Mar 20, 2011

Berkeretapi ke Ipoh (part 4)

Masih lengang di Memory Lane
Hari Ahad tu kitorang check-out dari hotel awal. Jam 9 lebih kitorang dah siap2 nak keluar dan terus balik sebab train ETS bertolak dari Ipoh ke KLSentral jam 3 petang. Jadi kitorang plan nak pi cari breakfast kat Memory Lane atau Lokin. I tak tau kenapa dorang panggil Lokin. Apa ada kat Memory Lane? OOoo itu ialah Flea Market tempat orang jual2 pelbagai barang baru atau second hand dan antik. Memang best tempat ni. Memandang kan kitorang ada masa yang singkat, jadi rasanya tak puas berjalan2 di situ.

Cuaca sangat terik walaupun baru jam 10 pagi. Kitorang berhenti makan dulu. Ada gerai kat belakang flea market ni. apa ek nama dia. Desa Restoran ke apa. tak pe lah jadi laa setakat nak alas perut je. kitorang order Kuey Teow Goreng. Not bad rasanya. satu pinggan share berdua dgn ayah zik. tu pun byk dah tu. Sedap dan murah seperti biasa. Pandai tau makcik tu masak. hehehehe

Sedap Kuey Teow ni bai.......
Dia yang lebih2 guna GPS dgn map Ipoh...
sudahnya garu kepala... tak tau apa hahahaha

Lepas makan baru kitorang bergerak semula, jalan2 tengok2 barang2 antik, lama dan baru. memang best. meh tengok gambar yang sempat di ambil dengan kamera cabuk i... wakakakak 

Cantik rumah kecik ni... unik sgt... 

pelbagai barang2 lama di jual
pinggan2 lama, terus i teringat Kak Manis...
Duit2 lama...
Orang dah mula ramai dan sesak... cuaca amat panas
botol2 lama pun ada.. teringat zaman kecik2 dulu
tak lupa juga buku2 agama byk di jual...
pinggan mangkuk lagi....
tetiba nak keluar balik tu ada plak live band kat tepi tu..
Masa dah sampai jalan keluar tu, i dah memang penat sebab mendukung si Zikrey yang malas nak berjalan... kesian jugak kat dia.. sebab orang ramai dia pun pening kot tengok sesak2 camtu... tak beli apa pun cuma belikan Zikrey kereta mainan ala2 hot wheel tu .. murah 4 biji RM10... dapat laa 8 biji.. dan i jalan pakai kasut... kaki i dah mula sakit dan melecet... sebab tak biasa berlama-lamaan dengan kasut tu... terus pi cari KFC nak duduk dan rehat kejab.

penghilang dahaga... Cucumber Crush dgn aiskrim vanila

Dapat jumpa KFC... rasa heaven... dapat minum air sejuk, dapat aircond... hehehehe kasik rehat kejab sambil nak tunggu kul 12... plan seterusnya nak pergi Nasi Kandar (Vanggey/Ganja).


Ini budak tak ada lain... Milo Milo Milo.....
Ini lah kereta mainan yang 4 biji RM10
kaki ku sakit... pakai selipar dah rupa kaki kuda belang plak

Dah lepak2, check2 GPS... tengok ada Nasi Kandar... tak jauh dari KFC..dalam 700 meter...errr tak jauh ek? hahahaha maka dengan itu dengan tak sedar dirinya kitorang nak jalan kaki je cari kedai tu... dah tanya kat budak KFC tu... dia dah kasi direction gini ginil.. gitu gitu... so perjalanan bermula... bila dah sampai kat area traffic light tu... dah mula menggagau... wakakakakka... tapi akhirnya jumpa gak walaupun kaki ku semakin sakit... dah lah zik pun jalan slow je...

Like daddy like son?
masa ni Zik dah mula penat berjalan... keh keh keh

Setelah penat berjalan... akhirnya sampai jugak kitorang kat Nasi Kandar (Nasi Ganja/Vanggey). Pergh orang ramai gila beratur... kitorang ni tak tau apa2... ayah zik terus beratur.. rupanya yang beratur tu untuk tapau je... heheheh penat je kan beratur panjang2...


Inilah nasi ganjanya.... ayah zik ambik lauk kambing dan i ambik kari ikan... memang sedap dan marvelessssssss.... harga pun berpatutan... untuk dua orang makan ni RM12.30 kalau kat KL.. tak dapat harga macam tu.. dan yang pasti rasanya tak sedap sgt... hehehehe

Nasi Kandar Kari kambing
Nasi Kandar Kari Ikan... yummyyyyy
bersambung.......

Mar 17, 2011

Bubur Nasi Soto Ayam

Bubur Nasi Soto Ayam
Bubur Nasi Soto Ayam

Biasa orang makan Soto Ayam dengan nasi impit. tapi kali ni I buat Soto Ayam makan dengan bubur nasi. hehehe pelik kah? tak ada pun. sama je rasa cuma bezanya nasi tu lembik macam bubur. 

Makanan ni sesuai untuk si cilik (anak-anak) yang suka makan bubur tapi boring je kalau asyik bubur sama je kan? orang dewasa pun boleh makan gak... nak nak time hujan2 tu perghhh sedap minum sup panas-panas. betul tak? Jom tengok resepinya...


Bahan-bahan dan caranya:-

Untuk bubur nasi
1 pot beras - dicuci bersih dan masak dalam rice cooker dengan sukatan air yang byk 
~tips ketika masak tak perlu tutup dulu, biarkan sehingga air kering

Untuk taburan di atas bubur
1/4 ayam (bahagian peha) di rebus sehingga masak (simpan air rebusan untuk kuah soto)
isi ayam di carik2 dan ketepikan.
2 keping tauhu - di potong kecil dan di goreng 
1 genggam ikan bilis di goreng garing
kalau nak letak kacang tanah pun boleh - di goreng garing
1 biji telur asin - di rebus
sedikit daun sup dan bawang goreng.

Untuk Sup Soto
3 biji bawang merah*
1 biji bawang putih*
2 cm halia*
*ditumbuk halus
1sudu besar serbuk rempah soto mak siti (dibancuh dengan 4 sudu air)
1 mangkuk besar air rebusan ayam
1/2 kiub pati ayam maggi (tanpa MSG)
sedikit garam

~tumis bahan2 yang di tumbuk dengan sedikit minyak sehingga garing, kemudian masukkan rempah soto dan masak sehingga pecah minyak. Tuangkan air rebusan ayam, masukkan kiub ayam maggi dan garam. Biarkan mendidih.

Untuk bergedil 
2 biji ubi kentang di goreng/rebus
1 sudu kecil udang kering *dicuci bersih dan tos airnya
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
sedikit hirasan daun sup
sedikit bawang goreng
sedikit garam
sedikit lada hitam/lada sulah
1 biji telur untuk salut sebelum goreng

~ rebus kentang sehingga empuk dan lenyekkan hingga halus. Goreng udang kering, bawang merah dan bawang putih sehingga garing. Angkat dan di tumbuk halus. Campurkan bahan tumbuk ini dengan kentang yang telah di lenyek tadi. gaul rata. Masukkan daun sup, bawang goreng, garam dan lada sulah. gaul rata dan bentuk kan bulat-bulat. Pecahkan telur ayam dan dipukul ringan. celupkan bergedil tadi dengan telur ayam dan goreng dengan api yang perlahan.

Untuk sambal kicap pedas
10 biji cili api
2-3 biji bawang putih (saiz sederhana)
satu sudu besar gula pasir
suku sudu kecil garam
kicap manis
air perahan limau nipis

~tumbuk kesemua bahan di atas (kecuali kicap dan air limau) sehingga lumat. Tuangkan kicap dan perah air limau nipis. perghh yummy!

Berkeretapi ke Ipoh (part 3)

Geng kamceng Zik & Ayah!

Lepas dah rehat2 kat hotel sekejap, kitorang plan nak gi cari lunch dekat tempat yang terdekat dengan hotel. Receptionist hotel tu kata dekat area kedai2 tu ada Restoran Ikan Bakar. Jadi kitorang pun berjalan kaki je dari hotel ikut kawasan perumahan kat situ. Cuaca memang panas terik.
Jalan punya jalan cari kedai ikan bakar tu.. tak jumpa pun. dah letih pusing2, byk restoran cina je... tetiba ternampak bangunan Jusco dari jauh.. apalagi ambik teksi lah terus mintak hantar ke situ. Rupanya itu Kinta City. ada Jusco gak sebelahnya. Menarik gak Kinta City tu. dari hotel tu tambang teksi dalam RM5 saja. 
Kitorang terus ke food court kat tingkat 1 rasanya, cari makan. belikan Zik Big Apple Donut dan dia main kat playland dalam tu, kitorang pun makan. 
Nasi Campur Vegetarian
I makan nasi campur saja tapi Vegetarian. Sedap! dan murah. sepinggan tu RM4.50. ada tauhu kering goreng manis, kerabu mangga, tauhu masak ala2 daging kicap dan sayur kacang panjang. 
Nasi Ayam Bakar

Ayah Zik makan Nasi Ayam Bakar katanya... harga i tak tanya pulak kat ayah zik... tapi not bad gak la... Selesai makan, kitorang turun bawah jalan-jalan tengok kedai. lepas terus balik hotel. dah penat dah nak rehat dulu. Malamnya plan nak keluar cari makan lagi... hehehe gemuk aku seh!
Hujan lebat di luar hotel

sambil lepak2 kat hotel, skalik IPOH hujan daaaaa... lebat sangat2... dari jam 5 lebih sampai ke malam. kitorang macam dah blur camne nak keluar ni kan... payung pun tak ada. Tak terfikir beb nak bawak payung.. dah laa payung kitorang besar cam payung gerai tu haa.. hahahaha... so kitorang tunggu sampai jam 8.00 malam... hujan dah renyai2. Call budak2 lobby hotel tu mintak dorang panggilkan teksi ckp nak pergi Padang Polo, skalik mamat tu kata susah nanti nak balik sebab tak ada teksi sgt. so dia suggest kitorang pergi Dataran MBI. ok lah kitorang ambik teksi ke MBI tambang dalam RM7. 

Tapi kitorang tak pergi makan dulu, terus singgah ke Parkson saja tengok2. boleh tahan gak Parkson dia. Banyak kedai dan harga pun OK... dah dekat pukul 10 baru kitorang keluar nak ke gerai2 depan MBI tu. Hujan masih tak berhenti. Lebat balik daaaa~

Dataran MBI

Ini Dataran MBI, tapi ni bukan i yang ambik gambarnya. Ni I google je kat blog orang. Kat situ byk sgt gerai2 yang ada macam2 makanan. I dah rambang mata tak tau nak pi kedai mana. Dah lah hujan, agak terbatas sebab tempat byk basah. So kitorang decided duduk kat hujung sekali gerai Mi Sup Mak Endah. Kat situ yang ramai orang dan penuh. Ayah Zik order Soto Ayam dan I order Nasi Goreng Pattaya + Tom Yam Campur. Sayang gambar Soto Ayam tak sempat ambik sebab kamera asik zikrey buat main je... tapi Ayah zik ckp superb laa rasa sotonya.... dan nasi goreng yang i makan tu pun sedap... tak sia2 lah kitorang gi situ makan.... harga pun murah. Pattaya tu RM3.50 dan Tom Yam RM4.80 kot kalau kat KL tak dapek la harga tu weh!

Nasi Goreng Pattaya

Tom Yam Campur
Lepas makan, hujan masih tak berhenti. Kitorang terus balik lah sebab dah 10 lebih.. tunggu teksi kat area situ gak.. depan kedai 100 Yen... punyalah susah nak dapat teksi. Nasib ayah zik ada save number phone  cina teksi yang kitorang ke Kinta City bagi. Call je.. dalam 10 minit sampai. terus sampai ke hotel. Tambang dari situ dalam RM10. 

Sempat lagi bergambar dalam lif.. kah kah kah

Ni la gaya dia possing.. apa hal nak kena angkat kaki bagai?

Bersambung......

Mar 15, 2011

Berkeretapi ke Ipoh (part 2)

foto dari blog emily2u.com
Hari ni nak cerita pasal hotel dulu....

Inilah hotel yang kitorang check-in. hotel ni masih baru lagi. Dibuka pada 13 Oktober 2010, yang terletak di Ipoh Gardern berdekatan dengan pejabat pos Ipoh Gardern. Bersebelahan dengan bangunan Courts yang berhadapan dengan bulatan  Jalan Dato’ Lau Pak Khuan/Jalan Canning Estate. 


Mempunyai 42 buah bilik pelbagai saiz iaitu :-

Single room – MYR80 nett
Superior (Standard) – MYR98 nett
Deluxe – MYR188 nett
Grand deluxe – MYR138 nett
Suite – MYR160 / MYR180 nett

sesiapa nak pergi ke hotel ni, boleh hubungi di sini :-
De Hotel (Ipoh)
Address: 86, Jalan Dato’ Lau Pak Khuan, Ipoh Garden, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia.
Tel: +605-5452222 (hunting line)
Fax: +605-5453533
Email: dehotel3@yahoo.com
GPS Coordinates: N 04 36.722′ E 101 6.531′

Disebabkan bilik kebanyakan penuh, jadi kitorang ambil bilik Grand Deluxe berharga RM138 satu malam. Bilik dia cantik dan view menarik. Mengadap roudabout. Meh kita tengok dalam bilik dia.....
"King Size" katil 

LCD TV... heheh suka budak donut tu..
Bathroom

I masuk2 je first thing i check.. toilet la.. hehehe tu penting beb... kang tak ada feel nak buang air/mandi... hehehe... tapi hat ni toilet dia best! bersih! bilik pun cantik dan menarik... yang penting selesa berpatutan dengan harganya. Cuma hotel ni agak jauh sikit dari town Ipoh. Kalau ada kereta tak apa. dalam 10 minit sampai la town Ipoh. Macam kitorang memang tak ada kereta, cuma harapkan teksi apek2 kat Ipoh tu. sekali naik kena la bayar dalam RM7- RM10. Kalau korang nak keluar sehari 2-3 kali.. dah boleh laa duit tu buat sewa kereta lagi berbaloi. Kitorang tak sewa kereta sebab masa sgt singkat rasa cam rugi plak nak sewa kereta. 

Ini view dari bilik kitorang... menarik tak?
best kan? heheh boleh nampak kereta lalu lalang
bersambung lagi daaaa.......

Mar 14, 2011

Berkeretapi ke Ipoh (part 1)

Plan nak ke Ipoh bawa Zikrey naik keretapi sudah pun berjaya terlaksana. Selamat pergi dan kembali pada 12 - 13 March 2011. Train kitorang bertolak dari KLSentral jam 9.25 pagi. Maka dengan itu kitorang kena ada kat KLSentral 1/2 jam awal. Jam 7 kitorang dah keluar dari Puncak Jalil menuju ke LRT Taman Bahagia, PJ. Park kereta kat celah2 rumah orang je. betul2 depan LRT Taman Bahagia tu. Naik LRT dari Taman Bahagia ke KLSentral dalam 20 minit gitu. Tambang sorang RM2. Lengang di pagi Sabtu tu. Kitorang ingat kan jam kat LDP tapi tak pulak.

Turun je di KLSentral, kitorang tengok jam awal lagi, naik ke food court cari sarapan lah kan. Nanti dalam train tak da dah nak makan2. Bukan ada jual apa2 pun. Awal-awal pagi jalan2 pusing kat food court, tak tau nak makan apa. Menu semua sama je. Bihun goreng, Nasi Lemak, Mee Goreng, Nasi Goreng, kuih2 pun tak banyak. Tapi i tengok majoriti orang Malaysia ni pagi2 memang suka makan nasi lemak ya? hampir setiap meja i tengok memang makan nasi lemak.. ewww tak sihat!!!!

Ini breakfast i pagi tu. Bihun, Nuget dan burger daging yang di goreng dengan tepung dan juga tempe goreng. i ambil untuk zik, sebab budak kecik ni payah sikit nak makan. harga sepinggan ni RM4.50. Mahal tak? bihun tu seriously i tak boleh makan. Tak ada rasa, dan rasa tak sedap langsung. nak kata basi pun tak basi. tapi tak tau apa yang tak sedap di rasa. maka I makan nuget dgn burger tu je sebab Zikrey pun tak nak makan.

RM4.50.... berbaloi kah?

Dah abis makan, kitorang ke bawah di Gate A untuk tunggu train (komuter) sampai. Orang dah mula ramai kat area tu. tempat duduk pun agak penuh. Zikrey macam biasa la kasik dia main kereta mainan dia, leka la dia. tetiba datang sorang anak mat saleh terus join main dgn Zik. Tercari2 gak mana mak dia... tak nampak... budak ni dari tadi mundar mandir main2 dgn sapa saja budak2 yang ada kat situ. sangat berani... Zikrey apa lagi, pantang la kan awek datang, dia pun laju je la main sama-sama.. tapi Zikrey agak pelik dgn rambut budak tu.. siap dia usap2 kepala budak tu... hehehehe... 

zik dan kawan baru!

kitorang lepak sampai lah train sampai terus beredar ke Gate A dan turun ambil koc masing2. Setiap penumpang memang dah di tetapkan tempat duduk dalam train tu. Sebenarnya dia bukanlah train yang macam nak ke singapore tu. ini adalah perkhidmatan komuter. Yang i naik ni perjalanan dia mengambil masa 3 jam untuk sampai ke Ipoh. sebab banyak stesen dia berhenti untuk ambil penumpang. I ambil 2nd class. Tambang dia RM22 seorang, berbanding dengan class biasa RM12 seorang rasanya. tak ada beza pun cuma tempat duduk selesa sikit lah. yang kurang sedap nya sepanjang perjalanan, aircond tidak rasa sangat. jadi agak panas gak la dalam tu.Train bergerak jam 9.25 pagi dan kami sampai Ipoh jam 12.30 tengah hari. 

suasana dalam train komuter ke Ipoh

sempat main lagi sebelum ZZZZzzzzz
sudah sampai Ipoh bersama budak donut!
Stesen Keretapi Ipoh
Di luar pintu masuk stesen keretapi sambil tunggu teksi
Dapat teksi mintak di hantar ke hotel yang telah pun I buat booking melalui telefon. I ambil hotel "De' Hotel Ipoh" yang terletak agak jauh dari pekan Ipoh. Mana lah i tau kan. lagipun hotel2 dekat town tu kebanyakan penuh sebab budak2 cuti sekolah. dan harga hotel pun naik sekali ganda. Yang tak bestnya india yang bawak teksi tu memang ketuk kitorang sampai RM20, padahal dari stesen keretapi nak ke hotel tu cuma 10 minit je. I dah agak dah dia caj lebih2 sebab masa i duduk belakang i perhati je dia duk perhati laki i dari atas ke bawah. OOo dia tau kitorang bukan orang Ipoh tu yang dia tekan harga kat kitorang. Lepas tu i tanya kat receptionist hotel tu, dan dorang cakap tak sampai harga sampai RM20 koman2 pun maksimum RM15 je. siot kan? tak pe... lain kali aku tau la hehehehe

bersambung.........

Mar 3, 2011

Sambal Goreng Jawa


Sambal Goreng Jawa
I suka makan sambal goreng ni. Kalau makan nasi ambeng mesti ada dorang letak sambal ni, tapi kadang-kadang I beli, sambal tu macam dah nak basi rasanya... yuck! 

Jadi malam tadi godek-godek peti ais tengok apa bahan ada, siaplah sambal goreng jawa ni seperti di gambar sebelah. Mintak maaf ek kat orang Jawa... resepi ni banyak bahan tak ada, so I ikut je la selera I...
Tempe tak ada... so tak berapa nak Jawa lah sambal I ni.



Bahan-bahanya :-

2 keping fucuk (di rendam sampai lembut)
1 bungkus kecil soohun (juga di rendam)
1 keping tauhu (di potong kecil dan di goreng)
2 biji kentang (di potong kecil dan di goreng)
1 keping tempe (di potong kecil dan di goreng) ***tapi i tak ada***
1/4 biji kobis bulat (di potong halus)
*** nak tambah karot pun boleh ***
1 biji cili merah (di hiris)
2 biji bawang putih (di hiris)
3 biji bawang merah (di hiris)
1/2 kotak santan ayam brand
2 sudu cili boh
sedikit garam
sedikit gula
sedikit kicap manis
minyak untuk menumis

Caranya :-
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan.
2. Masukkan cili boh dan goreng sehingga garing atau pecah minyak.
3. Masukkan santan dan sedikit air kalau pekat sgt. (sikit je air.. jangan berair sgt). Tunggu sampai mendidih.
4. Masukkan garam dan gula. 
5. Bila cukup rasa, masukkan fucuk, suhun, kentang, tempe, tauhu,cili masak dan kobis. Kacau sehingga sayur masak dan kuah kering.
6. Masuk kan kicap. kacau rata. dan siap!...

Mar 2, 2011

Kari Ikan Jenahak ala Mamak

Kari Ikan Jenahak ala Mamak
Bahan-bahannya

1 ekor ikan jenahak (di bersihkan dan di perap dengan lemon/limau nipis selama 10 minit)
6 sudu besar rempah kari ikan Baba's (di bancuh dengan sedikit air)
2 biji tomato saiz besar (dibelah 6)
8 biji bendi
2 biji terung bulat (dibelah 4)
2 biji bawang besar (di hiris)
2 biji bawang putih (di hiris)
2 pelepah daun kari
1 sudu kecil halba campuran
                                                                                 
1 sudu kecil pati asam jawa adabi
garam secukup rasa
semangkuk air
1 senduk minyak masak

Caranya :-

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halba campuran, daun kari dan tomato sehingga layu.
2. Masukkan rempah kari ikan dan kacau sehingga garing. (api jangan besar sangat)
3. Masukkan air dan asam jawa. kacau bagi rata.
4. Masukkan terung dan bendi. biarkan kuah mendidih
5. Masukkan ikan. 
6. Masukkan garam dan rasa masam dan masinnya.
7. Masak sehingga mendidih. Tutup api. boleh di hidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...