Dec 26, 2010

500 Blog


Walaupun tak pernah reply di blog Ben Ashaari, hanya sekadar jenguk2 dan baca2... kali ni i nak join "500 Blog" yang di buat oleh BA. Hanya dibuka selama 24 jam saja. Untuk maklumat lanjut boleh klik di nama di link atas.

Sedikit tentang saya!
Seorang wanita berusia 34 tahun, mempunyai seorang suami dan seorang anak lelaki yang sudah berusia 3 tahun. Menetap di Puncak Jalil dan bekerja di sebuah syarikat insurance yang tema warnanya "Merah Putih"... hehehe teka la sendiri...

Apa tujuan saya berblog?
Yang pertama sekali ingin mencatat apa saja kejadian, pengalaman, yang di lalui seharian untuk tatapan anak saya suatu hari nanti. Bila dia besar nanti dapat lah dia baca apa yang berlaku dalam hidup Ayah dan Ibunya. Yang kedua sekadar berkongsi luahan rasa bersama teman2 yang sudi membacanya.



Dec 24, 2010

Sup Ayam Cendawan



Sup Ayam Cendawan

Walaupun masakan ni mudah bagi semua orang, tapi i nak share gak resepi sup ayam ni. Ini version i... sangat mudah dan bagi yang gemar sayur2an.. boleh la cuba resepi ni.

Sup Ayam Cendawan

Bahan-bahannya
1/2 ekor ayam, di buang kulit, dan lemak2nya. Cuci bersih.
2 biji ubi kentang, di belah 8
1 batang karot, di potong baji
1/2 biji bunga kobis (ikut suka byk mana nak)
6 keping cendawan tikus**, di rendam hingga kembang
1/2 inci halia, di tumbuk halus
3 biji bawang merah, di tumbuk halus
2 biji bawang putih, di tumbuk halus
1 sudu besar lada hitam, di tumbuk halus
1 kiub ayam Maggi (tanpa MSG)
sedikit daun sup dan bawang goreng
sedikit garam
Air untuk rebusan
Minyak untuk menumis

Caranya :-
1. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk (bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam) sehingga garing.
2. Masukkan ayam, karot dan kentang. Kacau rata. dan tutup periuk seketika
sehingga ayam, kentang dan karot empuk.  (memang tak ada air)
3. Apabila semua dah empuk, masukkan air (ikut suka byk mana nak sup) dan cendawan tikus yang telah dia potong2 dan bunga kobis. Biarkan mendidih.
4. Masukkan kiub Ayam, garam dan bawang goreng. Kacau sekejab. tutup api.
5. Hidangkan dengan daun sup.

Cendawan Tikus/Hitam
*** ini gambar cendawan tikus (cendawan hitam)

Dec 22, 2010

Stem Upin & Ipin

Petang kelmarin,13 Disember, buat julung kalinya Pos Malaysia melancarkan setem Upin & Ipin. Semakin hebat Upin Ipin sekarang, sudah semakin popular dah ada setem sendiri. Satu lagi sejarah tercipta.
Pos Malaysia Berhad memperkenalkan koleksi setem dan sampul surat hari pertama yang terbaru bertemakan permainan tradisional masa lapang bersama Upin dan Ipin dan kawan-kawan sempena minggu setem 2010.

Koleksi setem tersebut mengandungi tiga reka bentuk setem selain sampul surat hari pertama, folder, lembaran mini dan kad maksimum yang direka eksklusif oleh Les Copaque.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, usaha Pos Malaysia memasukkan konsep pemuliharaan seni dan budaya dalam setem yang dikeluarkan wajar dipuji kerana ia berjaya menerapkan aspirasi 1Malaysia.

Comel tau stem tu... aku memang masih menggunakan perkhidmatan pos malaysia. Jadi semalam aku pergi beli stem. Stem upin ipin ni adalah terhad, dan yang bestnya stem ni adalah sticker. so tak payah dah nak guna gam bagai.. buat melekit tangan je... gambar pada stem tu berkilat2.. lagi la comel...

Dec 20, 2010

Kereta rosak?

Semalam hari Ahad... (ye semua orang tau la kan hari Ahad hehehe). Pagi2 aku dah pergi pasar borong pi beli barang basah... dah memang tau pun bateri kereta nak kong. Bila nak hidupkan enjin dah macam putus2 je bunyiknya... dah pesan kat ayah zik, tapi tak tukar2 lagi...

So pagi semalam dah berdetik hati "ni kalau kat pasar tak boleh start enjin ni, macam mana aku nak buat ek?". Sepanjang jalan nak ke pasar tu aku duk fikir2 lah kan.. tapi sudahnya tak dapat gak penyelesaiannya... dah siap2 beli barang.. sekali nak balik.. start2 kereta... nan ado... huwaaaaaaa bateri abih dah... camner aku nak balik ni? dah lah sorang2 pergi pasar.

Call ayah zik... tak berjawab.. asik voice mail je... credit ada RM2 je.. nyawa2 ikan dah ni... duk mencangkung jab.. pikir apa nak buat ek? ambik keputusan menapak gi Petronas beli prepaid. jauh gak menapak. 200 meter ada tak? dah lah renyai2. redah gak la... tengah jalan2 nak ke Petronas, Ayah Zik call. cerita punya cerita. ayah zik kata balik naik teksi... humang oi... mana i nak hangkut troley ikan2 i tu? pi ke tepi jalan cari teksi?

pikir punya pikir, teringat kat kawan IG. Plug2pin nick dia... i sms tanya dia ada kat rumah tak. ye lah mana lah tau kot2 dia gi bercuti ke apa kan.. tunggu2 tak reply2.. ok lah fikir lain plak.. try nak sms SweetBee.. tapi tak sempat nak text SB.. Plug reply msg i.. dia kata ada kat rumah... yes!!! tq plug!!!

Plug datang bawak jumper, i mana reti nak guna jumper... Plug pun tak sure... skalik mintak tolong sorang uncle india.. ok la dia tolong... tak mo gak hidup... yang i tak suka tu.. time ni laa ramai yang nak kerumun tengok... padahal tadi awal2 sekor pun tak ada kat area situ... yang ada aku tanya.... tah apa2 jawapannya... i tanya "workshop" pun dia tak tau apa tu workshop... i tanya jumper.. dia kata tak ada... ada ke patut suruh beli jumper... duit aku dah la tinggal RM20 je masa tu...

dah tu pulak... elok2 tengah nak "jump" kereta tu... pandai lak mamat yang i tanya mula2 tu datang bawak jumper... padahal tadi dia ckp dia suruh i beli... la ni elok plak datang bawak jumper konon dia kata jumper yang Plug ada tu murah punya so tak jalan laa...

apa ko ingat murah2 tu bukan duit ek? ko punya je la mahal? tapi nasib baik boleh dah start kereta i... terima kasih la kat mamat tu hehehehehe... dan terima kasih kat Plug2pin a.k.a Mimi... nasib ada kawan dekat2... Plug... aku hutang ko satu budi baik... (^__^)

Balik je rumah i tak off dah enjin tu terus suruh ayah zik pi tukar bateri.. segera laa ayahnya pergi.. selesai sudah... moral of the story??? byk sgt...

1. Sila pastikan yang guna prepaid ni ada cukup credit jika berlaku kecemasan
2. Sila bawak duit lebih... toksah la bawak cukup2 je macam i ni haaa... memang bawak tuk belanja pasar je.. IC pun i tak bawak... hehehehe lesen lagi laa sebab i lesen agong....
3. Sila tukar bateri kereta kalau dah tau kereta tu dah nak kong... nasiblah rosak kat pasar.. kalau tengah jalan how? mau nangis!!!


Dec 15, 2010

Welcome ~ Ninie Kartini~


Salam Perkenalan untuk 
Ninie Kartini 

Hai... selamat datang ke blog i... terima kasih kerana sudi menjenguk dan menjadi follower di blog zikreinz... jangan marah ya i letak gambar u... sekadar nak berkenalan... 
hehehehe

Dec 14, 2010

Nokia C6-01

Handphone baru hadiah dari Ayah Zik sempena Birthday dan Anniversary yang baru lepas... Terima kasih Ayah Zik... (^__^)


Nokia C6-01

The Nokia C6-01 has a 8 megapixels camera not 5 megapixels and a 3.2-inch 360 × 640 pixel touchscreen display with a slide-out QWERTY keyboard design, and support for 3.5mm headphones jack, FM radio, multimedia player, WCDMA / HSDPA network, WLAN (802.11b / g), Ovi Music, Ovi Share and run the Symbian9.4 system with S60 V5.0 platform. The Nokia C6-01 cell phone also has a 434MHz processor, 128MB RAM and 512MB ROM.

GPS is included, and the Nokia C6-01 also supports Ovi Maps Navigation. Other software includes social networking and webmail support, plus a web browser and a wide range of applications that can be downloaded.
The C6-01 has a microSD slot with a 2GB card included in the standard sales package, it also supports Bluetooth 3.0 and USB 2.0 connectivity. A stereo wired headset is included in the box.

The 1050 mAh battery is quoted as giving up to 4.5 hours talktime on 3G and 15.5 days standby time. The Nokia C6-01 weighs 131 grams and measures 104 x 53 x 14mm. It's quite a bit smaller, thinner and lighter than the original C6, and one easy way to tell the handsets apart is that the C6-01 and C6 have a slightly different button arrangement on the front.
This looks like a very capable touchscreen phone, and the improved Symbian^3 operating system and relatively high resolution display should make it an attractive proposition.

Dec 13, 2010

Spaghetti Meatball

Nak share resepi Spaghetti Meatball, ini i buat masa birthday zik minggu lepas. Sangat mudah dan cepat. serta sedap. cewah... puji sendiri la kan...siapa lagi!!




Spaghetti Meatball

Bahan-bahannya

1 bungkus Spaghetti
1 tin S&W Ready-cut Tomatoes (tengok gambar di bawah)
1 tin tomato puree (i guna Ayam Brand)
1 bungkus meatball ( i guna Tesco punya)
1 bungkus daging kisar ( i guna Ramly)
1 tin cendawan butang (i guna ayam brand)
1 paket sosej ~ potong bulat (ikut suka nak ada mushroom ke, black paper ke etc)
1 biji cili benggala ~ potong dadu (capsicum ikut suka gak warna apa nak)
2 biji carrot ~ potong dadu
2 sudu oregano (i guna brand McCormick)
~~terpulang nak letak oregano boleh, mixed herbs boleh
2 biji bawang putih ~ di cincang halus
2 biji bawang besar ~ di potong dadu
Minyak untuk menumis
sedikit garam
sedikit gula

Caranya :-

1. Rebus spaggheti ikut cara2nya di belakang paket.
2. Cuci daging kisar dan meatball, kemudian tos kan, dan goreng dahulu sehingga  
    garing, angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu
4. masukkan tomato puree dan tomato ready cut tu, tambah kan sedikit air
5. masukkan carrot dan masak sehingga karot empuk
6. masukkan sosej, capsicum, serbuk oregano dan cendawan butang. tambah air jika 
    pekat sgt
7. masukkan meatball dan daging kisar yang telah digoreng awal2 tadi.
8. rasakan dengan garam dan gula.
9. Siap untuk di hidangkan.


S&W Ready-cut tomatoes

Dec 9, 2010

Puding Roti Yogurt Blueberry

Seperti yang di janjikan.. kenalah tunaikan ye tak? dah lah ambil resepi kat blog orang, kena lah share... dan letak link blog yang kita ambil resepi tu... hari tu masa nak buat birthday zikrey.. i cari-cari resepi kat blog abg Mat Gebu.. so terjumpa la satu resepi yang sangat mudah dan cepat untuk di buat... Yogurt Bread Pudding... tapi i tukar tajuk ke bahasa melayu la ya... Puding roti yogurt... sedap!!! so kalau nak tengok resepi asal.. boleh ke blog abg Mat Gebu...

Puding Roti Yogurt Blueberry
dan gambar yang kat atas tu i yang buat... i ni bab2 potong kuih memang fail.. susun pun fail... tapi tu tak penting... yang penting sedap.. hahahaha... puji sendiri la kan...

Bahan-bahannya 
(ikut yang i guna la ya)

1 buku roti gardenia
280g Yogurt Blueberry (i guna Nestle punya)
4 biji telur grade A
3 sudu gula (ikut abg mat dia guna 2 sudu, i rasa tawar)
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan kismis
Butter 

Caranya :-
1. Sapu roti dengan butter kemudian di potong tepinya dan roti di potong 4.
2. Sapu loyang pembakar dengan butter.
3. Susun roti dan tabur kan kismis. buat 2 lapisan atau tiga. ikut berapa byk roti.
4. Dalam bekas lain, satu kan telur, esen vanilla, gula dan yogurt dan pukul dengan whisk sehingga sebati.
5. Tuang kan kedalam loyang yang disusun dengan roti tadi.
6. Bakar dengan cara "bain marie" (letakkan loyang kedalam bekas yang berisi air panas) dalam oven yang dipanaskan dengan suhu 160 darjah celcius (i guna oven kecil so kena guna api perlahan)

Dec 8, 2010

Birthday party untuk Zik

Saja feeling2 nak bagi zik potong kek... sempena cuti Maal Hijrah ni, i buat birthday party untuk zik... nampak gaya kali ni, Zik spoting la mau potong kek dan nyanyi2 lagi. bagus anak ibu... tak buat besar pun party nya.. hanya keluarga terdekat dan kawan terdekat. tak larat nak buat besar2... sapa nak masak? akakkkkkkk jugak... kali ni i masak spagheti dgn puding roti je... yang lain semua segera... beli saja..
alhamdulillah.. majlis berjalan lancar... walaupun penat... tapi best...


Birthday cake from Secret Recipe ~ Chocolate Indulgence


Senyum sambil nyanyi lagu birthday... saya dah 3 tahun

see... spoting kan potong kek.. tak nangis pun... suka lagi ada la....
siap nak jilat pemotong tu

Birthday boy makan kek...

Kalau lembik2 ni dia kureng... so lihat la mukanya

Hidangan lain yang ada... i buat Spaghetti meatball, puding roti burrbery (ambil dari blog abg mat gebu, nanti i letak link resepi tu dekat next entry), beli pizza, beli ayam panggang, ada kawan ofis i bawakkan satay.. tu je laa... tu pun dah penat rasa.. tapi enjoy...

terima kasih pada sweetbee, adik ipar, kakak ku, ibu ku, dan nor & nurul satu family.

Dec 1, 2010

Selamat Hari Lahir Zikrey!!

Kenangan yang terindah saat melahirkan Zikrey pada 1 Dec 2007 jam 1.52 pagi di Hospital Kajang Plaza Medical Centre. Kesakitan saat melahirkan masih lagi terasa dan tersemat rapi dalam ingatan Ibu... Hari ini untuk kali ketiga, Zikrey menyambut ulangtahun kelahirannya. Ibu harap anak ibu menjadi seorang anak yang taat kepada Allah SWT. anak yang bijak dan anak yang menghormati orang tuanya. Insyaallah. Ameen !!!

Ketika dilahirkan 1st Dec 2007 @ KPMC Kajang

Zikrey's 1st Birthday


Zikrey's 2nd Birthday
 
HAPPY BIRTHDAY ZIKREY ZUFAIRY!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...