Nov 18, 2010

Raya Haji yang penat...

Disebabkan Raya Haji jatuh pada hari Rabu (17 Nov 2010), maka hari Selasa tu aku cuti dari kerja sebab nak masak macam2 ni... dari pagi tu dah bz kat dapur... konon la kan nak masak rendang, dalca, kek, kuah kacang.. rebus pulak nasi impit.. wah macam nak kenduri pulak bunyi nya...

Masak sampai ke malam, esok pagi2 nak kena bangun nak balik Kajang, aku angkut je semua lauk2 aku masak. Dengan periuk2 aku bawak... tengok la apa aku masak...

Kari Dalca Daging, Kuah Kacang, Rendang Tok Daging

Kasi zoom sikit rendang daging tu...

Resepi Rendang Tok Daging



Bahan2...

1 kilo daging cincang (saya suka guna daging cincang)
direbus 3 jam menggunakan slow cooker
6 sudu besar cili boh
8 biji bawang merah dikisar
4 biji bawang putih dikisar
3 cm halia dikisar
2 cm lengkuas dikisar
4 batang serai dikisar
3 sudu besar jintan putih di goreng tanpa minyak dan di tumbuk halus
2 sudu besar jintan manis buat sama seperti di atas
2 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 keping gula melaka
4 sudu besar kerisik
santan dari sebiji kelapa 
sedikit garam
minyak


caranya...

tumis bahan2 kisar sehingga naik bau...
masukkan bunga lawang dan kayu manis
masukkan santan dan biarkan didih seketika..
masukkan daging dan kacau2... sehingga masak
masukkan jintan manis dan putih
kacau lagi sehingga semua dah sebati...
masukkan gula, garam.. adjust rasa... akhir sekali masukkan kerisik
dan kering kan ikut suka..

Kek Coklat
Bahan-bahanya :-

250gm butter (3/4 untuk kek dan 1/4 untuk icing)
1 3/4 gula kastor
3 biji telur Grade A or 4 biji telur kalau Grade C
1 sudu teh vanilla esen
sedikit garam
1 1/3 cawan susu segar (susu coklat pun boleh)
2 cawan tepung naik sendiri MFM
3/4 cawan serbuk koko

Pukul gula kastor dgn butter sampai kembang, kemudian masuk kan telur sebiji sebiji,
pukul sampai kembang lagi.. kemudian masuk esen vanilla, garam dan susu segar
kacau rata...
ayak tepung MFM, serbuk koko dgn baking powder, siap ayak.. masukkan dalam bahan2 yang sudah di pukul awal tadi sedikit demi sedikit sampai habis...
sapu loyang dengan butter, dan taburkan sikit tepung...tuang adunan dan bakar dgn suhu 180 darjah celcius
dengan menggunakan api bawah selama 50 minit atau sampai kek sejuk

peringatan... kalau pakai oven kecik.. sila kurangkan ketinggian suhu mungkin boleh letak 150 darjah kot... agak2 laaa

untuk buat topping coklat

1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
3/4 cawan koko
1/4 butter
kacau susu cair dgn koko sampai sebati agar tak bergentel
kemudian masukkan semua bahan lain kacau tanpa henti di atas api yang kecil
sampai adunan menjadi pekat macam dodol
bila kek dah sejuk baru tuangkan coklat tu


Lepak-lepak kat Kajang sampai petang. Lepas tu balik rumah dah rasa penat sangat... tapi malam tu aku masak lagi rendang ayam. Kononnya ada Agent Cina kat ofis ni nak sangat rendang. Dia tak makan daging. So i masak rendang ayam... siap nasi impit nya... alih2 kat ofis hari ni... dia tak datang plak... penat je aku masak... lain kali jangan la hint2... dari raya puasa lagi dia dah hint2... so ni last la aku masak...

Rendang Ayam








4 comments:

  1. wahhhhhhhh...semua sadapppp...

    aduiiii...lapar terus ooo...

    ReplyDelete
  2. kau di sabah masak apa bha???
    selamat hari raya cello :)

    ReplyDelete
  3. di sabah teda masak yang sadap mcm tu...biasa ja...gulai ayam, ayam goreng, ikan masak sambal, sup tulang ngan veggies...

    anyway...Happy Birthday Kak Pia...semoga dilindungi Allah s.w.t dan dilimpahi rezeki...nggeeee

    ReplyDelete
  4. ye Cello... terima kasih... ameen!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...