Apr 5, 2011

Nasi Lemak

Nasi Lemak 
Sarapan pagi Sabtu lepas, ni adalah pertama kali I buat nasi lemak. Alhamdulillah menjadi. Lepas subuh je dah turun ke dapur, pi petik daun pandan belakang rumah, pi ambik daun pisang kat belakang rumah jugak. Senang kan? tak perlu pergi kedai beli. 

Disebabkan tak plan pun nak buat nasi lemak, maka tak ada lah lauk2 menarik. Sekadar telur mata kerbau dengan sambal bilis je lah. Ini sambal bilis i masak lama dengan api yang perlahan dan minyak yang byk... boleh tengok resepi kat bawah ni....


Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahannya :-
200gm Ikan Bilis
6 biji bawang merah dikisar
2 biji bawang putih di kisar
3 senduk besar cili boh
sedikit garam
sedikit gula (kalau nak letak)
i tak guna air asam jawa...
minyak untuk menumis

Caranya :-
Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang perlahan.
Tumis bawang merah, bawang putih, cili boh sehingga tenggelam ke dalam minyak
Kisar kasar ikan bilis dan tuangkan kedalam bahan tumisan tadi. Kacau2 dan biarkan 
di dalam kuali dengan api yang perlahan. Jangan lupa kacau sesekali takut melekat. 
Masak dalam 20-30 minit, atau sehingga sambal menjadi pekat.
Rasakan dengan garam atau gula. bila dah cukup semuanya, boleh lah tutup api dan hidangkan... siap!


6 comments:

  1. arghhhhh!! sedapnya nasi lemak daun pisang...

    ReplyDelete
  2. mai sepinggan!


    *aku dok tunggu citer berkeretapi ke ipoh abes br nak komeng daaaa*


    ehhh..bila mau sambung daaa?

    ReplyDelete
  3. layd... sendiri masak sendiri puji sedap laa (^_^)

    ReplyDelete
  4. Akuatik... boleh la buat sendiri hujung minggu

    ReplyDelete
  5. Mama DattDania... haa aku blom nak buat penutup.. hahahaha malas plak.. keh keh keh.. nanti laa..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...