Oct 27, 2010

Siapa kata...?

Siapa kata berfacebook (FB) tak bagus? siapa kata berFB tak boleh dapat duit? aku bukan lah nak cerita pasal "Log in Facebook dapat duit" no.. no.. no.. benda tu aku tak join... hehehehe ni aku nak cerita pasal aku menang RM200 sebab berfacebook...

Masa tu bulan puasa... aku ni kalau tengok member2 FB tu join apa2 aku pun sibuk la nak klik gak... orang nak "LIKE" aku pun nak like jugak.. kiranya tak nak ketinggalan lah selain nak menyepahkan lagi wall FB aku tu....

tah macam mana ada satu contest aku nampak kawan FB aku join.. aku pun apa lagi.. klik weh klik... owh contest "MyEG Syoknya Raya"... tak tau pulak MyEG ni reti buat contest ek.... aku ingat kan tempat nak check saman dengan bayar saman je... hahahah naif tak? MyEG ni join dengan hot.fm untuk contest ni... jadi kalau siapa masuk kat website hotfm memang ada la contest ni.. boleh klik kat situ...

pastu aku pun tengok... ohhh dia suruh hantar gambar syoknya raya... eh masa tu bulan puasa... raya pun belum... mana ada gambar raya lagi... aku pun cari la kat laptop... ada gambar raya tahun lepas kat Sabah... apalagi... isi form hantar...


Tengok dah banyak dah gambar2 diorang hantar.... macam2 gaya... meriah seh... aku tak tau nak pilih gambar mana... tapi nak cari gambar yang nampak meriah la raya... pilih punya pilih... aku hantar la gambar ni.... masa ni arwah bapak mertua aku masih ada lagi.... (alFatihah)

Oct 24, 2010

Menara 100 tingkat?

Selepas bajet 2011 di umumkan, Perdana Menteri kita, Datuk Sri Najib mengumumkan yang kerajaan akan membina Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat pada tahun hadapan.... wow tingginya kan? pembinaan yang bernilai 5 bilion oleh PNB (Permodalan Nasional Berhad).
tapi aku bukan nak cerita pasal Menara tu... tapi aku nak cerita zikrey pun ada menara... dah siap bina pun... tinggi tau... korang ada? hehehehe
nak tengok... baca lagi.....

Oct 21, 2010

Mencuba buat Kuah Dhal

pertama kali cuba buat kuah dhal... jadik.. dan puas hati...




Resepi :-

Oct 13, 2010

Mee Hailam

Mee Hailam... juadah berbuka semalam... yummy

Bahan-bahannya :-
Mee kuning, sawi, kubis, bunga kubis, karot, tomato, isi ayam, sotong, udang, bawang putih, kicap pekat, lada hitam, sos tomato, garam, telur (jika suka)
Caranya :-
bawang putih di ketuk dan di tumis. masukkan ayam dan air. biarkan mendidih. masukkan kicap pekat, lada hitam dan sos tomato. perasa kan dengan garam. masukkan sotong dan udang.. biarkan seketika, pecahkan telur, masukkan sayur-sayuran dan mee. kacau sekejab. akhir sekali masukkan tomato dan tutup api. boleh dihidangkan dengan bawang goreng dan daun sup.

Oct 5, 2010

Soto

Hari sabtu lepas ada kawan ofis nak beraya kat rumah... tak lah ramai.. ada yang tak jadi datang pun ya... jadi aku masak Soto untuk kasik kawan2 makan... dan ini hasilnya...
sangat penat sebenarnya... tapi puas hati la dapat jamu kawan2 walaupun tak seberapa sedap masakan nya... hehehe

Dalam ni ada bergedil, rendang sotong, kuah kacang, nasi impit, isi ayam


Mee dan taugeh...

Sup Soto... hat ni pakai rempah soto Mak Siti je

Yang ni bahan2 untuk makan soto... daun sup, limau, cili, tauhu dan bawang goreng

Meatball buat tambahan makan dgn sup


Terima kasih lah pada kawan2 yang sudi datang.. byk makanan lebih.. nasib baik ada yang nak menapau bawak balik... hehehe
dan semalam nya dapat lak lagi Soto dari Mak Tok (pengasuh zikrey)... alhamdulillah.. rezeki Allah nak bagi...














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...