Jan 26, 2011

iNO Mobile, CP09


iNO Mobile? pernah dengar? pernah tengok? so meh i kongsi pasal handphone ni. Di reka cipta untuk orang-orang tua dan juga kanak-kanak. Keypad dia memang besar2.. sesuai untuk orang2 tua yang rabun dan mudah di tekan. 

Handphone ni asalnya i pun tak tau. Tapi Ayah Zik laa belikan untuk mak dia (MIL i). walaupun design dia tak menarik, tapi sangat bagus untuk warga emas dan kanak2. senang di gunakan terutama ketika waktu kecemasan. Handphone ni berasal dari Singapore oleh syarikat Foresight Technologist. Ada lampu suluh, ada SOS button dan ada Siren. Terdapat dalam dua warna hitam dan putih. 


Butang warna oren tu ialah SOS button. ada kat belakang phone tu. apa kegunaan dia? ia digunakan untuk kecemasan. Phone ni boleh set 4 nama yang perlu di hubungi ketika kecemasan, dan bila kita tekan SOS button tu, automatik phone tu akan menghubungi salah satu empat nombor tadi. Contoh kalau nombor pertama OFF phone, ia akan cuba hubungi nombor kedua, ketiga dan seterusnya. dan Siren HP tu akan berbunyi. 

I rasa phone ni sgt sesuai kalau korang bagi kat mak/bapak korang, or anak2 yang ke sekolah. Tak ada camera, tak ada MMS tak ada internet. so ok la kan. tak risau la korang anak2 nak berMMS ke apa ke. hehehehe

 
Harga dia murah je... dalam RM200... ini antara warna yang ada. MIL i guna warna hitam seperti gambar pertama tu

Spesifikasi dia :-
  • Operating Frequency: GSM900/1800MHz
  • Dimensions (mm): 102*48.5*14.5mm
  • Talk Time (mins): 130-300 mins
  • Storage Capability: 32MB NorFlash
  • Screen Size: 1.6 inch
  • Pixel Resolution: 128*48
  • Ringtone: 16 tones polyphonic
Keypad :-
  • -Candybar design
  • -MONO Display
  • -Smart design for the elderly
  • -Super big key design
  • -Build in Speakerphone
  • -Electric torch light
  • -Digital time announcer
  • -Shortcut dialing


Jan 25, 2011

Siakap Sweet and Sour

Lamanya tak update blog... malas!!! hehehe 
Hari ni nak share resepi... checkidaut.. (check it out)

SIAKAP SWEET & SOUR
Bahan-bahannya

1 ekor ikan siakap (i pakai keping2)
~ di lumur dengan garam dan kunyit
1/2 biji bunga kobis 
1/2 biji capsicum merah di potong panjang
1 biji karot di potong panjang
1 biji tomato di potong dadu
(kalau ada timun boleh letak, atau nenas)
2 ulas bawang merah di tumbuk halus
1 biji bawang putih di tumbuk halus
1/2 inci halia di tumbuk halus
3 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 kuntum bunga kantan
sedikit lada hitam di tumbuk halus
sedikit garam
sedikit gula
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :-
1. Perap ikan siakap dengan garam dan limau kasturi dalam 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam. Goreng sehingga garing. Ketepikan
2. Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk sehingga garing. Masukkan cili boh. Goreng sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili dan sos tomato. tambah sikit air. masak hingga pekat
3. Masukkan karot, tomato, bunga kobis. Kacau2 sehingga sayur2 masak. rasakan dgn garam dan gula.
4. Jika kuah kering.. tambahkan sedikit air. Apabila kuah sudah masak, tuangkan ke atas ikan siakap tadi.
5. taburkan dengan bunga kantan yang di hiris halus. Siap!!!

Jan 2, 2011

Melayu??? Kenapa???

Tajuk macam berbau perkauman plak... tapi inilah yang aku nak cerita kali ni... setelah berhari2 aku fikir ini lah agaknya jawapannya... kenapa peniaga melayu susah nak maju? terutama peniaga makanan... dua tiga hari ni aku dah fedap dgn peniaga2 melayu... tapi tu la kan.. mana lagi aku nak cari makan kalau bukan kat orang melayu... tak kan nak beli kat restoran cina pulak...

1. Orang meniaga ko pun nak meniaga
ni lah dia.. bila orang lain meniaga, ko pun sibuk2 nak meniaga, kalau dulu2 kawasan tu tak ada orang pun bukak gerai meniaga nasi lemak... tiba2 datang sorang bukak meja jual nasi lemak.. esok lusa bertambah pulak kedai yang sama jual nasi lemak.. tak jauh je beberapa meter dari gerai yang mula2 bukak tu... tak ada benda lain nak jual... jual jugak nasi lemak... konon2 nak bersaing... bersaing cara sihat.. ok laaa bagus... tapi agak2 laa... cuba la jual makanan lain sikit... muak laa asik nasi lemak je...

2. Nak meniaga... tapi tak reti masak
Ok lah bagi chance, bukak laa gerai jual laaa nasi lemak... walaupun kiri kanan ada dua tiga gerai dah... orang lain jual nasi lemak sedap.. ko? rasa out!.. sambal pedas berdengung.... kalau makan mau berpinau biji mata... (aku ni tidak la pandai masak sgt, tapi aku tak ada laa terhegeh2 nak bukak gerai nasi lemak.. aku sedor tu). tu kadang2 nasi memang tak lemak laa.. dah rasa macam nasi putih plak... kalau bihun goreng, kosong je.. sawi pun tak ada... hanya bihun je...

3. Meniaga fikir untung je...
Korang tau tak kalau nasi lemak tu apa pakej yang ada dalam nasi lemak tu? Mesti ada nasi lemaknya la kan, ada kacang tanah, ada ikan bilis, ada timun, ada telur rebus. Siap satu set nasi lemak biasa! betul tak? tapi ni tak... nasik lemak letak laa semangkuk kecik tu.. tu pun tak penuh mangkuk... 3/4 je... ok tak pe laa lemakkan tak boleh makan byk2.. kang obese plak... dah tu dalam letak sekeping timun hiris, telur rebus belah 8 kot! nipis gila.. tu belum telur yang dah hancur2.. dapat laa serpihan je... ikan bilis? jenis halus2 yang 100 gm RM2.80 kot... ada laa dia letak 2 ekor.... kacang tanah dapat laa 5-6 biji... pastu sambal... yang pedas berdengung2... gitu ek jual nasi lemak? lepas tu jual sebungkus RM1 atau RM1.20.... tu cerita nasi lemak.. blom aku cerita bihun goreng?... satu senduk je dia letak... punya laa murah kos nak goreng bihun yang dalam dia tak ada rencah2... tapi untung punya pasal... jual laa satu scoop senduk tu... RM1 kot... sadis laaa..

4. Mengira bangang!
dah tau nak meniaga... dah tau tak cekap mengira... sediakan laa apa yang patut... calculator ke... pen ke... sempua ke... mesin cashier ke.. ni main agak2 kira... dah laa lembab.. terkial2 nak mengira.. dah tu main agak2 caj... tu belum lagi orang bagi duit besar2 macam RM50 ke apa ke.. dah menggagau nak kira baki...siap tanya customer berapa baki nak bagi... apa ke bangang sgt.. meniaga besar2 pun tak mampu nak beli calculator? eh apa pulak... calculator ada kat sebelah... tak guna pun... pen pun ada.. kertas aku tengok dah conteng2 dengan matematik tolak darab dia... mesin cashier lagi la besar ada depan mata.. masih lagi kira guna mata terbeliak beliak... aduh!!!!!

5. Niat nak menipu...
ni aku tak tau nak kategori kan apa.. nak kata memang nak menipu.. tengok muka tak ada laa kot.. tapi nak kata tak.. rasanya bila dah buat silap tu... mengaku je laa.. dah la kira lembab... dah bagi duit besar.. caj aku lebih2 pulak... cuba korang fikir... beli bihun goreng letak telur mata kerbau satu, kuih karipap 15 biji (3 biji singgit katanya) so sepatutnya aku kena ambil 16 biji la kan? = RM5?, Muffin 2 biji RM2.40... cuba korang agak2 kira berapa aku kena bayar? let say bihun tu 2.50 laaa... jadi total RM9.90? tapi tak... itu pakcik sudah caj aku RM20 ok... di ulang... RM20... aku bayar RM50, dia bagi aku baki RM30.. aku tak perasan.. aku sibuk dgn anak aku.. masa jalan nak keluar tu aku kira.. pastu aku fikir, eh apa aku beli sampai RM20 ni? aku patah balik bgtau salah kira, boleh dia siap tukar ckp sambil tunjuk2 kertas yang dia tulis aku makan apa tadi.. alaaa kat kerta tu just tulis harga2 yang telah di campur2... haaa ni buat aku angin ni... aku ckp bila masa pulak aku makan kat kedai.. aku tapau je laa.. tak kan sampai RM20... dah tu tak nak mengaku salah tu.. masih nak kata dia kira dah kat kertas tadi... memang RM20... dah tu aku suruh dia kira balik... wah.. siap angkat2 kertas kira depan batang hidung sendiri... pastu ckp ..."haaa RM10... betul tak?  siap tanya aku pulak... nak je aku jawab... kalau ko menipu pun mana aku tau... apa yang ko kira...

6. Tak ada adab layan customer
Haaa ni memang byk dah aku tengok... dah byk dah aku kena... macam cerita kat atas tu.. dah tau buat salah.. tak reti nak mintak maaf... dengan tak reti nak senyum... muka kelat macam peria katak... dan yang paling teruk.. tak reti nak ckp terima kasih... susah sgt ke? berat sgt mulut nak ckp tu semua? ada satu lagi aku kena kat Restoran lain... kita order ckp tak nak pedas, tak nak bawang, or whatsoeva laaa... tulis kemain panjang masa nak ambik order tu... kalau kedai Thai.. dorang tulis shortform je... contoh Nasi goreng kampung = NGK (x bawang),  pun boleh faham lagi kot... ni jenis ambik order tulis kemain panjang berjela sampai tak cukup kertas dah nak tulis.. kalau boleh sampai atas meja tu nak sambung tulis... alih2 bila hantar, yang pedas gak dapat, yang byk bawang dari nasi pun ada... apa kes? ni nak kata sapa bangang? tukang masak? or tukang ambik order? aku dulu pernah gak kerja kedai makan... abih tukang masak dah siap.. sebelum aku hantar, mesti aku check dulu kertas order apa orang tu nak... baru lah kita hantar... ni tak.. main lanyak je hantar... ok fine.. bila kita komplen kata kita tak nak pedas, kan dah ckp tadi... wah muka monyok bawak balik ke dapur... suruh tukang masak, masak balik... ok laa tunggu punya tunggu... setengah jam tak sampai2.. restorannya idak laa ramai orang.. awat tak sampai2.. tak pe laa kansel.. gi kaunter nak bayar... kita bgtau tolak makanan yang tak dapat tadi... si cashier a.k.a owner kedai (aku agak laa) dengan muka kelat, sikit tak bukak mulut, main tenyeh mesin cashier tu, apatah lagi nak mintak maaf ye tak? cam sial kan? (ni buat aku nak mencarut ni) dah tu caj kemain mahal!!!!!!

7. Tukang masak yang tangkap muat je...
Korang kalau pergi Restoran, paling2 suka tengok kalau kat dinding punya laa byk senarai menu dorang ada... wah macam2 nama makanan ada... teruja la kan nak order... tengok buku menu pulak kemain tebal lawa.... dalam kepala dah terbayang2 makanan tu macam mana sedapnya la kan... hahahahah... order laa... skalik sampai2.. hancur luluh tak hati kalau tengok makanan macam pepatah melayu "hidup segan mati tak mau" gitu laaaa... contoh menu "kuey teow kungfu" apa korang bayang? ada kuey teow (semestinya) yang di goreng dgn telur, kuah yang pekat, ada ayam, sotong, udang, sayur-sayuran, whatsoeva la kan... dan kuah dia mesti ada campur telur betul tak? tapi yang aku dapat? kuey teow ada laa 10 helai, udang kecik 3 ekor, ayam hiris 2-3 ketul, kubis beberapa hiris, karot potong besar jari kelingking aku dua ketul, dan kuah dia... tiada telur.. hanya kuah putih saja... dan rasa? MASAM limau!!!! garam pun tak ada rasa...  Nak NANGIS siot...

ok aku bagi contoh lain plak, "Sup Ekor" yang berharga RM8 semangkuk... apa korang bayang? ekor yang ada 3-4 ketul ye tak? dah tu seketul saiz tebal dan besar... ada laa sayur2.. dan rasa cukup masin, masam or manis... baru la sedap... ni tak... ekor ada 3 ketul tapi di potong ala2 potong kentang plak... dah tu kuah MASAM limau... tak balance rasa... adoi laaa...

aku angin dah.. aku tanya kat budak yang hantar tu..

AKU : "dik.. ni tukang masak baru ke?"
PENGHANTAR : "tak laaa.. tukang masak ada 3 orang... 2 orang balik kampung, tinggal sorang je masak"
AKU : "dia ni pandai masak ke tak?"
PENGHANTAR : "kenapa kak? saya baru kerja kat sini kak.. tak tau"
AKU : "tak pe laa dik"

serius.. tak tau dah nak kata apa... aku nak nangis je masa tu... sedih dgn kedai melayu...

8. Caj Mahal!!!
Kalau nak banding kan kedai mamak dgn kedai melayu, patut laa kedai mamak selalu ramai orang... hairan tak? kenapa mamak kalau bukak kedai... sure penuh!! sebab walaupun mahal... tapi puas hati... contoh macam kat area ofis aku ada mamak... memang bihun goreng dia sebungkus RM4.50 tapi kalau ko makan 2 orang pun boleh kenyang... punyalah banyak portion bihun tu... dgn harga byk tu... puas hati beb... pastu rasa ok laa.. dalam tu macam2 ada.. ni tak... kedai melayu kedekut.. tapi caj kemain mahal... contoh macam aku cerita kat atas tu laa.. sup ekor sampai RM8... tapi letak la 3 ketul ekornya... nasib ko baik.. dapat laa daging byk.. nasik tak baik.. ko makan tulang je laa... kerajaan naik kan harga... ko pun nak naikkan harga... orang meniaga ko pun nak meniaga... dalam meniaga kena ada konsep sedekah jugak.. bukan laa aku kata sedekah sampai ko miskin... tapi jangan la kedekut sgt nak bagi lebih sikit...

contoh macam jual roti canai atau kuih2.. kerajaan kata tepung gandum naik 20sen... dan dan ko jual kuih naik 10 sebiji... jual roti canai naik 10sen... apa kes? hello... tepung naik harga.. ko masih boleh untung ok... tak ada pun ko nak bangkrap kalau ko jual kuih harga lama...

owh ada satu lagi taktik... kuih tak naik harga... tapi kurangkan saiz asal ke saiz yang agak kecil... pandai kan? tu menipu namanya... 1KG tepung tu aku rasa boleh dapat satu loyang kuih... 1 loyang kuih boleh potong berapa byk? byk gak la kan... cuba korang kira.. satu bungkus tepung naik harga beberapa sen... tapi dia jual satu biji kuih naik 10sen... kalau 50 kuih, tak ke dapat untung dah RM5.... padahal satu bungkus tepung tu baru naik 20-30sen.... dasyat kan?

nanti aku sambung lagi....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...