Dec 22, 2010

Stem Upin & Ipin

Petang kelmarin,13 Disember, buat julung kalinya Pos Malaysia melancarkan setem Upin & Ipin. Semakin hebat Upin Ipin sekarang, sudah semakin popular dah ada setem sendiri. Satu lagi sejarah tercipta.
Pos Malaysia Berhad memperkenalkan koleksi setem dan sampul surat hari pertama yang terbaru bertemakan permainan tradisional masa lapang bersama Upin dan Ipin dan kawan-kawan sempena minggu setem 2010.

Koleksi setem tersebut mengandungi tiga reka bentuk setem selain sampul surat hari pertama, folder, lembaran mini dan kad maksimum yang direka eksklusif oleh Les Copaque.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, usaha Pos Malaysia memasukkan konsep pemuliharaan seni dan budaya dalam setem yang dikeluarkan wajar dipuji kerana ia berjaya menerapkan aspirasi 1Malaysia.

Comel tau stem tu... aku memang masih menggunakan perkhidmatan pos malaysia. Jadi semalam aku pergi beli stem. Stem upin ipin ni adalah terhad, dan yang bestnya stem ni adalah sticker. so tak payah dah nak guna gam bagai.. buat melekit tangan je... gambar pada stem tu berkilat2.. lagi la comel...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...