Jul 25, 2011

Kisah Petai di Pasar Malam

Kisah berlaku di pasar malam Ahad lepas, i dengan mak i pergi pasar malam di kawasan rumah mak i. Mak i nak beli petai kat seorang peniaga berbangsa Indon. 

Indon tu gantungkan petai untuk dua bahagian tapi bersebelahan antara satu dgn yang lain. Indon tu kata belah kanan RM3 dan belah kiri RM5. Mak i pilih belah kanan. sedang di pilih2, dalam masa sama ada satu couple ni pun tengah pilih yang bahagian RM5.

Maka Indon tu sibuk lah melayan couple tersebut. Selepas couple itu pergi, mak i bagi lah petai yang dia dah pilih iaitu bahagian RM3. Indon tu pun masuk kan lah petai dalam beg plastik, dan i bagi lah RM10. Dia bagi i baki RM5. I tanya yang i ambik tu kan RM3, kenapa bagi RM5 bakinya. Ini dialognya :-

Aku : Saya ambil yang belah sini RM3 kan? 
Indon : Tak, awak ambik yang RM5.
Aku : Apa pulak, mak saya ambik yang belah sini, masih kosong tempat nya haaa...
Mak aku : Ye Lah saya ambik yang dekat sini. RM3... 
Indon : Tak lah... awak ambik yang RM5 lepas tu letak kat tempat RM3....

Ek eleh indon ni... suka2 ko tuduh kitorang macam ni ek?

Aku : eh pandai2 pulak awak nak ckp saya menipu? kitorang ni tau halal haram lah tak ada nak tipu2
Indon : Saya tak cakap awak tipu, tapi saya nampak awak ambik yang RM5 ni letak kat tempat RM3...

i dah angin dah! pandai2 dia kata kitorang tukarkan tempat.... dan ini jawapan dia dapat dari i...

Aku : Dah tak payah beli.. bak balik duit saya... suka suka je kata orang tipu... 

dengan selamba, i tarik duit RM10 kat tangan indon tu... dan letak balik baki RM5 dia bagi awal tadi... wakakakak padan muka!






4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...