Nov 30, 2010

Tempe Goreng Petai

Tempe Goreng Petai
Kadang2 dah tak tau nak masak apa... so semalam rasa cam nak masak simple2 je.. jadi i masak tempe goreng di campur dengan petai dan ikan bilis. best makan dengan nasi panas. untuk resepi sila lihat di bawah ya... selamat mencuba!

Bahan-bahannya

1 bungkus tempe (bungkus daun)
1 papan petai (dia belah belah 4)
1 mangkuk kecil ikan bilis (di goreng garing)
5 biji cili api
1 biji cili merah (di potong serong)
2 biji bawang merah (ditumbuk halus)
1/2 biji bawang besar (di belah dua dan di potong kasar)
1 sudu besar cili boh
2 sudu besar kicap manis
sedikit garam
sedikit minyak

Caranya :-

Panaskan minyak, tumis bawang merah sehingga garing
Masukkan cili boh, kacau sekejab
Masukkan bawang besar, cili api, cili merah dan kacau...
Kemudian masukkan tempe, petai dan ikan bilis. Kacau rata.
Masukkan kicap dan kacau lagi. akhir sekali masukkan garam
Siap!!!


Nov 24, 2010

Aishah - Kenangan Terindah... Al-Fatihah

Tadi aku jalan2 ke blog Mat Gebu... tengok resepi... sekali Mat Gebu ada bagitau yang salah seorang blogger, Aishah nama dia meninggal dunia... aku tak kenal pun dengan arwah ni... apatah lagi baca kat blog dia tak pernah... tapi sebab dah terbaca kat blog Blog Mat Gebu tadi, aku pun masuk lah ke blog Aishah... aku nak juga tau siapa arwah ni... dan kenapa dia meninggal dunia... rupanya arwah ni ada 6 cahaya mata... dan yang menakjubkan 3 kembar... sangat comel anak2 arwah... sedih sejenak aku tengok gambar anak2 arwah... kali terakhir entry dia adalah pada 21 Nov 2010, dan kali terakhir arwah komen di entry dia adalah pada 22 Nov 2010 jam 12.40AM... seperti di bawah ini...

aishah said...


kpd semua..salam kenal..thanks sudi singgah..jgn berkecil hati ya klu saya x follow lg ya..bkn apa internet slowla..nk klik ke satu blog ke blog lain bkn main slownya..


so jgn kecik hati ya..bkn sombong...tp mmg internet slow sgt..bla dh ok saya singgah ya..tq


November 22, 2010 12:40 AM

dan aku di fahamkan arwah meninggal dunia pada 22 Nov 2010 selepas terjatuh di bilik air... begitulah kuasa Allah tidak seorang pun tahu dengan Qadaq dan QadarNYA... Mungkin dikala ini kita sihat walafiat berforum, berchatting, berbloging, dan macam2 lagi... tapi kita tidak tahu entah bila ajal kita... mungkin kejab lagi? esok? lusa? sebulan lagi? tahun depan? Hanya DIA yang Maha Mengetahui....

Al Fatihah untuk arwah Aishah, semoga rohnya di tempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman... dan dicucuri rahmat mu YA ALLAH...

Nov 20, 2010

20.11.2010/34

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.. aku masih diberikan Allah SWT nafas dan nyawa untuk meneruskan kehidupan di dunia ini... selama 34 tahun ni... banyak pengalaman yang dilalui... suka, duka, sentiasa ada... dan harapan aku untuk hari2 mendatang... agar aku diberikan kekuatan dengan segala ujian Allah SWT, di berikan perlindungan aku sekeluarga, di kurniakan anak yang sihat dan bijak, di panjangkan jodoh dan umur... dan aku berazam untuk mempertingkatkan lagi ilmu agama yang telah banyak aku ketinggalan.... semoga Allah mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat... insyaallah...

kepada kawan2 aku kat Facebook (FB) tahun ni adalah tahun yang paling banyak aku dapat ucapan selamat hari lahir berserta doa2 dari sahabat2... terharu sangat... Terima kasih banyak-banyak...

aku sebenarnya segan terima2 ucapan hari jadi ni... tahun2 sudah aku sengaja tukar tarikh lahir aku supaya tak ada yang wish.. heheheh teruk kan? serius.. aku segan laa... dah tua... cam budak2 lak rasanya..... hehehe...

HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF

Nov 18, 2010

Raya Haji yang penat...

Disebabkan Raya Haji jatuh pada hari Rabu (17 Nov 2010), maka hari Selasa tu aku cuti dari kerja sebab nak masak macam2 ni... dari pagi tu dah bz kat dapur... konon la kan nak masak rendang, dalca, kek, kuah kacang.. rebus pulak nasi impit.. wah macam nak kenduri pulak bunyi nya...

Masak sampai ke malam, esok pagi2 nak kena bangun nak balik Kajang, aku angkut je semua lauk2 aku masak. Dengan periuk2 aku bawak... tengok la apa aku masak...

Kari Dalca Daging, Kuah Kacang, Rendang Tok Daging

Kasi zoom sikit rendang daging tu...

Resepi Rendang Tok Daging



Bahan2...

1 kilo daging cincang (saya suka guna daging cincang)
direbus 3 jam menggunakan slow cooker
6 sudu besar cili boh
8 biji bawang merah dikisar
4 biji bawang putih dikisar
3 cm halia dikisar
2 cm lengkuas dikisar
4 batang serai dikisar
3 sudu besar jintan putih di goreng tanpa minyak dan di tumbuk halus
2 sudu besar jintan manis buat sama seperti di atas
2 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 keping gula melaka
4 sudu besar kerisik
santan dari sebiji kelapa 
sedikit garam
minyak


caranya...

tumis bahan2 kisar sehingga naik bau...
masukkan bunga lawang dan kayu manis
masukkan santan dan biarkan didih seketika..
masukkan daging dan kacau2... sehingga masak
masukkan jintan manis dan putih
kacau lagi sehingga semua dah sebati...
masukkan gula, garam.. adjust rasa... akhir sekali masukkan kerisik
dan kering kan ikut suka..

Kek Coklat
Bahan-bahanya :-

250gm butter (3/4 untuk kek dan 1/4 untuk icing)
1 3/4 gula kastor
3 biji telur Grade A or 4 biji telur kalau Grade C
1 sudu teh vanilla esen
sedikit garam
1 1/3 cawan susu segar (susu coklat pun boleh)
2 cawan tepung naik sendiri MFM
3/4 cawan serbuk koko

Pukul gula kastor dgn butter sampai kembang, kemudian masuk kan telur sebiji sebiji,
pukul sampai kembang lagi.. kemudian masuk esen vanilla, garam dan susu segar
kacau rata...
ayak tepung MFM, serbuk koko dgn baking powder, siap ayak.. masukkan dalam bahan2 yang sudah di pukul awal tadi sedikit demi sedikit sampai habis...
sapu loyang dengan butter, dan taburkan sikit tepung...tuang adunan dan bakar dgn suhu 180 darjah celcius
dengan menggunakan api bawah selama 50 minit atau sampai kek sejuk

peringatan... kalau pakai oven kecik.. sila kurangkan ketinggian suhu mungkin boleh letak 150 darjah kot... agak2 laaa

untuk buat topping coklat

1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
3/4 cawan koko
1/4 butter
kacau susu cair dgn koko sampai sebati agar tak bergentel
kemudian masukkan semua bahan lain kacau tanpa henti di atas api yang kecil
sampai adunan menjadi pekat macam dodol
bila kek dah sejuk baru tuangkan coklat tu


Lepak-lepak kat Kajang sampai petang. Lepas tu balik rumah dah rasa penat sangat... tapi malam tu aku masak lagi rendang ayam. Kononnya ada Agent Cina kat ofis ni nak sangat rendang. Dia tak makan daging. So i masak rendang ayam... siap nasi impit nya... alih2 kat ofis hari ni... dia tak datang plak... penat je aku masak... lain kali jangan la hint2... dari raya puasa lagi dia dah hint2... so ni last la aku masak...

Rendang Ayam








Nov 12, 2010

buku terkini....

ini adalah buku yang sedang i baca...

Siti Aisyah r.a Isteri Kesayangan Nabi Muhammad S.A.W.
Author : Sayyid Sulaiman An-Nadwi
Format : Paperback
Publisher : Pustaka Ilmi
Publish Date : 31-JUL-2009
Harga : RM25

Menarik buku ini... bila baca.. terasa kita macam berada di zaman nabi dulu... dan yang paling best.. kisah2 nabi dan para isterinya... boleh dijadikan tauladan untuk para wanita zaman sekarang.




Kehidupan Aisyah r.a. adalah sebuah contoh sejarah bagi peranan kaum perempuan dilembah keilmuan. Bahkan kecerdasan dan perilaku sangat patut di akui oleh sejarah. Kecerdasan dan kepiawaian yang beliau miliki masih terlalu tangguh bila dibandingkan dengan para tokoh yang lain.
 
Kemunculan buku ini merupakan sebuah kurnia yang tidak terhingga. Selain sarat dengan sajian keilmuan-nya, buku ini juga banyak mengajak kita untuk selalu berbudi pekerti mulia, tentunya melalu kemulian akhlak Aisyah r.a. Layak bagi perempuan masa kini untuk menyelusuri dan menjadikan Aisyah sebagai contoh kehidupan bagi mereka.

Nov 11, 2010

MummyKD-1st Giveaway


Jom join GA (giveaway) di blog MummyKd... suka nak memeriahkan lagi blog kawan-kawan... banner dia pun cantik... hadiah pun cantik...nak tau apa hadiahnya... kena lah log-in blog MummyKD @ MummyKD-1st Giveaway
jangan lupa jadi follower MummyKD ok...

Nov 2, 2010

Basikal

ini basikal baru kiki... (dia bahasakan nama dia kiki)... mula2 kiki tak pandai kayuh... kaki tangan berpeluh... sama macam pibu kita.. kaki tangan mesti berpeluh... hahahahah...

lepas tu ayah ajar kiki kayuh basikal.. petang2 ayah bawak kiki kayuh kat depan rumah... sampai pak guard naik motor pun kiki nak kejar dengan basikal ni... sekarang kiki dah pandai kayuh... hehehe... tak ada pulak gambar dia atas basikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...