Sep 30, 2011

Pucuk Betik Goreng Udang kering

Suka tak makan pucuk betik? Pahit? Memang la pahit, tapi sedap! biasanya orang buat rebus je cicah dengan sambal belacan, tapi boring lah kan asik tu je, jadi aku ubah lah buat satu resepi mudah, tapi sedap di makan. 

Aku suka pergi pasar tani di Bandar Kinrara. Berhadapan dengan Masjid Bandar Kinrara. Murah je pucuk betik ni. Seikat RM1, tapi selalu cepat habis. Kali ni aku dapat 2 ikat, siap pesan kat adik tu simpan kan dulu. 

Jom tengok resepi mudah ini.

bahan-bahan

2 ikat pucuk betik, ambil yang muda, di rebus, tos airnya dan diracik halus
2 kuntum bunga kantan, diracik halus
1 mangkuk kecil kobis, dipotong halus
2 papan petai, dibuang kulit (ikut suka kalau nak letak)
3 sudu besar udang kering, direndam dan tos airnya
2 batang cili merah, dibuang bijinya
5 batang cili api (letak lebih jika nak pedas)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih (saiz besar)
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa


Caranya

a) Tumbuk cili merah, cili api, bawang merah, bawang putih sehingga lumat. Masukkan udang kering dan tumbuk kasar. 
b) Panaskan minyak di kuali, tumis bahan-bahan tumbuk sehingga garing dan pecah minyak.
c) Masukkan pucuk betik, kobis, petai dan bunga kantan. Di kacau rata.
d) Rasakan garam. Gaul sehingga sayur-sayur tadi masak. (kalau kering tambah sikit2 air)
e) Siap di hidangkan. Sedap di makan dengan nasi panas. 

**** kalau tak makan udang, boleh gunakan ikan bilis. caranya sama. tumbuk lumat dengan cili dan bawang. Sayur kobis tu boleh tukar kalau nak letak sayur lain, contoh macam pucuk paku ke, ulam2 lain ke pun boleh... kangkung pun boleh.. ikut suka korang lah ye... masak ni kena kreatif.. janji bahan2 tu boleh makan. hehehehe selamat mencuba!!!****

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...