Dec 24, 2010

Sup Ayam Cendawan



Sup Ayam Cendawan

Walaupun masakan ni mudah bagi semua orang, tapi i nak share gak resepi sup ayam ni. Ini version i... sangat mudah dan bagi yang gemar sayur2an.. boleh la cuba resepi ni.

Sup Ayam Cendawan

Bahan-bahannya
1/2 ekor ayam, di buang kulit, dan lemak2nya. Cuci bersih.
2 biji ubi kentang, di belah 8
1 batang karot, di potong baji
1/2 biji bunga kobis (ikut suka byk mana nak)
6 keping cendawan tikus**, di rendam hingga kembang
1/2 inci halia, di tumbuk halus
3 biji bawang merah, di tumbuk halus
2 biji bawang putih, di tumbuk halus
1 sudu besar lada hitam, di tumbuk halus
1 kiub ayam Maggi (tanpa MSG)
sedikit daun sup dan bawang goreng
sedikit garam
Air untuk rebusan
Minyak untuk menumis

Caranya :-
1. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk (bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam) sehingga garing.
2. Masukkan ayam, karot dan kentang. Kacau rata. dan tutup periuk seketika
sehingga ayam, kentang dan karot empuk.  (memang tak ada air)
3. Apabila semua dah empuk, masukkan air (ikut suka byk mana nak sup) dan cendawan tikus yang telah dia potong2 dan bunga kobis. Biarkan mendidih.
4. Masukkan kiub Ayam, garam dan bawang goreng. Kacau sekejab. tutup api.
5. Hidangkan dengan daun sup.

Cendawan Tikus/Hitam
*** ini gambar cendawan tikus (cendawan hitam)

2 comments:

  1. sila bg resipi sup soto mu arituh..

    ReplyDelete
  2. yang tu aku pakai rempah segera je.. rempah soto Mak Siti.. ko cari kat kedai ada... ko nak aku punya pun boleh ada byk lebih.. aku beli paket besar...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...