Oct 28, 2011

Deuter Kids Bagpack

Deuter Kids Backpack
Beg yang di idam-idamkan oleh aku... untuk Zik.. hehehe.. tah apa2 kan beg pun nak idam2 plak.. tapi aku memang suka sungguh brand dan design Deuter ni... Insyaallah next target nak beli beg tuk diri sendiri plak.. mesti laa nak cari warna pink atau merah.. hehehehe tapi hijau pun lawa...

Beli di Jusco Mid Valley, kat situ banyak pilihan untuk budak-budak berbanding tempat lain. Nak cari budak2 punya memang tak byk.. sebab dorang cakap tak ramai yang beli, jadi tak byk kedai jual. So aku memang tau kat Jusco MidValley ada byk. Memang banyak dan sangat banyak design beg Deuter ni terutama untuk adult.

Kalau pergi tengok kedai lain, atau kedai online harga dalam RM139, tapi tadi pergi Jusco harganya RM119 dapat diskaun 30% jadi harga nya dalam RM83.30. Sangat suka sebab ada diskaun byk.. nasib tergerak hati nak tengok kat MidValley. 

Kenapa aku suka beli beg ni walaupun mahal? Pertama sekali, beli barang mahal ni, memang tak di nafikan boleh tahan lasak dan tahan lama. So aku harap Zik boleh pakai at least 2 thn la kan.. boleh bawak pergi sekolah nanti. Alah bukan nak letak apa pun... koman-koman pun letak botol air dan kereta mainan kecik2 dia.. hehehehe... 

Oct 19, 2011

Secret Recipe Voucher

Thank you Nestle

Alhamdulillah, kalau dah rezeki Allah janjikan, Insyaallah dapatlah... Saja-saja join contest di Facebook, suka-suka, bukan susah pun, ajak kawan-kawan join sekali, contest ni kalau menang, menang satu team. Bukan menang sorang je. Jadi tak ada la kawan-kawan yang join tu tak dapat apa-apa. Sama-sama dapat dan merasa. (so lain kali kalau aku invite tu, joiin je laaa.. jangan takut tak mintak duit pun)

Contest kali ni di anjurkan oleh Nestle, tajuk contest ialah Nestle Jom Makan. Senang je, cuma invite kawan-kawan di Facebook, Like page Nestle dan join Table Team i kat Facebook tu. Kalau terpilih dapat lah voucher Secret Recipe untuk ketua team RM200, dan yang geng team dapat RM100 seorang!

Jadi team aku ada 5 orang campur aku ada 6... Yang 5 orang dapat RM100 each, dan aku dapat RM200.. alhamdulillah... jadi ayah zik adalah salah seorang yang dapat RM100, maka secara tak langsung i ada jumlah RM300 voucher SR.. hahahahah sangat best!

lepas ni nak story makan-makan di Secret Recipe! hehehehe


Oct 8, 2011

Seronok dan puas hati, am flying without wings...

Westlife Live in Kuala Lumpur: Gravity Tour 2011

Bermakna Westlife kembali ke Malaysia! Ya... aku memang minat kumpulan Westlife ni... sejak dari tahun 1999 sehingga lah ke hari ini. Dulu-dulu ye lah memang diorang ni muda2 belaka, tapi la ni tidak lah tua sangat pun.. umur masing-masing pun sekitar awal 30an... 
Aku memang suka lagu-lagunya... sedap di dengar... aku tak kisah pun kalau ada yang kata dorang ni dah tua atau tak sehebat BSB (backstreetboy). Minat masing-masingkan.. kita tak boleh larang.. Pertama kali aku pergi menonton konsert diorang pada tahun 2001, di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ini pertama kali aku tengok Westlife secara live. Lepas tu kali kedua diorang datang ada lawan bola dengan rockers united. Ini pun aku pergi jugak. Memang best tengok dorang lawan bola dengan rockers Malaysia. 


Tapi semalam 7 Oct 2011, Westlife kembali, dan aku dapat tiket free dari Sinar fm. Memang tak jangka boleh dapat, sebab chances nak dapat tu tipis sangat sebab kena jadi pemanggil yang terpantas! Gila ko.. terpantas? How? Hari-hari aku tunggu dengar isyarat Sinar. Hari pertama dengan kedua tak lepas2.. sampai Ayah Zik cakap, beli je lah tiket tu… aku cakap, tak nak beli… aku yakin aku akan dapat jugak nanti.. dan aku ckp dalam hati aku, kalau rezeki aku ada, aku mesti dapat gak tiket tu. Instinct aku kuat sgt yang aku rasa aku dapat!....

 Nah! Akhirnya penantian aku berakhir. Percubaan hari ketiga, aku Berjaya! Alhamdullillah! DJ tu kata aku dapat 2 tiket bernilai RM150 each!... ok lah tu kan! Hanya jawab soalan yang diberikan tetang Westlife. Hehehehe

Aku kena pergi ambil tiket tu di pintu utara Astro pada hari sama dengan konsert! Pihak Astro bagi masa dalam sejam je untuk datang collect tiket tu. Dan apa yang buat aku tak sangka, aku dapat tiket bukan bernilai RM150, tetapi RM358 each! Block Platinum, belakang seat VVIP/Premier. OhEmGee… tak sangka aku duduk dekat dengan stage! Kali ni best aku pergi dengan encik suami. Berganda lah seronoknya berbanding zaman bujang2 dulu. Sebab payah gila nak dapat lepas dari mak aku!..

Tapi yang tak seronoknya… DSLR camera tak dibenarkan bawa masuk! Sia-sia je aku pinjam DSLR kat Juliana (CJ). Baik hati tau dia bagi kepercayaan aku untuk pinjam DSLR tu. Tapi CJ… akak tak guna pun camera u tu… duk diam2 dia dalam kereta! Terima kasih banyak2 babe!











Keseluruhan konsert tu memang menakjubkan! Terhibur, dengan persembahan mantap dan bertenaga dari Westlife, persembahan yang aku rasa tidak ada berubah dari segi vocal, penyampaian, dan rupa ahli kumpulan tu… Cuma ada sikit boroi laa masing-masing.. hahahahaha… dan yang best penonton sangat spoting dan bersikap sopan berbanding konsert pada tahun 2001 dulu. Masa tu Westlife sendiri tak nak teruskan persembahan selagi penonton-penonton tak bertenang! hahaha teruk betul kan?




Tapi tu lah kali ni aku tak puas hati! Sayang sebab tak dapat “tembak” gambar dorang dekat2… harap guna camera digital biasa je dengan handphone.  Maka gambar pun blur2..hanya itu je kenangan yang aku ada!


*****artikel dari GUA Malaysia tentang Westlife : Westlife Masih Seperti Dahulu!


Oct 6, 2011

Kek Lapis Cream Cheese

Selepas berjalan-jalan ke blog Kak Nor ternampak resepi yang sangat mudah dan ringkas bahan-bahannya. Dah tu tengok Kak Nor tu buat kemain cantik di susunnya. Maka hati tergedik-gedik nak try resepi ni. Kebetulan dalam peti ais ada lebihan cream cheese yang tak jadi nak buat carrot cake dulu tu. 

Percubaan pertama, kek ni sangat sedap! tapi susunan melapis aku tu agak fail la kan sebab tak reti sgt nak susun biskut bulat2 tu jadi kemas. Tak pe cubaan seterusnya akan ku cuba buat kemas-kemas. 

Jom tengok resepi nya :-

Tajuk asalnya Kek Lapis Cheese Persona, tapi i ubah lah jadi Kek Lapis Cream Cheese, sebab bila aku bgtau budak2 ofis ni Kek Lapis Cheese, automatik dorang terbayang cheese yang empat segi makan dgn roti tu.. hehehehe...
Bahan-bahannya :- 

A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus


Caranya :-

a) Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati

b) Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
c) Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
d) Panaskan susu segar,padamkan api.
e) Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
 f) Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
g) Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
h) Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong

Oct 5, 2011

Karipap untuk Ijatt (wah ada entry khas tuk ijatt)

Karipap di kelim sendiri!
Aku ni kan pantang dengar orang nak makan apa2.. mesti tak senang hati... nak nak kalau mak buyung cakap nak makan itu ini, mula laa hati ni rasa meruntun... sebab dah penah lalui kan macam mana rasanya bila mengidam. 

Tapi hari ni bukan laa aku nak cerita pasal orang mengidam, ni kisah budak Ijatt anak kepada Lini Hafiz (wah glamer ko nok) yang hari tu mintak karipap kat mama dia bila bangun2 je dari tidur. 

Mama dia mana laa ada masa nak buat, walaupun mama dia tu surirumah sepenuh masa hahahahaha... ye lah orang ada baby kecik kan? paham2 je lah. mana nak kelek baby mana nak menguli tepung... Aku faham tu semua Linie... hahahahaha ... 

Toksah kata orang lain lah, aku yang semalam menguli doh karipap pun "lemas" kena kacau dengan Zik. Kejab2 dia datang dapur, kejab2 dia tanya itu ini, kejab2 dia sungging tangan aku, kejab2 dia usik itu ini... sudah nya kena jerit dgn aku! hahahahaha sian!

Semalam memang buat byk inti, tapi kannnnnnnnnnnn... hahahahah tepung gandum tak cukup! Aku lupa tepung dah tinggal sikit sebab hari tu buat tempahan apam polkadot si Mimi Ibrahim (plug2pin). Tepung tinggal 400gm je... hahaha kurang 100gm.. hah! gasak laa guna apa yang ada.. nak gi kedai dah malam.. kita buat je apa ada... 

Dan itu lah hasilnya karipap berinti keledek. Tak ada udang kering sebab Lini alergi udang, maka ku buat dua inti, satu tanpa udang kering satu ada! hehehehe.. walaupun tak sesedap karipap van putih, tapi boleh buat makan oleh Ijatt! hehehehe...

Aku share resepi :-

Bahan-bahan doh 

500gm tepung gandum
250ml air 
100gm butter (dicairkan)
1/2 sudu besar garam
1/2 cawan ais
1 biji telur

Cara menguli doh

a) pecahkan telur di dalam tepung, gaul sampai menjadi macam serbuk roti
b) bancuh garam dengan air sehingga betul2 larut, campurkan ais
c) Tuangkan butter cair ke dalam tepung yang di gaul dengan telur tadi, uli sehingga sebati
d) tuang sedikit demi sedikit air dan uli sehingga doh tidak melekat lagi di tangan. tak semestinya kena habiskan air ya. 

bahan-bahan untuk inti :-

2 biji keledek di potong kulit dan di kerat dadu, rendam dalam air seketika
 (I guna keledek saiz besar macam ubi kayu hehehe)
1 biji bawang besar di potong dadu
2 biji bawang putih di hiris nipis
2 pelepah daun kari 
2-3 sudu besar rempah kari daging di bancuh menjadi pes
(kalau nak pedas boleh tambah lagi)
3 sudu besar udang kering di tumbuk halus
sedikit daun sup, di hiris halus
sedikit garam dan gula
sedikit air
minyak untuk menumis
Cara membuatnya :-

a) panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari sehingga kekuningan.
b) masukkan rempah kari daging dan biar sampai garing/pecah minyak. kalau pekat sgt, boleh tambah sikit air.
c) masukkan udang kering dan gaul rata. biarkan seketika.
d) masukkan keledek dan air. masak sehingga keledek lembut
e) rasakan dengan garam dan gula. masukkan daun sup dan masak sehingga inti kering.
f) siap! hehehehe

Oct 4, 2011

Roti Berlapis Daging

Roti Berlapis Daging
Malam tadi Ayah Zik kata tak nak makan nasi, maka aku buatlah roti lapis daging ni. kebetulan bahan-bahan lebihan bulan puasa hari tu (ambik ko dah sebulan lebih tu) masih ada dalam peti ais. Antaranya daging burger Darabif Junior dengan Sosej Cheese. 

Jadi pergi singgah Giant beli roti, susu cair dan cendawan butang. Sekali terlupa nak beli Mozarella Cheese. Nasib kat rumah ada Cheesedale lebihan bulan puasa gak ni. ada laa dalam 7 keping. Jalan!!! Jom tengok resepi di bawah ni.

Bahan-bahannya :-

3 keping burger ayam/daging/kambing Darabif Junior (dihancurkan)
~boleh je nak guna apa2 brand burger, besar ke kecik ke.. ikut suka
4 batang sosej di potong ikut suka saiz dan bentuk (apa2 sosej pun boleh)
1 biji sederhana besar bawang besar (di potong dadu kecil)
1 biji bawang putih bersaiz besar (di cincang)
2 sudu besar rempah kari daging (di bancuh air jadikan pes)
1 batang karot sederhana besar (di parut memanjang) potong dadu pun boleh
7 biji cendawan butang, di hiris halus
~boleh tambah capsicum kalau nak (aku tak de stock)
Cheese Mozarella, kalau tak de boleh je guna cheesedale tu
1 buku roti Gardenia/Masimo/High5 (ikut suka lah)
sedikit daun sup di cincang halus
sedikit garam
1/2 tin susu cair (boleh guna whipped cream)**
6 biji telur ayam**
sedikit lada sulah**

Caranya :-

Untuk buat inti dulu ya... 
a) Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga garing/kekuningan.
b) masukkan rempah kari daging dan goreng sehingga pecah minyak.
c) Masukkan daging burger dan sosej, kacau2 sehingga semua masak. 
d) masukkan karot, daun sup dan cendawan butang. Rasakan dengan garam. Kalau pekat sangat boleh tambah sikit2 air dan masak sehingga kering. 
e) Apabila dah masak, ketepikan. 

Untuk buat based roti tu :- ***
a) Ambil loyang empat segi, sapukan dengan butter keseluruhan loyang itu. lapikkan dengan aluminium foil dan sapukan butter di atas aluminium foil itu.
b) susunkan roti untuk layer pertama. potong roti kecil2 untuk tutup bahagian yang berlubang, pastikan semua roti tutup semua bawah loyang tersebut. Ketepikan.
c) Pukul telur dan susu cair dalam bekas lain. Tambahkan sedikit lada sulah.
d) tuangkan sedikit bancuhan telur ke atas roti yang di dalam loyang tadi. biarkan seketika. pastikan semua roti terendam dalam telur tu ya.
e) taburkan sedikit inti yang mula2 di buat tadi. ratakan. tabur cheese mozarella atau susunkan cheesedale di atas inti tersebut. 
f) tutupkan dengan lapisan roti sama macam cara step (b). Tuangkan bancuhan telur dengan rata. dan ulang step melapis sehingga inti habis.

Sedang di bakar
g) bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga roti masak. Guna api atas dan bawah (kalau oven besar tinggikan la sikit suhunya ya) ~ panaskan oven dulu sebelum membakar. 
h) boleh di hidangkan dengan sos cili dan mayonaise!


Oct 3, 2011

My Skechers

Ok kasut nak bergerak ke sana ke mari sudah ada. Niat di hati nak beli Clarks, tapi tak mampu dengan harganya... maka i mampu beli Skechers je la.. tu pun simpan duit beb!

Lokasi kedai i beli di One Utama New Wing, LG floor, beli kasut ni i dapat RM30 voucher. Valid sampai 30 October 2011. Ingat nak beli satu kasut untuk Zik, ada liplap2 lampu, tapi harga dia buat i juling biji mata.. hahahaha...

Lagipun Zik memang tak suka pakai kasut. Dia lagi suka pakai sandal, Beli kasut BUM yang RM30 tu pun dia tak mo pakai. haish macam2 la budak2 ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...