Oct 4, 2011

Roti Berlapis Daging

Roti Berlapis Daging
Malam tadi Ayah Zik kata tak nak makan nasi, maka aku buatlah roti lapis daging ni. kebetulan bahan-bahan lebihan bulan puasa hari tu (ambik ko dah sebulan lebih tu) masih ada dalam peti ais. Antaranya daging burger Darabif Junior dengan Sosej Cheese. 

Jadi pergi singgah Giant beli roti, susu cair dan cendawan butang. Sekali terlupa nak beli Mozarella Cheese. Nasib kat rumah ada Cheesedale lebihan bulan puasa gak ni. ada laa dalam 7 keping. Jalan!!! Jom tengok resepi di bawah ni.

Bahan-bahannya :-

3 keping burger ayam/daging/kambing Darabif Junior (dihancurkan)
~boleh je nak guna apa2 brand burger, besar ke kecik ke.. ikut suka
4 batang sosej di potong ikut suka saiz dan bentuk (apa2 sosej pun boleh)
1 biji sederhana besar bawang besar (di potong dadu kecil)
1 biji bawang putih bersaiz besar (di cincang)
2 sudu besar rempah kari daging (di bancuh air jadikan pes)
1 batang karot sederhana besar (di parut memanjang) potong dadu pun boleh
7 biji cendawan butang, di hiris halus
~boleh tambah capsicum kalau nak (aku tak de stock)
Cheese Mozarella, kalau tak de boleh je guna cheesedale tu
1 buku roti Gardenia/Masimo/High5 (ikut suka lah)
sedikit daun sup di cincang halus
sedikit garam
1/2 tin susu cair (boleh guna whipped cream)**
6 biji telur ayam**
sedikit lada sulah**

Caranya :-

Untuk buat inti dulu ya... 
a) Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga garing/kekuningan.
b) masukkan rempah kari daging dan goreng sehingga pecah minyak.
c) Masukkan daging burger dan sosej, kacau2 sehingga semua masak. 
d) masukkan karot, daun sup dan cendawan butang. Rasakan dengan garam. Kalau pekat sangat boleh tambah sikit2 air dan masak sehingga kering. 
e) Apabila dah masak, ketepikan. 

Untuk buat based roti tu :- ***
a) Ambil loyang empat segi, sapukan dengan butter keseluruhan loyang itu. lapikkan dengan aluminium foil dan sapukan butter di atas aluminium foil itu.
b) susunkan roti untuk layer pertama. potong roti kecil2 untuk tutup bahagian yang berlubang, pastikan semua roti tutup semua bawah loyang tersebut. Ketepikan.
c) Pukul telur dan susu cair dalam bekas lain. Tambahkan sedikit lada sulah.
d) tuangkan sedikit bancuhan telur ke atas roti yang di dalam loyang tadi. biarkan seketika. pastikan semua roti terendam dalam telur tu ya.
e) taburkan sedikit inti yang mula2 di buat tadi. ratakan. tabur cheese mozarella atau susunkan cheesedale di atas inti tersebut. 
f) tutupkan dengan lapisan roti sama macam cara step (b). Tuangkan bancuhan telur dengan rata. dan ulang step melapis sehingga inti habis.

Sedang di bakar
g) bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga roti masak. Guna api atas dan bawah (kalau oven besar tinggikan la sikit suhunya ya) ~ panaskan oven dulu sebelum membakar. 
h) boleh di hidangkan dengan sos cili dan mayonaise!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...