Feb 25, 2011

Setahun berapa kali daaa??

setahun berapa kali laa dia nak potong kek? ni kes dia ternampak kek kat Tesco... ada ultraman kat tengah... tu yang sibuk dia nak suruh beli... nasib laaa ibu ada voucher King's Confectionery... so dapat laa 50% diskaun...
ni lah dia rupa kek nya.. boleh laa dalam dia kek coklat.... dari harga RM31 dapat laa dalam RM15++ tak pe laa ... bukan dia nak makan pun... dia duk main2 je potong... tiup2 lilin... hehehehe... udahnya kek tu bagi2 kat nenek dia.. kat cousin dia... 

yang dalam peti ais ada lagi... dekat seminggu dah tak makan2...

Feb 21, 2011

Santik tak lukisan saya?

Cuba teka... gambar siapa dia lukis?

Ada rupa tengkorak kan? wakkakaka
Santik tak lukisan saya? cuba teka... gambar apa Kiki lukis? sapa terer dapat donut sebiji... hahahaha...

Feb 14, 2011

Kek Butter perisa Yogurt Blueberry

baru keluar Oven...

abaikan coklat lebihan di tepi itu...
Bahan-bahannya :-

(A)
250 gm butter
150 gm gula
210 gm tepung gandum (i guna self-rising flour)
1 sudu kecil baking powder

(B)

3 biji telur
1 cup NESTLE yogurt blueberry (ikut suka nak perisa apa pun)

Cara-caranya :-

Tuangkan semua bahan A ke dalam mixer, dan adun sampai sebati. Kemudian masukkan bahan2 B sedikit demi sedikit dan pukul selama 4-5 minit. Tuangkan ke dalam acuan bulat 9" dan bakar dgn suhu 150 darjah celcius selama 50 minit atau cucuk kek guna lidi... (asalnya kek ni warna kuning je.. tapi i buat campur2 warna... dan topping pun ikut sendiri je buat)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...