Dec 1, 2011

Happy Birthday Zikrey.... Ibu & Ayah sayang kamu!

Hari ini adalah hari lahir Zik yang ke-4. Dah besar anak Ibu dan Ayah. Ibu dengan Ayah harap Zikrey akan menjadi seorang anak yang soleh, baik hati, taat kepada Allah SWT, taat kepada ibu dan ayah dan juga menjadi seorang anak yang bijak dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Insyaallah...

Itulah harapan setiap ibu bapa kepada anak-anak mereka kan? Bila tengok balik gambar-gambar zik dari mula di lahirkan, hati sangat tersentuh. Sekejab je dah 4 tahun masa berlalu, nanti tak lama lagi dah sekolah, dah besar masuk universiti, bekerja dan berkahwin. Itulah kehidupan setiap manusia... 

Ok tak mo bebel panjang-panjang... meh nak share gambar zik dari dilahirkan.. sampai la sekarang.. hehehehe





7 comments:

  1. hepi besday kiki! hadiah mintak ibu yeee

    ReplyDelete
  2. yeee laa aunty Mama... terima kasih ye wish kiki.. keh keh keh

    ReplyDelete
  3. Aalamak hadiah tak kasi lagi ...

    ReplyDelete
  4. huhuhu..awat saya bergenang air mata ni...bukan benda sedih pn...huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. echah... kalau bab anak2 memang kita sentiasa sayu kan?

    ReplyDelete
  6. happy birthday zik..alahaiii comelnya....geram tgk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...