Jan 26, 2011

iNO Mobile, CP09


iNO Mobile? pernah dengar? pernah tengok? so meh i kongsi pasal handphone ni. Di reka cipta untuk orang-orang tua dan juga kanak-kanak. Keypad dia memang besar2.. sesuai untuk orang2 tua yang rabun dan mudah di tekan. 

Handphone ni asalnya i pun tak tau. Tapi Ayah Zik laa belikan untuk mak dia (MIL i). walaupun design dia tak menarik, tapi sangat bagus untuk warga emas dan kanak2. senang di gunakan terutama ketika waktu kecemasan. Handphone ni berasal dari Singapore oleh syarikat Foresight Technologist. Ada lampu suluh, ada SOS button dan ada Siren. Terdapat dalam dua warna hitam dan putih. 


Butang warna oren tu ialah SOS button. ada kat belakang phone tu. apa kegunaan dia? ia digunakan untuk kecemasan. Phone ni boleh set 4 nama yang perlu di hubungi ketika kecemasan, dan bila kita tekan SOS button tu, automatik phone tu akan menghubungi salah satu empat nombor tadi. Contoh kalau nombor pertama OFF phone, ia akan cuba hubungi nombor kedua, ketiga dan seterusnya. dan Siren HP tu akan berbunyi. 

I rasa phone ni sgt sesuai kalau korang bagi kat mak/bapak korang, or anak2 yang ke sekolah. Tak ada camera, tak ada MMS tak ada internet. so ok la kan. tak risau la korang anak2 nak berMMS ke apa ke. hehehehe

 
Harga dia murah je... dalam RM200... ini antara warna yang ada. MIL i guna warna hitam seperti gambar pertama tu

Spesifikasi dia :-
  • Operating Frequency: GSM900/1800MHz
  • Dimensions (mm): 102*48.5*14.5mm
  • Talk Time (mins): 130-300 mins
  • Storage Capability: 32MB NorFlash
  • Screen Size: 1.6 inch
  • Pixel Resolution: 128*48
  • Ringtone: 16 tones polyphonic
Keypad :-
  • -Candybar design
  • -MONO Display
  • -Smart design for the elderly
  • -Super big key design
  • -Build in Speakerphone
  • -Electric torch light
  • -Digital time announcer
  • -Shortcut dialing


5 comments:

  1. Wahhh...cam besh ja ni...for my mom

    nanti mo try cari di KK lah whether suda ada or not...

    TQ for the info...

    ReplyDelete
  2. yaa memang bagus tuk orang2 tua yang tak reti dgn hp canggih2 tu... (macam my mom gak)

    rasanya kat KK mahal sikit kan? kat sini 200++ kat sana mau RM300

    ReplyDelete
  3. kak manis.. kat kedai handphone ada.. cuba la tengok2

    ReplyDelete
  4. Ada terjumpa di Shah Alam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...