Mar 17, 2011

Berkeretapi ke Ipoh (part 3)

Geng kamceng Zik & Ayah!

Lepas dah rehat2 kat hotel sekejap, kitorang plan nak gi cari lunch dekat tempat yang terdekat dengan hotel. Receptionist hotel tu kata dekat area kedai2 tu ada Restoran Ikan Bakar. Jadi kitorang pun berjalan kaki je dari hotel ikut kawasan perumahan kat situ. Cuaca memang panas terik.
Jalan punya jalan cari kedai ikan bakar tu.. tak jumpa pun. dah letih pusing2, byk restoran cina je... tetiba ternampak bangunan Jusco dari jauh.. apalagi ambik teksi lah terus mintak hantar ke situ. Rupanya itu Kinta City. ada Jusco gak sebelahnya. Menarik gak Kinta City tu. dari hotel tu tambang teksi dalam RM5 saja. 
Kitorang terus ke food court kat tingkat 1 rasanya, cari makan. belikan Zik Big Apple Donut dan dia main kat playland dalam tu, kitorang pun makan. 
Nasi Campur Vegetarian
I makan nasi campur saja tapi Vegetarian. Sedap! dan murah. sepinggan tu RM4.50. ada tauhu kering goreng manis, kerabu mangga, tauhu masak ala2 daging kicap dan sayur kacang panjang. 
Nasi Ayam Bakar

Ayah Zik makan Nasi Ayam Bakar katanya... harga i tak tanya pulak kat ayah zik... tapi not bad gak la... Selesai makan, kitorang turun bawah jalan-jalan tengok kedai. lepas terus balik hotel. dah penat dah nak rehat dulu. Malamnya plan nak keluar cari makan lagi... hehehe gemuk aku seh!
Hujan lebat di luar hotel

sambil lepak2 kat hotel, skalik IPOH hujan daaaaa... lebat sangat2... dari jam 5 lebih sampai ke malam. kitorang macam dah blur camne nak keluar ni kan... payung pun tak ada. Tak terfikir beb nak bawak payung.. dah laa payung kitorang besar cam payung gerai tu haa.. hahahaha... so kitorang tunggu sampai jam 8.00 malam... hujan dah renyai2. Call budak2 lobby hotel tu mintak dorang panggilkan teksi ckp nak pergi Padang Polo, skalik mamat tu kata susah nanti nak balik sebab tak ada teksi sgt. so dia suggest kitorang pergi Dataran MBI. ok lah kitorang ambik teksi ke MBI tambang dalam RM7. 

Tapi kitorang tak pergi makan dulu, terus singgah ke Parkson saja tengok2. boleh tahan gak Parkson dia. Banyak kedai dan harga pun OK... dah dekat pukul 10 baru kitorang keluar nak ke gerai2 depan MBI tu. Hujan masih tak berhenti. Lebat balik daaaa~

Dataran MBI

Ini Dataran MBI, tapi ni bukan i yang ambik gambarnya. Ni I google je kat blog orang. Kat situ byk sgt gerai2 yang ada macam2 makanan. I dah rambang mata tak tau nak pi kedai mana. Dah lah hujan, agak terbatas sebab tempat byk basah. So kitorang decided duduk kat hujung sekali gerai Mi Sup Mak Endah. Kat situ yang ramai orang dan penuh. Ayah Zik order Soto Ayam dan I order Nasi Goreng Pattaya + Tom Yam Campur. Sayang gambar Soto Ayam tak sempat ambik sebab kamera asik zikrey buat main je... tapi Ayah zik ckp superb laa rasa sotonya.... dan nasi goreng yang i makan tu pun sedap... tak sia2 lah kitorang gi situ makan.... harga pun murah. Pattaya tu RM3.50 dan Tom Yam RM4.80 kot kalau kat KL tak dapek la harga tu weh!

Nasi Goreng Pattaya

Tom Yam Campur
Lepas makan, hujan masih tak berhenti. Kitorang terus balik lah sebab dah 10 lebih.. tunggu teksi kat area situ gak.. depan kedai 100 Yen... punyalah susah nak dapat teksi. Nasib ayah zik ada save number phone  cina teksi yang kitorang ke Kinta City bagi. Call je.. dalam 10 minit sampai. terus sampai ke hotel. Tambang dari situ dalam RM10. 

Sempat lagi bergambar dalam lif.. kah kah kah

Ni la gaya dia possing.. apa hal nak kena angkat kaki bagai?

Bersambung......

4 comments:

  1. dah lama tak jln2 ke ipoh. dulu2 masa bljr dari kampus turun kat superkinta then naik bas lain pi Kinta City. spjg perjlnn tu, mata best la layan keadaan ipoh.
    kalau ada geng pandai drive, kitaorg sewa kete, RM5 utk sejam, pi jln2 kat Ipoh. Hehehe

    ReplyDelete
  2. aku ni first time sampai IPOH town... best laa esp bab makan memang sedap dan murah... aku suka...!!!

    hancus diet ku ini....

    ReplyDelete
  3. Harga makanan mmg masih murah ... ikan dari Pangkor, sayur dari Cameron atau sekitar Ipoh. sewa rumah pun murah, separuh dari harga sewa di KL.

    ReplyDelete
  4. patut la murah... dan patut laa orang2 di luar KL tak mengeluh sgt pasal harga barang naik... rupanya KL je yang berdentum naik harga... aiseh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...