Nov 30, 2011

Monkey Stick (Tumbling Monkeys)

Semalam petang lepas kerja, singgah ke IOI Mall Puchong kejab. Ayah Zik nak beli barang sikit. Jadi sampai di sana, Ayah Zik ke bahagian IT, aku dengan Zik ke tempat lain lah... sambil jalan2 tu.. tiba-tiba Zik cakap "Ibu, nak beli monkey stick"... aku blur! apa kebenda monkey stick tu? makanan ke? aiskrim ke? mainan ke?

aku tanya Zik "apa benda monkey stick tu, mana lah ibu tau... cuba describe kan macam mana rupanya, dan kat mana boleh beli?" 

wah dia pun gayakan laa macam Monkey tengah melompat.. lagi lah aku blur! dia kata toy... pastu dia tunjuk kat tah mana2 kedai kat situ.. aku nampak dia tunjuk kedai kain!... 

puas dia merengek2... aku bawak pergi kedai mainan.. suruh dia tunjuk, dia kata tak ada.. lagi lah aku blur.. kejab tu ayah dia sampai aku tanya.. Hah.. nasib ayah dia dapat tangkap apa Zik nak.... rupa-rupanya mainan Tumbling Monkeys dia tengok kat TV... so pergi laa masuk Jusco cari kat bahagian mainan... JUMPA!

Ini lah dia.. tapi yang ini kotak besar... agak besar benda alahnya... harga hat ni RM49.90... Zik dah pegang kotak tu dah... Gila.. time macam ni dia nak harga RM50... pujuk2 dah tak jalan....

Tetiba nampak yang kecik sikit. boleh bawak main dalam kereta. RM42.90... ada diskaun 30% so dapat lah dalam RM38. Ambil lah.. kira hadiah harijadi la tu... hehehehe 

Macam mana nak main game ni? cara dia.. kena susun2 lidi tu dan gantung2kan monkey yang ada. then kita tarik ikut warna lidi tu dan pastikan monkey tu tak jatuh ke bawah.. kalau jatuh.. kalah.. hehehehe gitu laa lebih kurang cara mainnya... kalau kotak ni ada dapat dadu sekali... tapi yang kecik tu tak ada.. 


Pagi tadi celik je biji mata terus cari Monkey Stick dia... nak bawak pergi rumah umi... pergi breakfast pun angkut jugak ke kedai makan... kiralah monkey tu... gitu lah rupanya. 

Budak-budak sekarang, pengaruh TV sungguh. zaman aku dulu tak ada nya monkey stick bagai.. ko sendiri laaa jadi monkey kat pokok tu haaa.. hehehehe

2 comments:

  1. babang ada satu. sebijik camni. hadiah besday jugak. besday sept, dpt brg oct. hehehe..

    pasni nak beli uno block tuh plak.. bagus permainan minda2 ni..

    ReplyDelete
  2. hah boleh laa lawan dgn babang...tengok monkey sapa bijak.. hahahahah

    kan? permainan macam ni tak bazir duit beli... tapi tang harga tu yang adoiyai... sakit jiwa mak ayah nya... hehehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...