Oct 5, 2011

Karipap untuk Ijatt (wah ada entry khas tuk ijatt)

Karipap di kelim sendiri!
Aku ni kan pantang dengar orang nak makan apa2.. mesti tak senang hati... nak nak kalau mak buyung cakap nak makan itu ini, mula laa hati ni rasa meruntun... sebab dah penah lalui kan macam mana rasanya bila mengidam. 

Tapi hari ni bukan laa aku nak cerita pasal orang mengidam, ni kisah budak Ijatt anak kepada Lini Hafiz (wah glamer ko nok) yang hari tu mintak karipap kat mama dia bila bangun2 je dari tidur. 

Mama dia mana laa ada masa nak buat, walaupun mama dia tu surirumah sepenuh masa hahahahaha... ye lah orang ada baby kecik kan? paham2 je lah. mana nak kelek baby mana nak menguli tepung... Aku faham tu semua Linie... hahahahaha ... 

Toksah kata orang lain lah, aku yang semalam menguli doh karipap pun "lemas" kena kacau dengan Zik. Kejab2 dia datang dapur, kejab2 dia tanya itu ini, kejab2 dia sungging tangan aku, kejab2 dia usik itu ini... sudah nya kena jerit dgn aku! hahahahaha sian!

Semalam memang buat byk inti, tapi kannnnnnnnnnnn... hahahahah tepung gandum tak cukup! Aku lupa tepung dah tinggal sikit sebab hari tu buat tempahan apam polkadot si Mimi Ibrahim (plug2pin). Tepung tinggal 400gm je... hahaha kurang 100gm.. hah! gasak laa guna apa yang ada.. nak gi kedai dah malam.. kita buat je apa ada... 

Dan itu lah hasilnya karipap berinti keledek. Tak ada udang kering sebab Lini alergi udang, maka ku buat dua inti, satu tanpa udang kering satu ada! hehehehe.. walaupun tak sesedap karipap van putih, tapi boleh buat makan oleh Ijatt! hehehehe...

Aku share resepi :-

Bahan-bahan doh 

500gm tepung gandum
250ml air 
100gm butter (dicairkan)
1/2 sudu besar garam
1/2 cawan ais
1 biji telur

Cara menguli doh

a) pecahkan telur di dalam tepung, gaul sampai menjadi macam serbuk roti
b) bancuh garam dengan air sehingga betul2 larut, campurkan ais
c) Tuangkan butter cair ke dalam tepung yang di gaul dengan telur tadi, uli sehingga sebati
d) tuang sedikit demi sedikit air dan uli sehingga doh tidak melekat lagi di tangan. tak semestinya kena habiskan air ya. 

bahan-bahan untuk inti :-

2 biji keledek di potong kulit dan di kerat dadu, rendam dalam air seketika
 (I guna keledek saiz besar macam ubi kayu hehehe)
1 biji bawang besar di potong dadu
2 biji bawang putih di hiris nipis
2 pelepah daun kari 
2-3 sudu besar rempah kari daging di bancuh menjadi pes
(kalau nak pedas boleh tambah lagi)
3 sudu besar udang kering di tumbuk halus
sedikit daun sup, di hiris halus
sedikit garam dan gula
sedikit air
minyak untuk menumis
Cara membuatnya :-

a) panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari sehingga kekuningan.
b) masukkan rempah kari daging dan biar sampai garing/pecah minyak. kalau pekat sgt, boleh tambah sikit air.
c) masukkan udang kering dan gaul rata. biarkan seketika.
d) masukkan keledek dan air. masak sehingga keledek lembut
e) rasakan dengan garam dan gula. masukkan daun sup dan masak sehingga inti kering.
f) siap! hehehehe

4 comments:

  1. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... saje jek kasi entry nak soh aku torai kan.. :P

    ReplyDelete
  2. siap resepi tu kan..ekekeke
    ri tu buat fail bab kelim..ekeke..tp takpe..acuan karipap mmg dah ade..pasni buat..guna acuan..konpem lawa...haha..lawa je la...hiks

    ReplyDelete
  3. akak tak boleh la guna acuan... dia ketip sampai terbukak2 keripap tu nanti... bila goreng pecah2.. maka kelim guna jari sendiri hahahahahah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...