Apr 28, 2011

Roti Bom Pak Tua Kelana Jaya

Roti Bom Pak Tua Kelana Jaya
Hari ni i nak cerita pasal Roti Bom. Hah.. mesti korang rasa alaaa setakat roti bom pun nak cerita kah? hehehe ini roti bom sangat sedap! 

Banyak2 roti bom i pernah makan, i rasa roti bom Pak Tua ni yang terbaek! tak caya tanya Mama DattDania @ Linie betul tak? 

Dah beberapa kali dah i pi makan roti bom ni. Sebenarnya pasangan suami isteri ni tumpang meniaga kat Restora Sajian Utara Kelana Jaya. Betul2 kat laluan kaki lima restoran tu. 

Roti bom dia kiranya cukup lah rasa lemak, masin, garing, semua ada la... murah je sekeping RM0.50sen je. ada 3 jenis kuah makcik ni sediakan. Kuah sardin, Kuah kari daging dan kual dhal. Cakap je nak 1 set dgn kuah apa nanti makcik tu hantar kat meja. Satu set ada 2 keping roti. Servis cepat. Makcik ni berniaga berdua je dengan suami dia. Dah tua jugak la suami nya, tapi masih larat menebar roti dan menggoreng. 

Tapi tang kuah roti bom ni agak masin. tapi i suka. hari2 datang pun menten je kuah dia masin. sesuai lah makan dengan roti tu sebab roti pun tawar. Kalau sapa2 yang baca blog i ni dan teringin nak cuba roti bom ni kalau lalu di Kelana Jaya boleh laa singgah ke Restoran Sajian Utara di alamat RESTORAN SAJIAN UTARA 9, JALAN SS 5B/6 SS 5 47301 PETALING JAYA. Restoran ni bersebelahan dengan Klinik Johari. 

Dan roti bom ni ada waktu pagi. Dan i di fahamkan dari blog2 lain, Pak Tua ni pun meniaga masa bulan ramadhan di bazar ramadhan kelana jaya. (seperti gambar di atas). Kalau nak call Pak Tua pun boleh, ini contact numbernya... sempat i ambik kat banner dia... 0126464917 atau 0122170316 


Apr 26, 2011

Apam Polka Dot

Apam polka dot
Terima kasih kepada SweetBee IG yang sudi berkongsi resepi apam ni. Mula-mula tak rasa pun nak cuba buat, sebab tengok macam gelenyah sangat nak buat dot dot tu... Tapi bila tengok si Mena punya gambar apam dot dot dia.. cam teruja pulak nak try. 

So kebetulan Isnin semalam i cuti, ada sikit masa, so keluar la ke Giant mencari bahan-bahan untuk di buat. 

Senang rupanya buat apam ni, dan cepat. Cuma tang nak dot dot kan tu agak lambat sikit. 

Jom tengok resepi di bawah. atau boleh klik di sini Hana's Blog

Bahan-bahan 

3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum, di ayak
150 gm gula halus (resepi asal 220gm)
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil essence vanila
Jam blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
i guna mix fruit jam
Pewarna ikut suka warna apa pun

Cara-cara
 Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit. (tapi i pukul telur dgn gula dulu hingga kembang baru masukkan tepung tu semua)
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry filling secukupnya.
Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

Ni gambar step by step yang i buat..
Masukkan semua adunan kedalam "piping bag" boleh di beli di kedai pembekal bahan2 buat kek. murah je. beli yang plastik biasa. RM1.90, ada dalam 10 helai. Potong sedikit di hujungnya untuk di tekan ke dalam acuan. Ingat ya jangan potong besar sangat. nanti meleleh..

susun mangkuk dan kertas seperti di dalam gambar, yang ni i guna kertas saiz M. seeloknya guna saiz S. dan letak kan acuan kertas dalam acuan kuih lompang.


letak adunan pertama (biru) sebagai base, dan picitkan filing di tengah-tengah. 

 Tutupkan dengan adunan warna lain pula. (Jangan penuh nanti tumpah) Dan letak dot-dot menggunakan adunan berlainan warna. I guna warna putih. senang nampak beza sikit. 
dan kukus selama 10 minit, jangan lupa letakkan kain di keliling tutup pengukus supaya wap air tidak keluar. guna api yang kecil ketika mengukus supaya apam tidak merekah. 

Siap! 



Apr 13, 2011

Bubur Daging Berempah

Bubur Daging Berempah

 Menu dinner semalam... bubur daging berempah. senang dan sedap. kos pun tak banyak. sesekali kita ubah lah kan selera bubur. rasa macam bubur lambuk tapi tak ada santan. i kalau bubur lambuk tu kurang sikit, sebab muak bersantan kot.. ok.. resepi di bawah ya... cekidaut!!!!




Bahan-bahanya :-

1 pot beras di cuci dan di rendam seketika
200 gm daging lembu/ayam di potong kecil2
1/2 batang karot di potong dadu
1 biji ubi kentang di potong dadu
2 biji bawang merah *di tumbuk
1 biji bawang putih *di tumbuk
1cm halia *di tumbuk
1/2 sudu besar serbuk lada hitam (kasar)
1 sudu besar rempah sup di bancuh air jadikan pes 
1/2 kiub ayam/daging
minyak untuk menumis
air dan garam


caranya :-

panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk sehingga garing.
masukkan rempah sup dan lada hitam kacau2 seketika sehingga garing
Masukkan kentang, daging dan karot. tambahkan air. masak sehingga semua empuk
masukkan garam dan kiub daging/ayam, dan masukkan beras
tambah air dan masak sehingga lembut dan pekat. 
hidangkan dengan ikan masin/ikan bilis goreng/telur asin.


Apr 11, 2011

Penutup berkeretapi ke Ipoh...

Lama gila tak update pasal jalan2 ke Ipoh tu... hehehe, so ini penutupnya... selepas habis makan-makan nasi ganja di Ipoh, kitorang ambil teksi terus menuju ke arah Stesen Keretapi untuk ambik ETS jam 3 petang. 

Suasana di stesen keretapi agak ramai orang, mungkin sebab hari minggu ramai orang nak ke KL balik rumah atau sebaliknya. Train pun penuh, sampai di Tanjung Malim pun ramai lagi yang naik. Tepat jam 3 petang train bergerak dan sampai di KL Sentral jam 5.10 petang. Sepanjang perjalanan tu Zikrey dengan ayahnya tidur je lah... aku? lelap2 ayam je... hehehe tak boleh nak tidur.. 

Bila dah sampai KLSentral tu rasa lega lah.. dah sampai tempat sendiri... hahaha.. tapi lapar pulak pi cari makan dulu sebelum balik rumah, so singgah kat satu restoran kat KLSentral..
(tak ingat lah nama apa..)

 Zikrey mintak nak makan kek.. so dia pilih kek apa tah.. masyaallah.. keras gila kek dia.. dah berapa bulan punya kek daa??? 

Harga kemain mahal sama macam secret recipe plak..
 Ayah zik order juice.. Carrot + Green Apple... boleh tahan sedap!

Tapi lagi sedap kalau Carrot + Orange...

Dan sandwich tuna mushroom. Yang ni memang sedap. i like!!! Sepinggan ni share dengan ayah zik lor... pun kenyang dah...

Selesai makan, kitorang ambil LRT ke Taman Bahagia untuk balik ambil kereta kat situ. Alhamdulillah tamat sudah perjalanan 2 hari 1 malam ke Ipoh. 

Untuk sesiapa yang nak pergi naik keretapi tu, di persilakan lah, nasihat i... book tiket awal ye, at least 2-3 hari sebelum bertolak. takut tiket habis. 

Dan bila dah sampai Ipoh tu, elok lah kalau korang sewa kereta, senang nak kesana ke mari. kalau di kira2 cost naik teksi pun dah boleh buat bayar satu hari punya sewa kereta. Sebelum i tutup entry ni, I nak ucapkan terima kasih kepada kawan IG I yang byk membantu bagi info pasal Ipoh iaitu Hassan Kadri (HK). Thanks HK... budi baik mu ku kenang selamanya... hehehehe




Apr 7, 2011

Hadiah Untuk Ayah Zik

Sempena birthday Ayah Zik pada 2 April lepas, hanya ini lah hadiah yang tak seberapa yang termampu di berikan oleh ibu zik.. hehehehe... 

Harap tuan punya badan tu suka lah kan... tapi sampai hari ni tengok tak pakai pun... sudahnya dia guna ball pen yang harga 40sen.

Aiseh!
Memula nak pilih warna pink, tapi pikir2 balik, nan ado ayah zik nak pakai pen warna pink.. hahahaha... jadi i ambil lah warna biru. cantik kah? cantik la kot! 

Boleh lah beli di kedai buku ya. Ada warranty 6 bulan. Harga? pi check sendiri... hehehehe

Apr 5, 2011

Nasi Lemak

Nasi Lemak 
Sarapan pagi Sabtu lepas, ni adalah pertama kali I buat nasi lemak. Alhamdulillah menjadi. Lepas subuh je dah turun ke dapur, pi petik daun pandan belakang rumah, pi ambik daun pisang kat belakang rumah jugak. Senang kan? tak perlu pergi kedai beli. 

Disebabkan tak plan pun nak buat nasi lemak, maka tak ada lah lauk2 menarik. Sekadar telur mata kerbau dengan sambal bilis je lah. Ini sambal bilis i masak lama dengan api yang perlahan dan minyak yang byk... boleh tengok resepi kat bawah ni....


Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahannya :-
200gm Ikan Bilis
6 biji bawang merah dikisar
2 biji bawang putih di kisar
3 senduk besar cili boh
sedikit garam
sedikit gula (kalau nak letak)
i tak guna air asam jawa...
minyak untuk menumis

Caranya :-
Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang perlahan.
Tumis bawang merah, bawang putih, cili boh sehingga tenggelam ke dalam minyak
Kisar kasar ikan bilis dan tuangkan kedalam bahan tumisan tadi. Kacau2 dan biarkan 
di dalam kuali dengan api yang perlahan. Jangan lupa kacau sesekali takut melekat. 
Masak dalam 20-30 minit, atau sehingga sambal menjadi pekat.
Rasakan dengan garam atau gula. bila dah cukup semuanya, boleh lah tutup api dan hidangkan... siap!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...