Nov 30, 2011

Monkey Stick (Tumbling Monkeys)

Semalam petang lepas kerja, singgah ke IOI Mall Puchong kejab. Ayah Zik nak beli barang sikit. Jadi sampai di sana, Ayah Zik ke bahagian IT, aku dengan Zik ke tempat lain lah... sambil jalan2 tu.. tiba-tiba Zik cakap "Ibu, nak beli monkey stick"... aku blur! apa kebenda monkey stick tu? makanan ke? aiskrim ke? mainan ke?

aku tanya Zik "apa benda monkey stick tu, mana lah ibu tau... cuba describe kan macam mana rupanya, dan kat mana boleh beli?" 

wah dia pun gayakan laa macam Monkey tengah melompat.. lagi lah aku blur! dia kata toy... pastu dia tunjuk kat tah mana2 kedai kat situ.. aku nampak dia tunjuk kedai kain!... 

puas dia merengek2... aku bawak pergi kedai mainan.. suruh dia tunjuk, dia kata tak ada.. lagi lah aku blur.. kejab tu ayah dia sampai aku tanya.. Hah.. nasib ayah dia dapat tangkap apa Zik nak.... rupa-rupanya mainan Tumbling Monkeys dia tengok kat TV... so pergi laa masuk Jusco cari kat bahagian mainan... JUMPA!

Ini lah dia.. tapi yang ini kotak besar... agak besar benda alahnya... harga hat ni RM49.90... Zik dah pegang kotak tu dah... Gila.. time macam ni dia nak harga RM50... pujuk2 dah tak jalan....

Tetiba nampak yang kecik sikit. boleh bawak main dalam kereta. RM42.90... ada diskaun 30% so dapat lah dalam RM38. Ambil lah.. kira hadiah harijadi la tu... hehehehe 

Macam mana nak main game ni? cara dia.. kena susun2 lidi tu dan gantung2kan monkey yang ada. then kita tarik ikut warna lidi tu dan pastikan monkey tu tak jatuh ke bawah.. kalau jatuh.. kalah.. hehehehe gitu laa lebih kurang cara mainnya... kalau kotak ni ada dapat dadu sekali... tapi yang kecik tu tak ada.. 


Pagi tadi celik je biji mata terus cari Monkey Stick dia... nak bawak pergi rumah umi... pergi breakfast pun angkut jugak ke kedai makan... kiralah monkey tu... gitu lah rupanya. 

Budak-budak sekarang, pengaruh TV sungguh. zaman aku dulu tak ada nya monkey stick bagai.. ko sendiri laaa jadi monkey kat pokok tu haaa.. hehehehe

Nov 21, 2011

20.11.2011 ~ 35

Alhamdulillah... syukur kehadrat Ilahi... masih di berikan peluang untuk bernafas di bumi Allah yang indah ini... diberikan kebahagian dan ketabahan dalam menghadapi segala ujian Allah... Insyaallah... Semoga kehidupan bertambah baik dari sebelum nya... dan ibadat terpelihara dengan lebih baik... Amin...

Tahun ini adalah tahun yang agak baik dengan rezeki dari Allah SWT..walaupun tidak banyak mana, tapi alhamdulillah dengan kurniaan nya... cukup makan, cukup pakai sudah memadai.. 
N9
Terima kasih kepada Ayah Zik dan Zikrey dengan hadiah yang sangat bermakna... I love you all...
warna pink lagi.. hehehehe

Nov 14, 2011

Bila dah cantik, pakaian pun singkat?


Aku tak tau laa nak kategorikan perempuan-perempuan di dalam gambar ni sebagai apa? Bangang? Tak sedar diri? Tak tau malu? atau apa? Mula-mula masa aku terpandang gambar ni dalam suratkhabar Metro Sabtu lepas, aku tak tau nak cakap apa... rasa macam terang-terang perempuan-perempuan tersebut di perbodohkan oleh pihak satu lagi untuk mengaut keuntungan.

Kadang-kadang cuba kita fikir, kenapa Allah bagi kita sesuatu kejadian? Kenapa Allah jadikan kita Gemuk? kenapa Allah jadikan kita Buruk? kenapa Allah jadikan kita macam-macam... sebab Allah nak kita berfikir secara logik dan rasional. 

Contoh :- Kenapa kita gemuk? agak-agak korang la kan? kalau korang memang body lawa, kurus, cantik macam Fasha Sandha tu... adakah korang akan pakai seksi2? mesti la kot kan? mesti nak kaler2 rambut kan? mesti nak terbukak sana sini kan? itu sebab Allah jadikan kita gemuk supaya kita ada perasaan malu, reti nak tutup aurat, reti nak pakai tudung.. dan sebagainya... ******ini sekadar contoh ye...

berbalik pada gambar di atas, ooo masa ko gemuk reti plak nak tutup2.. bila dah kurus, ketat sana sini.. pakai skirt pendek.. tak rasa ke diri di pergunakan? orang yang buat iklan tu kira apa? kafir? pedulik apa dia kan? janji bisnes masyuk.... 
yang jadi bodoh? orang islam gak.. tak caya? cuba tengok keempat-empat wanita di atas.. semua orang Islam bukan? 

Fikirlah sendiri....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...