Oct 6, 2009

Cerita raya Part II

Malam raya... aku dengan laki aku bertungkus lumus laa tolong MIL masak juadah raya... aku masak Kari Dalca.. siap bawak rempah dalca dari KL... aku beli kat pasar borong selangor... siang nya tu.. aku pergi pasar KK... cari bahan2 nak masak... boleh tahan ko.. harga kat KK... mahal baaa... daging cincang payah sket nak cari.. kat sana tak panggil daging cincang... dorang panggil daging sup... harga sama je dengan KL.. sekilo RM10... MIL aku masak kurma ayam, ikan masak kicap, sup daging... pastu ada Kelupis... hat ni aku dah pesan kat laki aku yang aku nak makan kelupis... korang nak tau kelupis apa??? bentuk macam lepat, di bungkus dengan daun... tapi bukan daun pisang... dalam dia pulut... kalau kita kat KL tu lemang la kan... yang ni dia bungkus pulut dalam daun... gambar cam kat bawah ni... ni gambar aku google je... MIL aku ckp kelupis ni makan dengan kuah kacang boleh, kurma boleh, rendang pun boleh...

Kelupis

ni ayam masak kurma MIL aku...

dan ini kari dalca aku, gambar lain tak dapat di tunjuk kerana... semua kabur2 belaka hasil tangkapan laki aku

pagi raya cam biasalah kan.... sessi bermaaf2 maafan.... tak lama lepas tu sedara mara belah laki aku datang beraya... ramai seh... penuh rumah... kalau raya kat rumah aku kat kajang nun... tak ada nya semeriah ini... nak harap sedara mara datang... nan ado... memang best sedara mara belah laki aku ni... sgt harmoni aku tgk... dan sangat meriah...

ni kaum lelaki bergambar... nak aku jelaskan nama sorang2 aku tak kenal... yang aku kenal ada laaa 4 orang.. yaitu.. laki aku, FIL, abang ipar dan adik ipar....
cuba korang tengok yang berpossing kat belakang tu... kemain dia punya berdiri... dah macam pertandingan "ratu cantik" hahahaha....

yang ni kaum wanita... menantu2, anak2 buah dan anak2 PIL aku
ko tengok laa aku bergambar... leceh betul si zikrey tak nak bergambar... dah tak lawa gambar aku... hahahaha padahal dah memang ko tak lawa kan :P

yang ni kaum cucu-cucu atuk... bercampur dengan anak2 sepupu laki aku... tu kira cucu atuk gak la kan.... so kiut kan budak2 ni.... cuba korang tengok... ada nampak gambar zikrey? tak ada kan? memang tak ada... dia sibuk laa duduk kat atas... tak nak turun... anak aku tu payah sket.. nampak orang ramai je... mula meroyan...

haaa ni laa kerja dia kat atas... duk main laci yang ada byk VCD... rajin pulak dia mengemas...

pastu main tembak2 dengan sepupu2 dia.... sampai tonggang terbalik... kat tangan tak lepas dengan kuih karas dia tu.... favorite sehh.....

dah penat main... dia mintak nak tidur dalam buai la pulak.. tak pernah2 dia nak tidur buat kalau kat KL... kat sabah plak teringin nak berbuai.. tengok sepupu dia yang hazim tu berbuai... dia pun nak test gak... udahnya aku jugak yang membuainya di pagi raya... wakakakkaka...
ayu tak aku?? siot je ayat...

sambung balik part gambar ramai-ramai....
ni dah campur2... yang muda tua semua ada... so happy kan tgk..??? meriah tauwww.... ni kira first time aku beraya kat kampung laki aku.... dan aku suka dengan kemeriahan ini.....

dah habis sessi bergambar... kitorang pi serbu pulak rumah sedara-mara... ni rumah pertama laa kiranya kena serbu... ada open house plak tu... lauk dia kambing... dan byk lagi laaa.. cam biasa laa ada daging.. ayam ketupat bagai....

rumah kedua... dekat dekat situ gak.... makan lagi... dan lagi dan lagi ... udahnya balik aku cirit birit... muehehehehe perut aku terkejut

to be continued......


1 comment:

  1. meriahnya raya kat sana...
    kak pia & hubby x pakai baju sedondon ke???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...