Sep 30, 2011

Pucuk Betik Goreng Udang kering

Suka tak makan pucuk betik? Pahit? Memang la pahit, tapi sedap! biasanya orang buat rebus je cicah dengan sambal belacan, tapi boring lah kan asik tu je, jadi aku ubah lah buat satu resepi mudah, tapi sedap di makan. 

Aku suka pergi pasar tani di Bandar Kinrara. Berhadapan dengan Masjid Bandar Kinrara. Murah je pucuk betik ni. Seikat RM1, tapi selalu cepat habis. Kali ni aku dapat 2 ikat, siap pesan kat adik tu simpan kan dulu. 

Jom tengok resepi mudah ini.

bahan-bahan

2 ikat pucuk betik, ambil yang muda, di rebus, tos airnya dan diracik halus
2 kuntum bunga kantan, diracik halus
1 mangkuk kecil kobis, dipotong halus
2 papan petai, dibuang kulit (ikut suka kalau nak letak)
3 sudu besar udang kering, direndam dan tos airnya
2 batang cili merah, dibuang bijinya
5 batang cili api (letak lebih jika nak pedas)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih (saiz besar)
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa


Caranya

a) Tumbuk cili merah, cili api, bawang merah, bawang putih sehingga lumat. Masukkan udang kering dan tumbuk kasar. 
b) Panaskan minyak di kuali, tumis bahan-bahan tumbuk sehingga garing dan pecah minyak.
c) Masukkan pucuk betik, kobis, petai dan bunga kantan. Di kacau rata.
d) Rasakan garam. Gaul sehingga sayur-sayur tadi masak. (kalau kering tambah sikit2 air)
e) Siap di hidangkan. Sedap di makan dengan nasi panas. 

**** kalau tak makan udang, boleh gunakan ikan bilis. caranya sama. tumbuk lumat dengan cili dan bawang. Sayur kobis tu boleh tukar kalau nak letak sayur lain, contoh macam pucuk paku ke, ulam2 lain ke pun boleh... kangkung pun boleh.. ikut suka korang lah ye... masak ni kena kreatif.. janji bahan2 tu boleh makan. hehehehe selamat mencuba!!!****

Sep 22, 2011

Clothes Dryer Dzon

Musim hujan dah bermula. Letih bila pergi kerja, jemur kain, letak bawah porch, bila balik petang, kain lembab dan bau hapak... Kalau tak kena cuci balik, kena lah sangkut kat dalam rumah kasik kering bawah kipas. Sadis tau... sia sia je aku guna Downy warna merah tu... 

Maka semalam petang, telah ku rayu2 ayah zik, gosok2 belakang sikit. Dia tanya... haaa ni nak apa ni? kah kah kah.. cam tau2 je... Aku cakap, jom pergi Tesco... kih kih kih... nak beli pengering kain... dah lama dah perhati.. belek2.. tapi tak beli pun... tapi semalam tu dah kira climaxnya la kan... hujan tiap petang... kain melambak basuh.. maka beli laa jugak...

Taraaaaaa... ini lah dia... (gambar pinjam di google)... Hanya di Tesco je aku nampak ada... Harga? RM199... agak murah berbanding dengan dryer machine.... ada orang nak jual machine tu kat Mudah.my... RM150... tapi laki aku tak yakin dgn tahap keelokan machine tu... hehehehe....



Balik rumah, macam biasa ayah zik laa kena pasangkan... tukang tolong pun ada... siap gunting bagai dia ambik.. abis keluar semua tools mainan dia... gergaji lah, screwdriver lah, spanar lah.. macam2.. 

ini lah hasilnya... kecik je, tapi tak pe, janji boleh membantu aku keringkan baju2 aku tu... kalau tak jenuh weh nak kena hantar dobi... nak tungu siap makan berhari2.. udahnya kang zik tak da baju plak...

Abaikan lah budak kat sebelah tu ye.. sibuk gak nak posing sama... Machine ni ada 1 yr warranty. so kalau part motor rosak, boleh la dapat ganti.. part accessories tak ada la ye...


Ni motornya, yang akan mengeringkan kain. Ada timer sampai 3 jam. So boleh set berapa lama nak bagi kering kain. Kalau takat lembab2 manja je tu, 30 minit pun dah cukup dah tu... tapi kalau baru keluar dari washing machine tu, set laa 2 jam ke atas...










Abaikan washing machine i tu...

Ini masa dah letak cover dia, dalam tu susun2 lah kain dengan hanger, semalam aku buat 2 kali, sebab baju byk, aku set timer setiap satu 30 minit je. Bunyi motor dia tak kuat sgt, macam bunyi hairdryer tu gak. 

Ok alhamdulillah, selesai satu masalah aku nak jemur kain lepas ni. hehehehe... sangat berguna time hujan2 lah. Kalau cuaca panas, memang aku jemur kat luar gak lah... lagi selamat jimat lektrik, jimat kain dari rosak. hehehehe

Sep 3, 2011

Raya yang tak Raya

Selamat Hari Raya semua... Amacam? seronokkah? mestilah seronok dapat jumpa keluarga, sedara mara, kawan-kawan, adik beradik kan? Tahun ni adalah raya yang tak raya bagi aku. Sebabnya, pagi raya pertama ayah zik kena chicken pox. Korang tau la kan kalau dah chicken pox tu macam mana? tak boleh lah keluar rumah. Kena duduk diam2 macam orang pantang bersalin. 

Patutlah masa penghujung Ramadhan tu macam malas je aku nak pergi beli baju raya, malas dan malas. rupanya memang tak beraya. Dan nasib jugak kami tak balik beraya ke Sabah, sebab kalau balik pun, memang rugi, tak boleh nak beraya ke mana2 kan. 
Baju raya pun aku tak abis pakai. sempat pakai sepasang baju kurung di hari raya pertama je. Baju2 lain tak bukak tag harga lagi ni ha... sama jugak dengan baju2 Zik. Sempat pakai sepasang je. Yang lain2 masih tak buang tag harga lagi... hahahahaha kelakar kan. 

Tak pe lah yang penting, Ayah zik cepat sembuh dan sihat. Alhamdulillah, hari ini dah hari kelima, beransur kering cacarnya dan byk keluar satu badan. dah di mandikan dengan air cucian beras, dan di lumur dengan beras yang di tumbuk dengan kunyit hidup. Harap2 jangan lepas ni Zik pulak kena. Harus aku continue cuti lagi ni... hehehehe...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...