Aug 20, 2011

Kerja itu satu Ibadah!

Perlukah kita berkira dalam melakukan kerja? Ikhlas kah kita dalam melakukan kerja? Tambahan di bulan Ramadhan yang mulia ini, bukankah mendapat banyak pahala jika kita ikhlas dan tidak berkira? 

Kadang-kadang tak faham dengan sikap sesetengah manusia, terutama yang bekerja melayan ramai pelanggan seperti di shopping complex, customer service, dan sebagainya... Jika rasa diri tak mampu melayan kerenah pelanggan, sila la tukar pekerjaan yang lebih sesuai dengan jiwa awak... 
Sebenarnya dah banyak kali aku lalui dengan kerenah pekerja2 begini. Contoh di kedai2... berurusan dengan orang yang singkat akal atau malas atau kurang ajar? Seorang juruwang (cashier) boleh menjawab begini :-

Aku : Dik boleh tolong check tak bekas kaca ni, takut ada yang pecah. Tadi saya dah check, tapi nak mintak tolong check sekali lagi.
****juruwang tadi pun membuka kotak tu dan biarkan kat tepi...
Juruwang : haa.. awak check sendiri ya...
Aku : Aik... saya pulak kena check sendiri..? saya dah check tadi.. tapi nak suruh check sekali lagi...
Juruwang : Ni bukan kerja saya....
Aku : Habis tu? tak kan customer pulak yang kena check?
Juruwang : Kalau nak jugak... suruh laa orang yang jaga kat sana tu check!

kalau korang di tempat aku? apa korang rasa ya? rasa nak tampar? rasa nak jerit? rasa nak sepak? or what?

Mati ke kalau ko tolong check? kena potong gaji ke kalau ko tolong check? berdosa besar kah kalau ko tolong check? 

itu namanya tak ada etika kerja, aku tak kisah kalau dia tak nak tolong, tapi tolong laa jawab dengan bernas dan sopan... aku tak nak memandang rendah orang yang kerja seperti itu... kita sama2 manusia.. sama2 ada akal fikiran, sama2 ada hati dan perasaan, tetapi bila terjadi macam tu... aku rasa orang macam ni memang kurang ajar!!!!
dan patutlah ko layak kerja CASHIER saja!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...