May 28, 2011

Tonton Kungfu Panda 2

Ini adalah kali kedua kitorang plan nak bawak Zikrey pergi tengok wayang. Kali pertama dulu masa tengok cerita Upin & Ipin. Masa tu dia baru 2 tahun kot... dapat tengok 1/2 jam je... lepas tu dia buat perangai nangis-nangis nak keluar. Sejak tu, kitorang dah tak tengok wayang dah.

Kali ni kitorang bawak Zikrey pergi tonton Kungfu Panda. Kenapa Kungfu Panda? Sebab dia dah kerap tengok kungfu panda 1 kat rumah, mengekek2 dia gelak. So kali ni kasi dia tengok part 2 pulak ya...

Disebabkan cuti sekolah baru bermula ni, memang payah nak dapat tiket. dari hari khamis i try nak book kat website www.gsc.com.my semua fully booked. Suruh proceed dengan e-payment, tak lepas2 jugak, time nak buat bayaran tu tak dapat lepas. pastu call GSC pulak kat nombor 0383123456... tak ada pulak Midvalley... Alamanda... dengan Tropicana Mall... 

Plan asal nak tengok 3D, tapi tak dapat book, kalau 3D kena pergi Midvalley, aiseh memang kitorang malas sebab parking susah. Maka akhirnya I berlari ke Tropicana Mall pada hari Jumaat petang lepas abis waktu kerja, beli 3 tiket untuk tayangan hari Sabtu jam 11 pagi. Serius... dah nak hampir penuh seat.

Time nak pergi TC (Tropicana Mall) time tu la Zikrey nak tidur dalam kereta. Sampai kat wayang (Tingkat 2), puas dah kasi tunjuk gambar Kungfu Panda kat dia. Siap bgtau kat dia kita nak tengok wayang cerita Kungfu Panda.... wah dia pun beria laa mengangguk bagai... dah masuk, sampai kat pintu Hall tu... dia menangis tak nak masuk tengok dah gelap... (sure dia ingat nak kena kurung dalam bilik gelap) hahahahahaha... 
kitorang tak jadi masuk... pujuk dulu dia kat luar... pastu i ckp... ok tak pe tutup mata, i ambik jaket dia tutup kepala dia (sungkup) supaya dia tak nangis.. hahahah buruk perangai anak i... masuk je dalam, bukakkan jaket.. panik muka dia tengok skrin besar gila dengan bunyi yang kuat. 

sepanjang movie tu memang ketat muka dia... tak senyum walaupun scene tu memang lawak... budak2 lain semua dah gelak2 jerit2... dia ketat gila muka.. kesian anak ku.. hehehehe... 

Movie tu memang best dan terhibur. Kali ni byk improvement berbanding dengan part 1... aksi pun byk... seronok.. tak boring... kalau 3D i rasa lagi best dan mendebarkan... jadi ibu-ibu dan bapak-bapak di luar sana sapa2 yang nak bawak anak2 sempena cuti sekolah ni, sangat di alu-alukan.... 

next movie... i nak gi tengok Transformer 3D... fewiiitttttttttt 


1 comment:

  1. kalo gi tgk kt alamanda semlm mesti jupe rayyan..kami gi tgk 3d pirates of carribean..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...