Oct 8, 2011

Seronok dan puas hati, am flying without wings...

Westlife Live in Kuala Lumpur: Gravity Tour 2011

Bermakna Westlife kembali ke Malaysia! Ya... aku memang minat kumpulan Westlife ni... sejak dari tahun 1999 sehingga lah ke hari ini. Dulu-dulu ye lah memang diorang ni muda2 belaka, tapi la ni tidak lah tua sangat pun.. umur masing-masing pun sekitar awal 30an... 
Aku memang suka lagu-lagunya... sedap di dengar... aku tak kisah pun kalau ada yang kata dorang ni dah tua atau tak sehebat BSB (backstreetboy). Minat masing-masingkan.. kita tak boleh larang.. Pertama kali aku pergi menonton konsert diorang pada tahun 2001, di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ini pertama kali aku tengok Westlife secara live. Lepas tu kali kedua diorang datang ada lawan bola dengan rockers united. Ini pun aku pergi jugak. Memang best tengok dorang lawan bola dengan rockers Malaysia. 


Tapi semalam 7 Oct 2011, Westlife kembali, dan aku dapat tiket free dari Sinar fm. Memang tak jangka boleh dapat, sebab chances nak dapat tu tipis sangat sebab kena jadi pemanggil yang terpantas! Gila ko.. terpantas? How? Hari-hari aku tunggu dengar isyarat Sinar. Hari pertama dengan kedua tak lepas2.. sampai Ayah Zik cakap, beli je lah tiket tu… aku cakap, tak nak beli… aku yakin aku akan dapat jugak nanti.. dan aku ckp dalam hati aku, kalau rezeki aku ada, aku mesti dapat gak tiket tu. Instinct aku kuat sgt yang aku rasa aku dapat!....

 Nah! Akhirnya penantian aku berakhir. Percubaan hari ketiga, aku Berjaya! Alhamdullillah! DJ tu kata aku dapat 2 tiket bernilai RM150 each!... ok lah tu kan! Hanya jawab soalan yang diberikan tetang Westlife. Hehehehe

Aku kena pergi ambil tiket tu di pintu utara Astro pada hari sama dengan konsert! Pihak Astro bagi masa dalam sejam je untuk datang collect tiket tu. Dan apa yang buat aku tak sangka, aku dapat tiket bukan bernilai RM150, tetapi RM358 each! Block Platinum, belakang seat VVIP/Premier. OhEmGee… tak sangka aku duduk dekat dengan stage! Kali ni best aku pergi dengan encik suami. Berganda lah seronoknya berbanding zaman bujang2 dulu. Sebab payah gila nak dapat lepas dari mak aku!..

Tapi yang tak seronoknya… DSLR camera tak dibenarkan bawa masuk! Sia-sia je aku pinjam DSLR kat Juliana (CJ). Baik hati tau dia bagi kepercayaan aku untuk pinjam DSLR tu. Tapi CJ… akak tak guna pun camera u tu… duk diam2 dia dalam kereta! Terima kasih banyak2 babe!











Keseluruhan konsert tu memang menakjubkan! Terhibur, dengan persembahan mantap dan bertenaga dari Westlife, persembahan yang aku rasa tidak ada berubah dari segi vocal, penyampaian, dan rupa ahli kumpulan tu… Cuma ada sikit boroi laa masing-masing.. hahahahaha… dan yang best penonton sangat spoting dan bersikap sopan berbanding konsert pada tahun 2001 dulu. Masa tu Westlife sendiri tak nak teruskan persembahan selagi penonton-penonton tak bertenang! hahaha teruk betul kan?




Tapi tu lah kali ni aku tak puas hati! Sayang sebab tak dapat “tembak” gambar dorang dekat2… harap guna camera digital biasa je dengan handphone.  Maka gambar pun blur2..hanya itu je kenangan yang aku ada!


*****artikel dari GUA Malaysia tentang Westlife : Westlife Masih Seperti Dahulu!


2 comments:

  1. wow... bestnya... i follow...
    sapa DJ yang jawab panggilan? Zaidi? Nun Jim Mim Nun? Jamal Jamaluddin? :D

    ReplyDelete
  2. Zaidi laa bro! keras jawab call!!! bosan! keh keh keh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...