Jan 25, 2011

Siakap Sweet and Sour

Lamanya tak update blog... malas!!! hehehe 
Hari ni nak share resepi... checkidaut.. (check it out)

SIAKAP SWEET & SOUR
Bahan-bahannya

1 ekor ikan siakap (i pakai keping2)
~ di lumur dengan garam dan kunyit
1/2 biji bunga kobis 
1/2 biji capsicum merah di potong panjang
1 biji karot di potong panjang
1 biji tomato di potong dadu
(kalau ada timun boleh letak, atau nenas)
2 ulas bawang merah di tumbuk halus
1 biji bawang putih di tumbuk halus
1/2 inci halia di tumbuk halus
3 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 kuntum bunga kantan
sedikit lada hitam di tumbuk halus
sedikit garam
sedikit gula
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :-
1. Perap ikan siakap dengan garam dan limau kasturi dalam 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam. Goreng sehingga garing. Ketepikan
2. Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk sehingga garing. Masukkan cili boh. Goreng sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili dan sos tomato. tambah sikit air. masak hingga pekat
3. Masukkan karot, tomato, bunga kobis. Kacau2 sehingga sayur2 masak. rasakan dgn garam dan gula.
4. Jika kuah kering.. tambahkan sedikit air. Apabila kuah sudah masak, tuangkan ke atas ikan siakap tadi.
5. taburkan dengan bunga kantan yang di hiris halus. Siap!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...