May 2, 2011

Mantapkan diri kita...

Terbaca di FB wall Ahmad Fedtri Yahya, pesanan dia.. untuk memantapkan diri kita... kita buat jadual analisis solat.. atau senang faham macam checklist la kan... selama ni i tak pernah terfikir pun nak buat analisis sebegini. satu idea yang baik, dari situ kita boleh tengok dan nilaikan balik apa yang telah kita lakukan dan adakah ia mencukupi untuk kita sebagai seorang muslim. sebagai contoh :-

Subuh ( berjemaah di masjid. join pada rakaat ke 2)
zuhur ( lewat 1/2 jam - sembahyang sorang di rumah )
Asar ( jemaah di R&R. 3 org je )
Maghrib ( Jemaah di Masjid. Ramai org ) 
Isya' ( pukul 12.. tertidur ) 
< solat sunat hari ini: dhuha, hajat, taubat >
sedaya upaya kita jangan melewatkan solat, kemana kita pergi bawalah telekung kita, jinjit lah telekung kita, bukan susah mana pun, kalau kita boleh bawa beg besar2 yang berjenama mahal2, kenapa kita tak boleh jinjit beg telekung kita? bukan nya berat mana pun, kalau hati merasakan leceh untuk memikulnya, fikirkan lah ganjaran yang kita perolehi dari itu semua.

Apabila tiba waktu solat, berkejar lah ke surau berhampiran untuk tunaikan solat seberapa segera yang boleh. Tinggalkan lah perkara2 yang melekakan. Bukannya lama menunaikan solat. Dalam 15 minit selesai sudah. Alangkah sia-sianya masa kita kalau 15 minit itu pergi begitu saja tanpa solat. 

Dan apabila menunaikan solat, lakukanlah dengan perlahan, bukan dengan cara kelam kabut seperti mengejar sesuatu. Kadang-kadang i hairan lah jugak banyak kali dah i perhatikan mereka2 yang solat. Sangat laju dan i tak tau apa yang di bacakan oleh mereka. Padahal mula solat sama2, i baru abis rakaat pertama, dia dah rakaat ketiga. I yang di sebelah pun jadi tak khusyuk kerana pergerakan orang sebelah yang terlalu laju dan kasar. sampai nak terselak sejadah tu.
I pun masih dalam proses memperbaiki diri. Dah banyak yang i ketinggalan. Syukur alhamdulillah I mendapat petunjuk dariNYA untuk bertaubat. Banyak sangat dosa-dosa lepas. I sangat gembira dengan perubahan diri ini. walaupun masih banyak untuk di pelajari, tapi sekurang-kurangnya hati I tenang dengan hidayahnya. Sudah hampir setahun ia berlaku. Pada mulanya memang sangat susah untuk berubah. tapi hati kena cekal, sentiasa ingat kematian, sentiasa ingat Allah SWT.

I ingat pesanan Haji Lokman (baca blog Syifa Al-Hidayah) katanya ingatlah Allah dengan berzikir Laillahaillah... seberapa banyak yang boleh, tak kira ketika makan, menonton TV, bekerja di ofis, atau sedang memandu atau shopping... sentiasalah zikir. Kita tak perlu tunjuk kepada semua orang dengan pakaian berjubah atau sedang memegang tasbih. tidak perlu, yang penting hati kita sentiasa berzikir. 

Nah... memang hasilnya sangat baik. cubalah buat dan lakukan. Anda akan tahu. Amin!


2 comments:

  1. tq for sharing kak pia,..insya allah..kena sntiasa muhasabah diri ..tu la..kdg2 slalu alpa..hukhuk

    ReplyDelete
  2. sama-sama SB.. sharing is caring.. saling mengingati satu sama lain... jangan alpa tau! (^_^)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...