgu dah tunggu depan gate. Muka dia dah cuak dah. Tapi kontrol comel. Budak2 lain dah start masuk kelas dah nyanyi-nyanyi dgn cikgu. Zik dah siap tarik tangan aku suruh masuk sekali. Aku pun masuk lah.. punya lah dia pegang tangan aku. Tak kasi aku pergi. Cikgu tanya apa pun dia tak nak jawab, suruh nyanyi pun tak nak, suruh dance pun tak nak... geleng2 kepala... 


haiyo.. apa laa anak aku ni. pastu aku tukar plak dengan ayah dia. Ayah plak teman. aku lepak kat luar. pun sama. tak mo lepas ayahnya pergi. 


lepas tu cikgu suruh dia kaler-kaler butterfly... dia buat laa.. tapi ayahnya kena duduk sebelah... hehehehe... Tetiba principal dia panggil nak jumpa ibu bapa kat kelas lain. Ayahnya tinggalkan dia. Perghhhh meraung tak hengat... hahahahah.. terus cikgu dia tutup pintu kelas. tak kasi tengok.. lepas kitorang dah diskas2 dgn principal.. kitorang terus blah tinggalkan Qdees. 


Terpaksalah ayah dia teman kejab
Jam 10.30 nanti kitorang kembali datang ambil. Dalam kelas tu ada gak yang cengeng macam zikrey, sorang budak perempuan. langsung tak mau dgn cikgu. menangis gak. hahahaha tapi anak2 orang lain bagus sgt. Ceria, aktif dan respon dgn cikgu. Kagum betul dengan budak2 tu. 

Sambung balik cerita, lepas kitorang datang balik nak ambil zik, tiba-tiba cikgu dia kata, tak ada spare baju ke dalam bag zikrey. Dia terkencing dalam seluar. hahahahaha hari pertama dah buat hal. adoi laaaa...


terus cikgu dia bagi tah seluar sapa, tukarkan seluar zikrey. keh keh keh ... anak oh anak... macam-macam hal...
 

Tekun nya...
Bila dia nampak aku datang nak jemput dia, terus cembeng dah muka. Hehehehe.. 


balik tanya dia buat apa kat sekolah, dia tak nak cakap.. tapi dia tunjuk hasil kerja dia.. iaitu butterfly... aku pun puji2 lah dia... cakap cantik, pandai rajin.. suka lah dia... tapi ini memang hasil kerja dia yang pertama. so aku pun sangat teruja lah. 


dah beli satu file nak simpan semua2 kerja dia kat sekolah nanti. bila dia dah besar nanti boleh lah dia tengok balik apa yang dia dah belajar kat pre-school. mesti best kan? 




Hasil kerja Zikrey yang pertama


Ini adalah hasil kerja Zikrey yang pertama.. hehehe lawa tak? lawaaaaaaaaaaa....


main tampal-tampal dan warna-warna...

1 comment:

  1. ilang macho sbb nangis..hehe..rayyan nt ..tatau la..ble dh antra skolah..macho ke hancur..hahha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...