Oct 6, 2011

Kek Lapis Cream Cheese

Selepas berjalan-jalan ke blog Kak Nor ternampak resepi yang sangat mudah dan ringkas bahan-bahannya. Dah tu tengok Kak Nor tu buat kemain cantik di susunnya. Maka hati tergedik-gedik nak try resepi ni. Kebetulan dalam peti ais ada lebihan cream cheese yang tak jadi nak buat carrot cake dulu tu. 

Percubaan pertama, kek ni sangat sedap! tapi susunan melapis aku tu agak fail la kan sebab tak reti sgt nak susun biskut bulat2 tu jadi kemas. Tak pe cubaan seterusnya akan ku cuba buat kemas-kemas. 

Jom tengok resepi nya :-

Tajuk asalnya Kek Lapis Cheese Persona, tapi i ubah lah jadi Kek Lapis Cream Cheese, sebab bila aku bgtau budak2 ofis ni Kek Lapis Cheese, automatik dorang terbayang cheese yang empat segi makan dgn roti tu.. hehehehe...
Bahan-bahannya :- 

A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus


Caranya :-

a) Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati

b) Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
c) Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
d) Panaskan susu segar,padamkan api.
e) Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
 f) Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
g) Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
h) Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong

5 comments:

  1. salam....sedapnyer....bagi kat cni ckit boleh tak.....

    ReplyDelete
  2. i la rin....eida....

    ReplyDelete
  3. wah sdpnye...tgk..nk try la..:) cam senang je kn..

    ReplyDelete
  4. try laa cik sutera... sangat sedap dan mudah... tapi jangan makan byk2.. cheese tu hehehehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...