Mar 17, 2011

Bubur Nasi Soto Ayam

Bubur Nasi Soto Ayam
Bubur Nasi Soto Ayam

Biasa orang makan Soto Ayam dengan nasi impit. tapi kali ni I buat Soto Ayam makan dengan bubur nasi. hehehe pelik kah? tak ada pun. sama je rasa cuma bezanya nasi tu lembik macam bubur. 

Makanan ni sesuai untuk si cilik (anak-anak) yang suka makan bubur tapi boring je kalau asyik bubur sama je kan? orang dewasa pun boleh makan gak... nak nak time hujan2 tu perghhh sedap minum sup panas-panas. betul tak? Jom tengok resepinya...


Bahan-bahan dan caranya:-

Untuk bubur nasi
1 pot beras - dicuci bersih dan masak dalam rice cooker dengan sukatan air yang byk 
~tips ketika masak tak perlu tutup dulu, biarkan sehingga air kering

Untuk taburan di atas bubur
1/4 ayam (bahagian peha) di rebus sehingga masak (simpan air rebusan untuk kuah soto)
isi ayam di carik2 dan ketepikan.
2 keping tauhu - di potong kecil dan di goreng 
1 genggam ikan bilis di goreng garing
kalau nak letak kacang tanah pun boleh - di goreng garing
1 biji telur asin - di rebus
sedikit daun sup dan bawang goreng.

Untuk Sup Soto
3 biji bawang merah*
1 biji bawang putih*
2 cm halia*
*ditumbuk halus
1sudu besar serbuk rempah soto mak siti (dibancuh dengan 4 sudu air)
1 mangkuk besar air rebusan ayam
1/2 kiub pati ayam maggi (tanpa MSG)
sedikit garam

~tumis bahan2 yang di tumbuk dengan sedikit minyak sehingga garing, kemudian masukkan rempah soto dan masak sehingga pecah minyak. Tuangkan air rebusan ayam, masukkan kiub ayam maggi dan garam. Biarkan mendidih.

Untuk bergedil 
2 biji ubi kentang di goreng/rebus
1 sudu kecil udang kering *dicuci bersih dan tos airnya
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
sedikit hirasan daun sup
sedikit bawang goreng
sedikit garam
sedikit lada hitam/lada sulah
1 biji telur untuk salut sebelum goreng

~ rebus kentang sehingga empuk dan lenyekkan hingga halus. Goreng udang kering, bawang merah dan bawang putih sehingga garing. Angkat dan di tumbuk halus. Campurkan bahan tumbuk ini dengan kentang yang telah di lenyek tadi. gaul rata. Masukkan daun sup, bawang goreng, garam dan lada sulah. gaul rata dan bentuk kan bulat-bulat. Pecahkan telur ayam dan dipukul ringan. celupkan bergedil tadi dengan telur ayam dan goreng dengan api yang perlahan.

Untuk sambal kicap pedas
10 biji cili api
2-3 biji bawang putih (saiz sederhana)
satu sudu besar gula pasir
suku sudu kecil garam
kicap manis
air perahan limau nipis

~tumbuk kesemua bahan di atas (kecuali kicap dan air limau) sehingga lumat. Tuangkan kicap dan perah air limau nipis. perghh yummy!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...