Apr 28, 2011

Roti Bom Pak Tua Kelana Jaya

Roti Bom Pak Tua Kelana Jaya
Hari ni i nak cerita pasal Roti Bom. Hah.. mesti korang rasa alaaa setakat roti bom pun nak cerita kah? hehehe ini roti bom sangat sedap! 

Banyak2 roti bom i pernah makan, i rasa roti bom Pak Tua ni yang terbaek! tak caya tanya Mama DattDania @ Linie betul tak? 

Dah beberapa kali dah i pi makan roti bom ni. Sebenarnya pasangan suami isteri ni tumpang meniaga kat Restora Sajian Utara Kelana Jaya. Betul2 kat laluan kaki lima restoran tu. 

Roti bom dia kiranya cukup lah rasa lemak, masin, garing, semua ada la... murah je sekeping RM0.50sen je. ada 3 jenis kuah makcik ni sediakan. Kuah sardin, Kuah kari daging dan kual dhal. Cakap je nak 1 set dgn kuah apa nanti makcik tu hantar kat meja. Satu set ada 2 keping roti. Servis cepat. Makcik ni berniaga berdua je dengan suami dia. Dah tua jugak la suami nya, tapi masih larat menebar roti dan menggoreng. 

Tapi tang kuah roti bom ni agak masin. tapi i suka. hari2 datang pun menten je kuah dia masin. sesuai lah makan dengan roti tu sebab roti pun tawar. Kalau sapa2 yang baca blog i ni dan teringin nak cuba roti bom ni kalau lalu di Kelana Jaya boleh laa singgah ke Restoran Sajian Utara di alamat RESTORAN SAJIAN UTARA 9, JALAN SS 5B/6 SS 5 47301 PETALING JAYA. Restoran ni bersebelahan dengan Klinik Johari. 

Dan roti bom ni ada waktu pagi. Dan i di fahamkan dari blog2 lain, Pak Tua ni pun meniaga masa bulan ramadhan di bazar ramadhan kelana jaya. (seperti gambar di atas). Kalau nak call Pak Tua pun boleh, ini contact numbernya... sempat i ambik kat banner dia... 0126464917 atau 0122170316 


2 comments:

  1. memang sedap. Dania pun pandai pilih. kalo suap roti jala, tutup mulut. roti bom, lajuuu jek makan. tp kena lap2 dlu. oily sket.


    tp tetaaappppp ai sukaaa.. (budak datt pggl roti canai kecik!)

    ReplyDelete
  2. aku rasa roti canai kat fariz dah tak sedap sebab dah makan roti bom pak tua ni.. heheheh bias kan? keh keh keh

    amboi dania.. pandai pilih ye?

    roti canai kecik.. hahahaha aku pun tak tau kenapa dia panggil roti bom..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...