Nov 30, 2010

Tempe Goreng Petai

Tempe Goreng Petai
Kadang2 dah tak tau nak masak apa... so semalam rasa cam nak masak simple2 je.. jadi i masak tempe goreng di campur dengan petai dan ikan bilis. best makan dengan nasi panas. untuk resepi sila lihat di bawah ya... selamat mencuba!

Bahan-bahannya

1 bungkus tempe (bungkus daun)
1 papan petai (dia belah belah 4)
1 mangkuk kecil ikan bilis (di goreng garing)
5 biji cili api
1 biji cili merah (di potong serong)
2 biji bawang merah (ditumbuk halus)
1/2 biji bawang besar (di belah dua dan di potong kasar)
1 sudu besar cili boh
2 sudu besar kicap manis
sedikit garam
sedikit minyak

Caranya :-

Panaskan minyak, tumis bawang merah sehingga garing
Masukkan cili boh, kacau sekejab
Masukkan bawang besar, cili api, cili merah dan kacau...
Kemudian masukkan tempe, petai dan ikan bilis. Kacau rata.
Masukkan kicap dan kacau lagi. akhir sekali masukkan garam
Siap!!!


2 comments:

  1. wah!! sedapnye! da siap print, nanti bole coba!

    ReplyDelete
  2. sila.. nanti letak kat blog ina tau... heheheh (^_^)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...