Jul 25, 2011

Kisah Petai di Pasar Malam

Kisah berlaku di pasar malam Ahad lepas, i dengan mak i pergi pasar malam di kawasan rumah mak i. Mak i nak beli petai kat seorang peniaga berbangsa Indon. 

Indon tu gantungkan petai untuk dua bahagian tapi bersebelahan antara satu dgn yang lain. Indon tu kata belah kanan RM3 dan belah kiri RM5. Mak i pilih belah kanan. sedang di pilih2, dalam masa sama ada satu couple ni pun tengah pilih yang bahagian RM5.

Maka Indon tu sibuk lah melayan couple tersebut. Selepas couple itu pergi, mak i bagi lah petai yang dia dah pilih iaitu bahagian RM3. Indon tu pun masuk kan lah petai dalam beg plastik, dan i bagi lah RM10. Dia bagi i baki RM5. I tanya yang i ambik tu kan RM3, kenapa bagi RM5 bakinya. Ini dialognya :-

Aku : Saya ambil yang belah sini RM3 kan? 
Indon : Tak, awak ambik yang RM5.
Aku : Apa pulak, mak saya ambik yang belah sini, masih kosong tempat nya haaa...
Mak aku : Ye Lah saya ambik yang dekat sini. RM3... 
Indon : Tak lah... awak ambik yang RM5 lepas tu letak kat tempat RM3....

Ek eleh indon ni... suka2 ko tuduh kitorang macam ni ek?

Aku : eh pandai2 pulak awak nak ckp saya menipu? kitorang ni tau halal haram lah tak ada nak tipu2
Indon : Saya tak cakap awak tipu, tapi saya nampak awak ambik yang RM5 ni letak kat tempat RM3...

i dah angin dah! pandai2 dia kata kitorang tukarkan tempat.... dan ini jawapan dia dapat dari i...

Aku : Dah tak payah beli.. bak balik duit saya... suka suka je kata orang tipu... 

dengan selamba, i tarik duit RM10 kat tangan indon tu... dan letak balik baki RM5 dia bagi awal tadi... wakakakak padan muka!






Jul 19, 2011

Butter Cake

Baru keluar dari oven
Tetiba malam ni teringin nak makan kek butter. Maka I pun selongkar resepi yang I dapat dari SweetBee masa belajar buat cupcakes tu. 

Nah... ni hasilnya... marvelous dik non! gebu macam i gak... hahahaha... resepi simple, cepat dan mudah.

Cuma malas nak letak butter cream.
bahagian bawah kek


Resepi BUTTER CAKE 

~ 2 Biji telur
~ 150 gm butter
~ 175 gm tepung naik sendiri
(i tak ada tepung naik sendiri so i guna tepung gandum yang di tambah 3 sudu kecil baking powder, di ayak)
~ 120 gm gula castor 
(i guna 100gm je)
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit parutan kulit lemon
i tambah letak raisin

Sedap di makan bersama secawan kopi O
Cara membuatnya :-

Pukul gula dengan butter menggunakan mixer sehingga kembang dengan kelajuan maxima.
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi. Masukkan esen vanilla. Angkat dari mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul rata menggunakan senduk kayu. Masukkan parutan kulit lemon dan kismis.
 Sapukan loyang pembakar dengan butter, dan di lapik dengan kertas putih dibawahnya.

 Bakar selama 30 minit dengan api atas bawah 170 darjah celcius. Oven i kecil je, jadi i kurangkan suhu kepada 150 darjah celcius. bila dah kuning kat atas kek, i tukar kepada api bawah dengan suhu 130 darjah celcius.
Siap dan boleh di makan sambil minum kopi O.
 


Jul 14, 2011

Van Mini Milo

Koleksi Pertama
How To Redeem ?

1. Buy
Buy any of the participating MILO® Products

2.Download Form
Complete the redemption form

3. Send
Send the proof of purchase and the redemption form to:

PROGRAM PENEBUSAN VAN MILO® MINI
16, JALAN SS25/35,
TAMAN MAYANG 47301,
PETALING JAYA


Borang boleh download kat sini ya...
Borang Redemption 

Tempoh Penebusan ini ialah: 1 Jun 2011 - 31 Ogos 2011
Koleksi Kedua
Alhamdulillah, dapat set pertama, walaupun bersaiz mini, jadi lah.. jenuh nak mengumpul barcode bagai... 

Kalau korang duduk dekat area PJ, boleh terus pergi ke pejabatnya untuk redeem terus. Untuk koleksi bulan June, korang boleh redeem pada July, untuk koleksi July, boleh redeem pada bulan Aug, dan untuk koleksi Aug boleh redeem pada bulan Sept.

Sekiranya tidak berada dekat dengan lokasi pejabatnya, tak pe, korang still boleh redeem di kaunter2 terpilih (refer dalam borang) tapi boleh redeem pada tarikh2 berikut :-
Redeem Outlets will be opened on the following dates:

* 5 - 7 August 2011: Van MILO Mini for the month of June & July
* 12 - 14 August 2011: Van MILO Mini for the month of June & July
* 19 - 21 August 2011: Van MILO Mini for the month of June & July
* 26 - 28 August 2011: Van MILO Mini for the month of July & August
atau cara lain korang boleh redeem melalui pos. Sekiranya nak koleksi bulan June, korang kena hantar sekarang. Tapi malang sekali, katanya melalui pos sudah SOLD OUT!

Kata Ayah Zik, di pejabat Milo tu tadi, ramai orang beratur. 1 orang boleh redeem 4 biji Van Milo ni. Rupanya ramai ek yang berusaha mengumpul barcode Milo. I ingat I sorang je... hehehehehe...

Sebarang pertanyaan korang boleh call hotline dorang di 1-300-88-4881. Jangan risau, amoi yang jawab call tu sgt peramah. 

Jul 10, 2011

Mainan fav Kiki!

Posing kemain lagi!
"Eh beli mana ni? Siapa beli ni? Thank you Ibu... Thank you Ayah..." ~~~ tu ayat fav dia kalau dapat apa2...

Benda alah ni dah lama kitorang tengok2 kat Toy'r'us... Mahal! kalau dah nama Toy'r'us... apa yang tak mahal ye tak? Sebiji je dah RM49++.
Tapi yang ini... 3 biji RM69.90... percaya tak? hehehe percayalah! ni gara2 ayah zik laa rajin merayap ke kedai second hand. Tapi benda alah ni bukan second hand. Baru.. ada byk stock.. di beli di kedai "BUY SELL TRADE" dekat SS2 PJ. 



RM69.90 untuk 3 ni.. murahkan?

Kebetulan kitorang nak ke Bagan Lalang, itu yang Ayah Zik beli jugak untuk Zikrey, nak bawak main kat pasir pantai. Suka dia dapat 3 biji sekali. Worth buy lah sebab body dia tahan lasak. saiz pun besar sebiji tu. Nak buat sebagai hadiah pun boleh.

Tapi ni bukan ada remote ya. kalau nak yang remote, beli aje di Toy'r'us. tapi harganya mahal banget! hehehehe... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...