Apr 13, 2011

Bubur Daging Berempah

Bubur Daging Berempah

 Menu dinner semalam... bubur daging berempah. senang dan sedap. kos pun tak banyak. sesekali kita ubah lah kan selera bubur. rasa macam bubur lambuk tapi tak ada santan. i kalau bubur lambuk tu kurang sikit, sebab muak bersantan kot.. ok.. resepi di bawah ya... cekidaut!!!!




Bahan-bahanya :-

1 pot beras di cuci dan di rendam seketika
200 gm daging lembu/ayam di potong kecil2
1/2 batang karot di potong dadu
1 biji ubi kentang di potong dadu
2 biji bawang merah *di tumbuk
1 biji bawang putih *di tumbuk
1cm halia *di tumbuk
1/2 sudu besar serbuk lada hitam (kasar)
1 sudu besar rempah sup di bancuh air jadikan pes 
1/2 kiub ayam/daging
minyak untuk menumis
air dan garam


caranya :-

panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk sehingga garing.
masukkan rempah sup dan lada hitam kacau2 seketika sehingga garing
Masukkan kentang, daging dan karot. tambahkan air. masak sehingga semua empuk
masukkan garam dan kiub daging/ayam, dan masukkan beras
tambah air dan masak sehingga lembut dan pekat. 
hidangkan dengan ikan masin/ikan bilis goreng/telur asin.


4 comments:

  1. yeeeeee dan saya dpt merasa semangkuk! sedap!sangat2!

    ReplyDelete
  2. hahaha ye la tu sedap... (^_^)

    ReplyDelete
  3. hai eyriqazz... terima kasih la sudi melawat blog i ni... wah terharu... hehehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...