Jun 8, 2010

Alergik

Sabtu lepas... officemate i buat birthday party anak dia.... so aku pergi laa kan... sampai awal kat sana... lepak2 sambil tunggu orang lain datang... majlis pun belum mula lagi, anak aku makan laa papadom kat situ... bukan dia ni tak biasa makan papadom cuma yang dia biasa makan yang bulat besar tu je... tapi hari tu masa kat birthday party tu dihidangkan papadom yang jenis empat segi tu.... tu je la dia makan.... dalam 15-20 minit lepas tu tiba2 bibir bawah dia bengkak.. menggelembung macam ada air... risau la kan tengok camtu.. dia pulak dah merengek2... itu tak kena.. ini tak kena... nak tak nak... aku terpaksa laa beransur dulu nak bawak dia pergi klinik... menangis2 dia kat bahu aku... aku tak tau sama ada dia sakit or dia rasa gatal... dia asik gigit2 tudung aku.. sambil kesat2 kat bibir dia....

terus la kitorang pergi cari klinik berdekatan.... doc pun tak dapat nak tengok bengkak dia... sebab dia dah meraung2... pastu siap kemam bibir tu... lepas je jumpa doc... dalam kereta bagi dia minum susu... abis je susu... aku bagi dia ubat yang doc bagi tu.... dalam 15 minit je bengkak tu dah mula surut....

ni masa dalam kereta... on da way balik rumah... cuba tengok bibir tu... bengkak kan? payah betul nak ambik gambar dia...


ni masa dia minum susu.... besar bibir dia.... merah pulak tu....

6 comments:

  1. la..ciannya zik..allergy ngan papadom eh..

    ReplyDelete
  2. kalau ikut kan tu je laa dia makan... so agak2 laa kan papadom puncanya

    ReplyDelete
  3. aku kalo makan udang camtuh ah jadinya mulut aku. gatallll yg amat.

    pasni jgn bg zik makan papadom jenis tuh lg. shiannn zik german ai ni!

    ReplyDelete
  4. aah sian zik...mcm teruk sangat alergik tu kan? mata zik yang merah tu pun alergik juga ka?

    ReplyDelete
  5. Mama Datt ---> gatal ek? aku pun rasa dia gatal.. sebab dia gosok2 dgn tudung aku... tu laa pasni banned papadom :D


    CelloTape ---> mata tu merah sebab baru lepas menangis dan menangis...

    ReplyDelete
  6. sian zikk, alergik tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...