Dec 13, 2010

Spaghetti Meatball

Nak share resepi Spaghetti Meatball, ini i buat masa birthday zik minggu lepas. Sangat mudah dan cepat. serta sedap. cewah... puji sendiri la kan...siapa lagi!!




Spaghetti Meatball

Bahan-bahannya

1 bungkus Spaghetti
1 tin S&W Ready-cut Tomatoes (tengok gambar di bawah)
1 tin tomato puree (i guna Ayam Brand)
1 bungkus meatball ( i guna Tesco punya)
1 bungkus daging kisar ( i guna Ramly)
1 tin cendawan butang (i guna ayam brand)
1 paket sosej ~ potong bulat (ikut suka nak ada mushroom ke, black paper ke etc)
1 biji cili benggala ~ potong dadu (capsicum ikut suka gak warna apa nak)
2 biji carrot ~ potong dadu
2 sudu oregano (i guna brand McCormick)
~~terpulang nak letak oregano boleh, mixed herbs boleh
2 biji bawang putih ~ di cincang halus
2 biji bawang besar ~ di potong dadu
Minyak untuk menumis
sedikit garam
sedikit gula

Caranya :-

1. Rebus spaggheti ikut cara2nya di belakang paket.
2. Cuci daging kisar dan meatball, kemudian tos kan, dan goreng dahulu sehingga  
    garing, angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu
4. masukkan tomato puree dan tomato ready cut tu, tambah kan sedikit air
5. masukkan carrot dan masak sehingga karot empuk
6. masukkan sosej, capsicum, serbuk oregano dan cendawan butang. tambah air jika 
    pekat sgt
7. masukkan meatball dan daging kisar yang telah digoreng awal2 tadi.
8. rasakan dengan garam dan gula.
9. Siap untuk di hidangkan.


S&W Ready-cut tomatoes

4 comments:

  1. wahhh itu spagetti mcm yg abg haziq selalu buat lah....

    ReplyDelete
  2. dah makan tetap lapar jugak tengok menu ini

    ReplyDelete
  3. wina... fiona ke ni? abg haziq tu siapa? selalu lelaki ni terer masak ek...

    ReplyDelete
  4. CJ... akak tak bersalah hehehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...