May 28, 2011

Tonton Kungfu Panda 2

Ini adalah kali kedua kitorang plan nak bawak Zikrey pergi tengok wayang. Kali pertama dulu masa tengok cerita Upin & Ipin. Masa tu dia baru 2 tahun kot... dapat tengok 1/2 jam je... lepas tu dia buat perangai nangis-nangis nak keluar. Sejak tu, kitorang dah tak tengok wayang dah.

Kali ni kitorang bawak Zikrey pergi tonton Kungfu Panda. Kenapa Kungfu Panda? Sebab dia dah kerap tengok kungfu panda 1 kat rumah, mengekek2 dia gelak. So kali ni kasi dia tengok part 2 pulak ya...

Disebabkan cuti sekolah baru bermula ni, memang payah nak dapat tiket. dari hari khamis i try nak book kat website www.gsc.com.my semua fully booked. Suruh proceed dengan e-payment, tak lepas2 jugak, time nak buat bayaran tu tak dapat lepas. pastu call GSC pulak kat nombor 0383123456... tak ada pulak Midvalley... Alamanda... dengan Tropicana Mall... 

Plan asal nak tengok 3D, tapi tak dapat book, kalau 3D kena pergi Midvalley, aiseh memang kitorang malas sebab parking susah. Maka akhirnya I berlari ke Tropicana Mall pada hari Jumaat petang lepas abis waktu kerja, beli 3 tiket untuk tayangan hari Sabtu jam 11 pagi. Serius... dah nak hampir penuh seat.

Time nak pergi TC (Tropicana Mall) time tu la Zikrey nak tidur dalam kereta. Sampai kat wayang (Tingkat 2), puas dah kasi tunjuk gambar Kungfu Panda kat dia. Siap bgtau kat dia kita nak tengok wayang cerita Kungfu Panda.... wah dia pun beria laa mengangguk bagai... dah masuk, sampai kat pintu Hall tu... dia menangis tak nak masuk tengok dah gelap... (sure dia ingat nak kena kurung dalam bilik gelap) hahahahahaha... 
kitorang tak jadi masuk... pujuk dulu dia kat luar... pastu i ckp... ok tak pe tutup mata, i ambik jaket dia tutup kepala dia (sungkup) supaya dia tak nangis.. hahahah buruk perangai anak i... masuk je dalam, bukakkan jaket.. panik muka dia tengok skrin besar gila dengan bunyi yang kuat. 

sepanjang movie tu memang ketat muka dia... tak senyum walaupun scene tu memang lawak... budak2 lain semua dah gelak2 jerit2... dia ketat gila muka.. kesian anak ku.. hehehehe... 

Movie tu memang best dan terhibur. Kali ni byk improvement berbanding dengan part 1... aksi pun byk... seronok.. tak boring... kalau 3D i rasa lagi best dan mendebarkan... jadi ibu-ibu dan bapak-bapak di luar sana sapa2 yang nak bawak anak2 sempena cuti sekolah ni, sangat di alu-alukan.... 

next movie... i nak gi tengok Transformer 3D... fewiiitttttttttt 


May 23, 2011

Hias Cupcakes

Aktiviti di hari minggu bersama Sweetbee dan Kak Marla iaitu menghias cupcakes. Terima kasih sweetbee di atas kesudian berkongsi ilmu dengan harga yang sangat murah. 

I yang tak pernah nak bermain dgn buttercream seronok pulak dapat buat sendiri atas kek. Belajar buat fondant, best jugak masa tu la teringat masa kecik2 main clay... heheheh

dan ini lah hasilnya... sangat kelakar hasil kerja tangan i.. esp. beruang tu.. ada rupa beruang tak? cam cacat kan? hahahahaha...

ini hasil kerja kak Marla... cantik kan? so lepas ni ingat nak try buat untuk sendiri punya. boleh jimat kos tak payah order kat luar. buat sendiri je tuk birthday anak ke apa ke. 

tapi I masih lagi dalam proses pembelajaran. Banyak lagi benda2 atau bahan2 kek yang i nak kena belajar. Semalam banyak gak yang Sweetbee kenalkan bahan2 dan tools tuk kek ni... dan buku2 rujukan...  memang nak kena ada dan belajar... 
dan yang terakhir sekali kitorang belajar cara nak hias sebiji kek. ni design yang simple sebab masa tu pun dah hujung-hujung nak balik dah. jadi buat mana yang ada je... ni hasil kerja i dengan kak marla.. hehehehe

Kek tu selamat dah i bawak pi ofis hari ni.. bagi kat officemate. hehehehe

May 7, 2011

Happy Mother's Day

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di seluruh dunia.. hargailah ibu anda... walaupun tak ada yang wish kat i.. tak pe.. sekurang-kurangnya hati i sejuk tengok muka anak i... zikrey.. ibu sayang zik.. muahhhhhhh!!!!

May 5, 2011

Tanda2 hidup diakhiri dengan "happy ending" (husn al-khatimah)

Tanda2 hidup diakhiri dengan "happy ending" (husn al-khatimah)

by Ustaz Zahazan Mohamed on Thursday, May 5, 2011 at 9:53am
 
1. Diakhiri dengan lafaz shahadah - Daripada Muaz r.a., bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan la ilaha illallah maka dia dimasukkan ke dalam syurga." (Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)

2. Dahinya berkeringat - Ini berdasarkan hadis daripada Buraidah Ibn al-Khasib berkata: "Allahuakbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda (maksudnya): Mati seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Riwayat Ahmad, Al-Nasai, Al-Tarmizi, Ibn Majah dll)

3. Mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat - Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud "Tidaklah seorang muslim yang wafat pada hari Jummat atau pada malam Jumaat kecuali pasti Allah swt menghindarkannya daripada seksa kubur." (Riwayat Ahmad)

4. Mati dalam keadaan melakukan ibadah - seperti mati ketika dalam solat, puasa, umrah, haji atau berjihad.

5. Pujian daripada orang Islam terhadap si mati

Bagaimana kita mengakhiri hayat kita adalah penting, tetapi jauh lebih penting lagi adakah kita sudah bersiap sedia menghadapinya? Tepuk dada tanya iman :)

sumber: Solusi 29 (Mencipta Syurga Rumah Tangga)

May 3, 2011

Zikrey main bowling!

Mari pilih bola... hmm yang mana ek
Hari Ahad lepas kitorang bawa Zikrey ke bowling di Alamanda, Putrajaya. Budak donut ni memang suka bowling. Sangat suka. (memang mengikut i la kan hehehe). Dari rumah lagi dah bagitau dia yang kitorang nak bawak dia ke sana lah. Suka dia. Ibu dgn Ayah nya siap bawak lah bola masing2. Maklumlah ibunya jari pelik sikit. House ball tu memang tak ngam laa kalau nak pakai. Kena pakai gak bola sendiri. Tu yang dok mengangkut berat2. 

Sampai kat Alamanda, nak lah makan dulu, kasik budak donut kenyang2, tapi ini budak dah kemaruk sgt dgn bowling, nangis2 tak nak makan. Kena paksa gak. Hati dia dah kat bowling dah hahahaha... 
Dah dapat lane, dah ambik kasut, nasib ada saiz kasut tuk kaki dia. tu kira paling kecil lah. Saiz 3. Besar lah sikit tapi boleh pakai. Cuma bola je tak ada. Untuk Zik kena guna bola paling ringan bola 6, tapi memang limited bola tu dan hari tu pulak ramai sungguh budak2 main bowling. Nak tak nak bagi lah Zik pakai bola 7. Agak berat gak lah untuk saiz badan dia tu, tapi dia ni gagahkan jugak memikul bola tu.... Dia tau dah bola dia warna pink, I dah pesan pakai bola seven. so dia tau lah.

Ajar cara pegang bola, dah pandai dah...
Mula-mula masa nak baling bola tu, memang dia tak tau pegang. Dia pegang macam pegang bola biasa je. baling pun main tolak2 je... so I ajar lah dia jari mana nak kena masukkan. Cekap gak dia ni. (harus di puji hehehe) ajar 2 kali je dah tau dah jari mana. cuma part baling tu blom pandai lagi. tak pe slowly ajar. Budak baru 3 thn setengah, apa dia tau lagi heheheh.. 



Ada gaya tak gantikan shalin?

Gaya nak baling tu ada dah. Cewah.. tengok lah tu tapi lane pakai pagar beb.. hehehehe kalau tak harus ke dalam longkang lah.. Dengan ayah ibu dia pun main guna pagar. Kitorang ambik 6 games.. tapi dapat main beberapa frame je. Yang selebihnya Zik yang main.. hehehehe. Lagipun weekend harga game ni agak mahal. Satu game RM7. Untuk 6 games + kasut dah dekat RM50. huhuhuhu...



Ish beratnya... arghhh baling je laa

See..cukup gaya tak? ... tapi kalau korang nak tau.. dia hempas bola tu.. heheheh Yang best tu lepas baling.. dia malu beb.. menonong je jalan.. hahahah so sweet.. ada video dia.. tapi kena edit dulu.. 















Arghh usung je laa bola ni.. senang

Ni dah kira dah tahap penat dia main usung je bola tu macam tu... hehehehe tapi di gagahi jugak sebab nak abiskan last game..






Posing dulu...
Dah penat, sebelum balik sempat lagi posing.. siap lidah tersentil.. kih kih kih... ni memang dah penat sgt la tu, sebab bila cakap nak balik je... tak byk songeh.. ok je... tapi korang jangan percaya lakonan tu semua..

apa terjadi selepas itu? elok je dia keluar dari pintu bowling tu, depan bowling ni ada tempat main game macam2... ini budak donut terlepas je dari pintu mencicit2 lari cam rabbit pun ada gak menghala ke arah tempat game tu.. hahahahah 


apa lagi, sambung main game plak, huish!

Meh la celen Zik kalau berani.. perghhhh! riak!
Owh ini score Zikrey, dua2 game tu dia yang main, ada laa satu dua frame i dgn ayah dia kasih habiskan... yang lain dia yang lontar.. so ada berani mau celen zik? hahahahah 


masa on da way nak balik tu, dalam kereta boleh budak ni ajak pi main bowling lagi.. wehhhhh ko tak tau penat ke zik oi... 


kah kah kah..

May 2, 2011

Mantapkan diri kita...

Terbaca di FB wall Ahmad Fedtri Yahya, pesanan dia.. untuk memantapkan diri kita... kita buat jadual analisis solat.. atau senang faham macam checklist la kan... selama ni i tak pernah terfikir pun nak buat analisis sebegini. satu idea yang baik, dari situ kita boleh tengok dan nilaikan balik apa yang telah kita lakukan dan adakah ia mencukupi untuk kita sebagai seorang muslim. sebagai contoh :-

Subuh ( berjemaah di masjid. join pada rakaat ke 2)
zuhur ( lewat 1/2 jam - sembahyang sorang di rumah )
Asar ( jemaah di R&R. 3 org je )
Maghrib ( Jemaah di Masjid. Ramai org ) 
Isya' ( pukul 12.. tertidur ) 
< solat sunat hari ini: dhuha, hajat, taubat >
sedaya upaya kita jangan melewatkan solat, kemana kita pergi bawalah telekung kita, jinjit lah telekung kita, bukan susah mana pun, kalau kita boleh bawa beg besar2 yang berjenama mahal2, kenapa kita tak boleh jinjit beg telekung kita? bukan nya berat mana pun, kalau hati merasakan leceh untuk memikulnya, fikirkan lah ganjaran yang kita perolehi dari itu semua.

Apabila tiba waktu solat, berkejar lah ke surau berhampiran untuk tunaikan solat seberapa segera yang boleh. Tinggalkan lah perkara2 yang melekakan. Bukannya lama menunaikan solat. Dalam 15 minit selesai sudah. Alangkah sia-sianya masa kita kalau 15 minit itu pergi begitu saja tanpa solat. 

Dan apabila menunaikan solat, lakukanlah dengan perlahan, bukan dengan cara kelam kabut seperti mengejar sesuatu. Kadang-kadang i hairan lah jugak banyak kali dah i perhatikan mereka2 yang solat. Sangat laju dan i tak tau apa yang di bacakan oleh mereka. Padahal mula solat sama2, i baru abis rakaat pertama, dia dah rakaat ketiga. I yang di sebelah pun jadi tak khusyuk kerana pergerakan orang sebelah yang terlalu laju dan kasar. sampai nak terselak sejadah tu.
I pun masih dalam proses memperbaiki diri. Dah banyak yang i ketinggalan. Syukur alhamdulillah I mendapat petunjuk dariNYA untuk bertaubat. Banyak sangat dosa-dosa lepas. I sangat gembira dengan perubahan diri ini. walaupun masih banyak untuk di pelajari, tapi sekurang-kurangnya hati I tenang dengan hidayahnya. Sudah hampir setahun ia berlaku. Pada mulanya memang sangat susah untuk berubah. tapi hati kena cekal, sentiasa ingat kematian, sentiasa ingat Allah SWT.

I ingat pesanan Haji Lokman (baca blog Syifa Al-Hidayah) katanya ingatlah Allah dengan berzikir Laillahaillah... seberapa banyak yang boleh, tak kira ketika makan, menonton TV, bekerja di ofis, atau sedang memandu atau shopping... sentiasalah zikir. Kita tak perlu tunjuk kepada semua orang dengan pakaian berjubah atau sedang memegang tasbih. tidak perlu, yang penting hati kita sentiasa berzikir. 

Nah... memang hasilnya sangat baik. cubalah buat dan lakukan. Anda akan tahu. Amin!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...